You are on page 1of 12

PENGENALAN

 Adat perkahwinan kaum Sikh boleh dikatakan agak


rumit dan agak berbeza. Terdapat sembilan
peringkat yang perlu dilalui oleh bakal pengantin,
iaitu sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
Sembilan peringkat itu ialah, Mayian, Mehndi, Jago,
Janj Departure, Janj Arrival (Milni), Gurdwara,
Sagan, Doli Departure dan Pani Waar.
MAYIAN
 Dalam majlis Mayian, pengantin perempuan akan ditemani oleh ahli keluarga perempuan seperti ibu,

adik perempuan, kakak, makcik dan bakal kakak iparnya. Dia akan didudukkan di atas sebuah

bangku yang dipanggil 'phati', manakala sehelai kain sari yang dikenali sebagai 'chadar' diapungkan

di atas kepalanya.

Ibu pengantin perempuan akan meletakkan duit syiling di bawah tapak kakinya dan memulakan

proses mayian. Proses dimulakan dengan ibu, dan diikuti oleh ahli keluarga perempuan yang lain.

Sebaik sahaja proses ini telah selesai, bakal pengantin akan membersihkan diri sementara ibunya

akan melangkah 'phati' yang diduduki oleh anaknya tadi sambil menjunjung 'chadar' di atas kepala.

Tujuan si ibu melangkah 'phati' itu adalah untuk menolak bala dan segala kekotoran yang terdapat

pada si anak. Mereka percaya, dengan demikian, si anak akan berkahwin dalam keadaan yang suci

tanpa sebarang kekotoran.


UPACARA MAYIAN
MEHNDI
 Sebaik sahaja selesai majlis mayian tadi, seorang
ahli keluarga perempuan akan melukiskan 'henna' di
tapak tangan pengantin perempuan, sambil diiringi
lagu mehndi. Proses ini sama seperti malam berinai
yang dilakukan oleh kaum Melayu. Ia bagi
menaikkan seri si bakal pengantin.
MEHNDI
JAGO
 Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan
tarian Boliyan. Tetamu yang hadir akan
bersama-sama menarikan tarian ini.
Tarian ini, adalah bertujuan untuk
menjemput pengantin lelaki ke rumah
pengantin perempuan. Dalam tarian ini,
seorang perempuan akan membawa
'jago', yang diletakkan di kepala dan
dinyalakan lilin di atasnya.
JANJ DEPARTURE
 Pengantin lelaki yang ditemani oleh
pengapitnya akan dipakaikan pakaian yang
sesuai sebelum pergi ke rumah pengantin
perempuan. Pihak pengantin lelaki akan
disambut oleh pihak keluarga perempuan.
JANJ ARRIVAL / MILNI
 Apa yang menarik dalam majlis ini, kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh ahli keluarga
pengantin perempuan dengan gurauan bagi memeriahkan kehadiran pengantin. Jika kedatangan
pengantin lelaki dalam masyarakat Melayu lama disambut dengan berbalas pantun, pengantin lelaki
dalam masyarakat Sikh pula akan dikenakan bayaran tol.

Adik-beradik pengantin perempuan akan meminta sedikit wang dan meminta pengantin lelaki untuk
menggunting reben yang diletakkan di pintu masuk ke rumah pengantin perempuan. Ini adalah untuk
memesrakan hubungan antara pengantin lelaki dengan ipar-duainya.

Pengantin lelaki yang diiringi oleh pengapitnya akan diperkenalkan kepada ahli keluarga pihak
perempuan. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara pihak pengantin
lelaki dan perempuan.
GURDWARA
 Seperti masyarakat Melayu, kaum Sikh juga akan diberi penerangan
ringkas mengenai tanggungjawab suami isteri dalam sesebuah
rumahtangga. Pasangan pengantin duduk berhadapan dengan Sikhiah
(paderi), manakala, ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak akan
duduk di belakang pasangan pengantin.

Sebaik sahaja selesai memberikan penerangan, pasangan pengantin


tadi hendaklah mengelilingi Sikhiah sebanyak tujuh pusingan. Maka
dengan ini, sahlah pasangan tadi sebagai suami isteri. Dan majlis akan
diteruskan dengan sagan.
DOLI DEPARTURE
 Dalam situasi ini, ahli keluarga kedua-
dua belah pihak akan berpelukan, untuk
merapatkan lagi ikatan persaudaraan
yang baru terbina itu.
PANI WAAR
 Majlis terakhir dalam adat istiadat perkahwinan kaum Sikh ini adalah pani waar.
Sebelum kedua-dua mempelai itu keluar dari rumah perempuan dan masuk ke rumah
pengantin lelaki, mereka terlebih dahulu meminta restu dari ayah dan ibu mereka.

Kemudian, mereka akan duduk dan menyaksikan tarian bhangra. Kesemua ahli
keluarga akan menarikan tarian ini secara berpasang-pasanganan. Kemudian, mereka
akan menjamu selera sebelum berangkat ke rumah pengantin lelaki dan seterusnya
kediaman mereka sendiri.

Begitulah secara ringkasnya adat istiadat perkahwinan kaum Sikh yang kelihatan
begitu unik dan kelihatan rumit, walhal, segala yang mereka lakukan adalah adat tradisi
kaum mereka sendiri. Tiada siapa yang boleh mempersoalkannya.

You might also like