You are on page 1of 14

PPK 435 KAUNSELING KELUARGA

KANAK-KANAK KHAS
SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2017/2018

NAMA AHLI KUMPULAN


NAMA NO MATRIK
1. ANAS IDHAM BIN ZAINI 126485
2. NAZIRUL NAUFAL BIN 126510
DIMSHARI
ISU KELUARGA, SEKOLAH
DAN KOMUNITI KANAK-
KANAK KHAS
MAKSUD KELUARGA

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan


manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan
atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada
hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan
lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang
dipimpin oleh seorang kepala keluarga.
MAKSUD KELUARGA

• Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri


dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan
tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan
saling ketergantungan (Department Kesihatan RI, 1988).

• Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan


perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk
menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan
perkembangan fizik, mental, emosional, serta sosial dari tiap
anggota keluarga (Duvall dan Logan, 1986).
PERANAN KELUARGA

• Fungsi Pendidikan
‣ Keluarga berperanan untuk memberikan didikan kepada anak-anak
supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dunia dan untuk
mempersiapkan diri mereka untuk menempuh masa hadapan yang
mencabar.
• Fungsi Perlindungan
‣ Fungsi perlindungan sangat diperlukan oleh anak-anak sehingga mereka
berasa aman dan tenteram hidup dalam kalangan keluarga.
• Fungsi Sosialisasi
‣ Keluarga perlu mendidik anak-anak untuk bersosial dengan masyarakat
sama ada masyarakat sekolah, setempat dan sebagainya. Ini dapat
meningkatkan kemahiran sosial yang sangat penting yang boleh
digunakan di dunia luar kelak.
PERANAN KELUARGA

• Fungsi Ekonomi
‣ Keluarga khususnya ibu bapa perlu peka dengan keperluan anak mereka
supaya segala kepeluan diperlukan oleh anak dapat disediakan.
• Fungsi Agama
‣ Keluarga terutama ibu bapa perlu menyediakan anak-anak dengan ilmu
agama yang mencukupi supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan
gejala-gejala yang tidak sihat yang boleh merosakkan anak-anak.
ISU KELUARGA

• Keprihatinan ibu bapa di mana ibu bapa tidak mengambil berat tentang
keperluan anak-anak khas.
• Terlalu memanjakan anak mereka sehingga anak-anak khas tidak pandai
berdikari.
• Hubungan bersama ahli keluarga di mana adik-beradik yang lain mungkin
tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan baik dengan anak khas.
• Penyalahgunaan elaun oleh ibu bapa yang diberikan oleh kerajaan untuk
anak-anak khas.
MAKSUD SEKOLAH

 Sebuah bangunan / tempat berfungsi untuk memberikan ilmu kepada


pelajar. Ia sekadar bilik darjah sahaja atau struktur sekolah moden yang
dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT). Biasanya
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan
membimbing.
 Fungsi sekolah adalah sebagai pusat sosialisasi dan pusat transmisi dan
transformasi kebudayaan terutamanya dalam pengetahuan atau
keterampilan dan sikap, nilai-nilai dan norma.
PERANAN SEKOLAH
 Memberi ruang dan sokongan dakam perkembangan program pendidikan khas
selaras dengan peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
 Mengamal sikap keterbukaan dalam kerjasama.
 Menyediakan sokongan kaunseling kepada kanak-kanak khas dan keluarga.
 Blocher (1974), mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong
individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat
bertindak balas dalam alam persekitaran.
 Menyediakan suasana pembelajaran yang selesa.
 Menurut tokoh guru peringkat negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan
Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan
kepada pelajar dan ibu bapa mereka serta mengetahui apa keperluan pelajar bagi
menjadi seorang guru yang baik.
ISU SEKOLAH

 Masalah komunikasi antara guru pendidikan khas dengan guru arus


perdana.
 Tidak menggunakan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Masih menggunakan cara tradisional iaitu kaedah kuliah “Chalk and Talk”
untuk mengajar murid berkeperluan khas.
 Menggunakan BBM yang tidak sesuai dengan tahap kognitif murid
berkeperluan khas.
 Murid kurang didedahkan untuk menggunakan komputer untuk belajar.
MAKSUD KOMUNITI

 Rohani Abdullah, 2007 menyatakan komuniti adalah orang yang ada


kaitan rapat dengan kanak-kanak seperti ibu bapa, saudara mara, ahli
keluarga, guru, jiran, rakan sebaya dan sebagainya.
 Menurut kamus Dewan dan Pustaka Edisi keempat, komuniti ialah
kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat
(di serantau tempat dan negara), orang ramai umumnya. 2. Kumpulan
individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll)
yang serupa.
PERANAN KOMUNITI

 Komuniti boleh membina pasukan khas yang membantu memantapkan


program pendidikan khas di sekolah (PIBG).
 Ini termasuklah peranan mereka untuk terus memberikan anak-anak
istimewa ini kasih sayang, kesabaran dan interaksi.
 Beri peluang anak untuk berinteraksi dengan masyarakat. Mereka
sebenarnya memerlukan penerimaan daripada orang sekeliling dan mahu
dilayan seperti orang normal.
 Menyumbangkan tenaga kewangan dan kepakaran.
o Tenaga: Membantu guru melaksanakan aktiviti dalam dan luar kelas.
o Kewangan: Sumbangan bahan bantu mengajar dan barang terpakai.
o Kepakaran: Perkhidmatan percuma dan guru sukarela.
ISU KOMUNITI
 Mereka dilihat sebagai liabiliti (beban) dan bukan sebagai aset. Ada
sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan golongan ini tidak perlu
dibantu atau berbuat apa-apa kerana mereka tidak berupaya.
 Ada pandangan tipikal terhadap anak-anak dalam kategori OKU apabila
mereka dipandang pelik dan sinis dengan tingkah laku yang berbeza
dengan kanak-kanak normal.
 Pengabaian juga menyebabkan OKU tiada jaminan masa depan sekali gus
menafikan hak mereka untuk terus mendapatkan keistimewaan yang
sepatutnya diperoleh.
 Kanak-kanak OKU mempunyai potensi di dalam diri cuma tidak
diberikan peluang sewajarnya.
KESIMPULAN

• Anak-anak khas merupakan satu anugerah daripada tuhan. Dalam


memastikan mereka berjaya dalam kehidupan, pihak keluarga, sekolah
dan komuniti memainkan peranan yang penting dalam proses
perkembangan dan pembelajaran anak-anak khas supaya mereka lebih
bersedia untuk menghadapi dunia pada masa hadapan. Kita tidak boleh
memandang rendah terhadap diri mereka dan memandang mereka serba
kekurangan kerana mereka juga mempunyai kelebihan mereka sendiri.
Elakkan diskriminasi terhadap golongan istimewa ini kerana ia boleh
menyebabkan mereka kecewa dan tidak mahu bercampur dengan
masyarakat di luar kerana sering di pandang serong oleh masyarakat. Oleh
itu, marilah kita ubah tanggapan negative terhadap golongan ini supaya
mereka lebih maju dan berjaya seterusnya dapat menyumbang sesuatu
kepada masyarakat dan negara.

You might also like