You are on page 1of 5

 Perkhidmatan teras AADK merangkumi:

 Pendidikan Pencegahan dan Publisiti di seluruh


negara Malaysia yang melibatkan program-
program spesifik berkaitan pendidikan, ilmu
pengetahuan dan kesedaran terhadap
penyalahgunaan dadah di samping kempen dan
publisiti di peringkat kebangsaan di lokasi-lokasi
yang strategik;
 Penguatkuasaan undang-undang berkaitan
akta-akta berkenaan dadah; dan
 Rawatan dan Pemulihan dengan menggunakan
pelbagai pendekatan untuk penagih-penagih
dadah supaya bebas daripada kebergantungan
fizikal dan psikologi terhadap dadah sama ada di
dalam institusi mahupun komuniti.
 Perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam institusi
tertumpu kepada penagih-penagih dadah yang telah
disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan juga
penagih dadah sukarela. Manakala program
pemulihan dalam komuniti diberikan secara khusus
kepada pelbagai kategori kumpulan sasar seperti
penagih yang dibawah pengawasan, bekas penagih
atau pengguna dadah, keluarga penagih dadah,
pelajar, dan sebagainya.

 Program pendidikan pencegahan pula dilaksanakan


mengikut kumpulan sasar yang dikenalpasti dan
masyarakat sivil. Rangkaian program pendidikan
pencegahan yang khusus adalah merangkumi
Program Pendidikan Antidadah di Sekolah (PEDAS)
dan Program Intervensi Pelajar (PIP) untuk pelajar-
pelajar sekolah di seluruh negara.
 Pembangunan sumber manusia AADK telah
dilaksanakan secara terancang, komprehensif
serta mengikut jadual. Ini termasuk latihan
bersepadu yang merangkumi latihan di pelbagai
peringkat, iaitu (i) latihan di peringkat asas:
pembangunan nilai dan kompetensi diri dan
jawatan; (ii) program peningkatan kompetensi
(kemahiran) pelbagai bidang (multi skilling) dan
profesionalisme; dan (iii) latihan untuk
mewujudkan pakarpakar (specialists) dalam
bidang-bidang berkaitan dengan perkhidmatan
teras terutamanya rawatan dan pemulihan.
 Latihan bagi memperkasa dan
memperkukuhkan nilai-nilai bersama, daya
kreativiti dan produktiviti organisasi telah
juga dilaksanakan secara berterusan bagi
meningkatkan prestasi dan pencapaian
seluruh warga AADK ke tahap optima
sepanjang masa.

You might also like