You are on page 1of 62

Melaksanakan Aktiviti

Prabacaan
Ahli kumpulan : Gong Qian Pin
Heng Jing Han
Lim Shushian
Wong Ik Ying
Jenis, Aktiviti & Komponen
Pengamatan

• Terdapat tiga jenis pengamatan :


 pengamatan peglihatan
 pengamatan pendengaran
 aktiviti pergerakan tangan dan mata
Aktiviti Pengamatan
Penglihatan
(a) Diskriminasi Penglihatan
• Juga dikenali sebagai ‘visual’, merangkumi
keupayaan murid-murid untuk melihat dan
mengamati persamaan dan perbezaan, bentuk
geometri, gambar, huruf, nombor dan perkataan
yang hampir sama.

• Untuk membolehkan murid-murid membezakan


perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang
hampir sama manakala tujuan kedua untuk
melatih murid mencari ciri-ciri persamaan yang
terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan
sebagainya.
(i) Aktiviti Diskriminasi yang Sama

• Contoh 1: bulatkan yang sama.


• Contoh 2: bulatkan bentuk yang sama
• Contoh 3: tandakan (/) warna yang sama
(ii) Aktiviti Driskriminasi yang tidak sama

• Contoh 1: Tandakan (X) saiz yang tidak sama.


• Contoh 2: Tandakan (X) Jenis yang tidak sama.
• Contoh 3: Bulatkan yang ganjil.
• Contoh 4: Bulatkan saiz yang ganjil.
(b) Ingat Kembali
• Bertujuan melatih murid-murid mengingati
kembali apa jua yang dinikmati.
• 2 cara:
menggunakan himpunan bahan maujud yang
ditutup dengan kain (guru meminta murid
mengumpul sebanyak mungkin bahan maujud di
atas meja, murid dijemput untuk meneliti semua
barang atas meja sebelum ditutup dengan kain.
Setelah bahan atas meja ditutup, guru meminta
murid menyebut kembali bahan yang ditutup)
kedua: menerusi gambar (kad imbasan)
• Contoh 1: lihat dan ingat bentuk ini.
• Contoh 2: lihat dan ingat bentuk ini.
(c) Orientasi kedudukan
• Menguji kebolehan murid untuk membezakan
kedudukan sesuatu bentuk atau gambar. Guru
memberi murid beberapa keping gambar yang
mempunyai ciri yang sama tetapi berbeza
kedudukannya.murid hanya perlu mengesan
sekeping gambar yang kedudukannya berbeza
atau ganjil.
• Contoh: bulatkan gambar yang ganjil.
(d) Turutan
• Menguji kebolehan murid mengingat sesuatu
mengikut susunan seperti urutan peristiwa
pada gambar, huruf dan nombor.
(e) Menyudahkan atau melengkapkan

• Menguji kebolehan murid mengenal sesuatu


nombor, benda, objek, perkataan atau ayat.
• Contoh: padankan gambar ini.
(f) menyalin
• Menguji kebolehan murid menyalin huruf,
bentuk, perkataan, nombor atau ayat.
• Kaedah meniru imej yang tersimpan dalam
memori dalam tempoh yang singkat dapat
menguji ingatan murid sama ada berjaya
melukis semula imej yang telah diamati.
(g) Rajah dan latar bertindih
• Menguji kebolehan murid mengesan dan
menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf
atau nombor dari latatr belakang sesuatu
rajah. Kemudian murid diminta melukis
bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.
• Contoh: lihat dan lukis bentuk.
(h) Koordinasi mata dan tangan
• Menguji kebolehan murid menyelaras pergerakan
motor dan tangan.

• Cara (1): meminta murid meletakkan jari telunjuk


pada anak panah & gerakkan jari ke hadapan
hingga tamat.Jari tidak mengenai kiri dan kanan
sempadan laluan berkenaan.

• Guru boleh meningkatkan tahap kesukaran


aktiviti ini mengikut kemampuan murid

• Jika ruang kecil, menggunakan pensel untuk


menggantikan jari.
• Cara (2): menggunakan beberapa komponen
dewai mata punai yang diubahsuai dan disalurkan
bekalan elektrik tekanan rendah  menggunakan
beberapa bateri kering & sebiji mentol lampu

• Jika ‘pen’ tersentuh dawai pada sepanjang laluan


maka mentol akan menyala.

• Aktiviti ini direka dan


diubahsuai berdasarkan
Kidz Labs Buzz Wire
Science.
(i) Pertalian jarak (ruang)
• Menguji kebolehan murid untuk membuat
agakan sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan secara
hubungan antara satu objek dengan objek lain.

• Kad imbasan yang mengandungi pelbagai


susunan titik digunakan sebagai bahan
rangsangan.

• Guru boleh meminta murid menggariskan mana-


mana dua titik yang paling hampir, paling jauh
atau gabungan kedua-dua jarak hingga
menghasilkan pelbagai corak
• Murid boleh menggunakan akal fikiran untuk
menghasilkan satu corak yang menarik.
(j) Ketetapan bentuk/kedudukan dalam
rajah

• Menguji kebolehan murid mencari imej yang


tersembunyi.

• Murid dapat mengetahui bahawa sesuatu bentuk,


huruf atau nombor mempunyai bentuk yang tetap
dan tidak akan berubah bentuknya dalam apa juga
keadaan atau disorok untuk tujuan menguji minda.
(k) Gambar bersiri
• Menguji ingatan murid untuk mengingat kembali
jalan cerita sebuah filem atau seumpamanya.

• Murid diuji tentang kebolehan mengingat kembali


jalan cerita dari satu babak ke babak yang lain.
(l) Pembalikan
• Menguji kebolehan murid-murid bagi
membezakan bentuk asal sesuatu huruf, bentuk,
nombor, perkataan dan gambar.

• Membina satu aktiviti pembalikan yang mudah


dengan menggunting gambar dalam bentuk segi
empat sama

• Kemudian minta murid menyusun gambar


berkenaan supaya menjadi sekeping gambar yang
lengkap dan sempurna
(m) Mazing / mencari jalan keluar
• Menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan
murid-murid.

• Juga dikenali sebagai kemahiran menyelesaikan


masalah.

• Murid-murid perlu memilih salah satu jalan


pulang yang disediakan, supaya penunggang
dapat pulang ke rumah.
(n) Benda tersembunyi
• Menguji kebolehan murid-murid untuk
menyelesaikan masalah secara abstrak.

• Berbantukan sekeping gambar,


murid-murid dikehendaki
mengesan semua objek
yg tersembunyi dalam
gambar.
Enam komponen dalam aktiviti
pengamatan pendengaran

Diskriminasi Penerimaan Perkaitan


pendengaran pendengaran pendengaran

Percantuman
Ingatan Melengkapkan
bunyi atau
pendengaran pendengaran
perkataan
(a) Diskriminasi pendengaran
• Untuk melihat keupayaan murid-murid untuk
mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan
bunyi atau perkataan yang telah didengar.

• Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh


menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai
bahan bantu mengajar.

• Terdapat dua jenis contoh aktiviti :


-aktiviti diskriminasi yang sama
-aktiviti diskriminasi yang berbeza
Contoh aktiviti diskriminasi yang sama :
• Guru memperdengarkan pita rakaman yang
mengandungi bunyi ayam jantan,ayam betina
dan anak ayam.
Contoh:Bolehkah anda padamkan bunyi ayam ini???

Bunyi anak ayam Bunyi ayam Bunyi ayam


jantan betina
Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza :

• Guru meminta murid membunyikan


haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar
yang diberi.
(b) Penerimaan pendengaran
• Aktiviti ini bertujuan melihat keupayaan murid-
murid, memperoleh atau mendapat makna
daripada apa yang telah didengar atau secara
lisan.
• Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang
didengari secara langsung dengan pandangan
mata yang terhad atau mata ditutup.
• Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan
teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang
singkat sebelum membuat keputusan.
• Bunyi yang boleh diwujudkan bagi tujuan ini
mempunyai bunyi duit siling jatuh ke lantai,bunyi
ketukan meja,ketukan tin dan botol.
(c) Perkaitan pendengaran
• Aktiviti ini memberikan peluang kepada
murid-murid untuk mengaitkan beberapa
konsep tertetu yang disampaikan secara lisan.

• Contoh aktiviti ialah murid melakonkan watak


emosi sedih dan gembira manakala rakan-
rakan mereka yang lain diminta menceritakan
gambaran emosi yang dilakonkan.
(d)Ingatan pendengaran
• Aktiviti ini membolehkan murid-murid
mengingati apa jua yang telah didengar,
kemudian mengulanginya.

• Contoh aktviti ialah permainan surat berantai


di mana perlukan kerjasama setiap ahli
kumpulan.
Peraturan

 Orang pertama akan membaca mesej asal yang diberi guru


secara bertulis.

 Kemudian orang yang pertama tadi akan menyampaikan mesej


secara lisan kepada orang kedua,manakala orang kedua akan
menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitu seterusnya.

 Orang yang terakhir akan menulis semua mesej yang diterima


sebelum menyerahkan kepada guru.

 Tugas guru menyemak dan membandingkan mesej yang


diterima dengan mesej asal.
(e) Melengkapkan pendengaran
• Juga dikenali sebagai Auditory Closure yang
memberikan peluang kepada murid-murid untuk
mengenali dan menggunakan unit-unit biasa
dalam pengalaman pendengaran apabila
sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara
lisan.

• Contoh aktiviti adalah melengkapkan pantun dua


kerat,melengkapkan lirik lagu atau melengkapkan
dialog oleh watak-watak terkenal dalam drama
Melayu.
(f) Percantuman bunyi atau perkataan
• Aktiviti ini memerlukan murid mencantumkan
bunyi-bunyi yang didengar secara terasing,
menjadi susunan perkataan atau mencantumkan
perkataan menjadi beberapa baris ayat yang
lengkap.

• Antaranya aktiviti bercerita spontan di mana


juruacara akan menyebutkan perkataan di awal,
di tengah dan di akhir cerita.

• Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong jauh,


tema cerita diberikan sebelum acara mula.
• Contohnya, “Pada suatu malam yang hening”
(ayat awal), “terkejut apabila tiba-tiba seekor
kerbau melintas jalan” (ayat tengah),dan
“rupa-rupanya aku bermimpi di siang
hari”(ayat akhir).
Aktiviti Pergerakan
Tangan dan Mata
Melaksanakan aktiviti pergerakan
tangan dan mata
• Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting
dalam pengamatan.
• Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid
menguasai kemahiran asas menggerakan
tangan secara kemas, berpandu dan
bersistematik.
4 Kemahiran Pelaksanaan Aktiviti
• Melakukan latihan pergerakan tangan.
• Menguasai gerak tangan secara bebas supaya
boleh menulis dengan selesa.
• Melakukan latihan pergerakan mata.
• Melakukan latihan koordinasi tangan dan
mata.
Jenis aktiviti yang sesuai
a) Aktiviti menyambung titik
b) Aktiviti menyalin corak
(a) Menyambung titik
• Meminta murid-murid melukis garisan dengan
menggunakan pensel warna antara titik pada gambar
mengikut urutan abjad yang disediakan.

• Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut


susunan yang betul, maka hasilnya akan terbentuk satu
gambar atau objek yang sempurna binaannya.

• Tetapi jika murid gagal melaksanakannya,


gambar atau objek tersebut akan cacat
dan tidak menarik.
• Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara
peringkat demi peringkat.
bilangan titik sedikit titik sederhana banyak
peringkat yang sukar dan rumit

• Melalui cara ini murid-murid berpeluang


menikmati keseronokan serta cabaran membuat
aktiviti di samping mengalami aktiviti yang
pelbagai aras kesukarannya.

• Secara tidak langsung, akan berlakulah latihan


koordinasi tangan dan mata.
Contoh Aktiviti Menyambung Titik
(b) Menyalin corak
• Corak merupakan susunan motif (idea rekaan)
sama ada secara teratur, terancang atau
secara bebas.
• Terbahagi kepada 2 jenis:
i. Corak terancang
ii. Corak tidak terancang
• Motif corak pula terdiri daripada motif flora,
fauna, geometrical dan organik.
• Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru
corak yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka
sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis
atau secara berpandu, iaitu menggunakan kaedah
tekap dengan menggunakan kertas karbon atau
kertas surih.
• Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara
peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan
corak yang mudah kemudian diikuti corak yang
sukar.
• Tujuannya supaya murid-murid dapat melalui
tahap kesukaran yang pelbagai.
• Pada waktu yang sama, guru perlu
membimbing kerja murid supaya proses
menyalin corak berlaku dengan cermat dan
kemas.
• Ini penting supaya proses kordinasi tangan
dan mata berlaku secara teratur dan
bersistematik.
Contoh Aktiviti Menyalin Corak
Sekian, Terima Kasih! ^^

You might also like