You are on page 1of 7

LIMPAHAN KEMAKMURAN

MERENTASI ETNIK
FATIN NADIRAH BINTI RUZILAN
NURUL NABILAH FARHANA BINTI MOHD SUHAMI
FATIN NURSUFIAH BINTI AHMAD SULHI
SURYA AZNIEDA BINTI KASIM
MUHAMMAD AMIR HAMZAH BIN ZAILANI
PENGENALAN
 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai :-
• Etnik
• Budaya
• Agama
 Perpaduan dalam masyarakat merupakan persoalan yang penting kerana
keharmonian hidup antara pelbagai etnik akan menyumbang kepada kestabilan
sosiopolitik dalam negara.
 Dalam usaha mencapai keharmonian hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan
politik, kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama.
 Untuk mengelakkan mana-mana kumpulan etnik berasa terpinggir daripada
menikmati faedah pembangunan negara.
“pertumbuhan dengan agihan”
 Merupakan falsafah yang menjadi panduan kerajaan dalam :-
• Mencapai perpaduan masyarakat.
• Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
• Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
• Dasar Wawasan Nasional (2001-2010)
 Agihan bermaksud berpusat kepada dimensi agihan antara etnik.
 Falsafah ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan
ekonomi antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam masyarakat
Malaysia akan dapat dicapai.
ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL
KEMERDEKAAN
 Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Perikatan
meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah Inggeris.
 Penerusan pendekatan ekonomi penjajah ini telah menghasilkan pertumbuhan
ekonomi yang agak tinggi.
 Bagaimanapun, faedah daripada pertumbuhan ekonomi tersebut didapati tidak
“menitis” kepada rakyat.
 Pada akhir tahun 1960-an, hampir separuh daripada rakyat Malaysia tinggal dalam
kemiskinan iaitu sebanyak 49.3 peratus.
 Sebahagian besar daripada isi rumah miskin adalah dalam kalangan etnik Melayu.
 Walaupun terdapat etnik Cina dan India serta orang bandar dan luar bandar yang
miskin, kemiskinan dalam kalangan etnik Melayu lebih menjadi tumpuan.
 Oleh itu, etnik Melayu menjadi sinonim dengan kemiskinan.
 Terdapat juga ketakseimbangan yang ketara dari segi guna tenaga dan pekerjaan
antara etnik tersebut.
EKONOMI MENJADI ISU ETNIK

 Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi


bertukar kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan
termasuk:
i. Isu perbezaan pendapatan isi rumah
ii. Isu perbezaan golongan miskin dan kaya
iii. Isu jurang pendapatan golongan bandar dan luar Bandar

 Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu


lebih menonjol pada tahun 1957-1970.

You might also like