You are on page 1of 12

PERSIAPAN PERKHEMAHAN &

KONSERVASI
KUMPULAN 1

NURSHAHIFAH BT YAHYA 250599

NURUL IZLIANA BT ABD RAHMAN 248673

MUHAMAD HAFIZ B NAHARUDDIN 250841

DARSINY CHANDRAN 251093

MOHAMMAD HELMI B ABU BAKAR 245512

NURUL NADIA BT ABU BAKAR 248504

ANIS SYUHADA BT ABD MANAN 248352

MUHAMMAD AIMADUDDIN B SAZALI 250703


NORSYAHIDA BT AHMAD SHUKRI 247336

SITI FATIMAH BT CHEK PA 248592

NUR FARAHIN BT ISMAIL 245215


ORIENTASI KAWASAN
• Kemudahan sedia ada
- Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib
mempunyai kemudahan asas seperti air
- Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan
mentah di kawasan berhampiran tapak perkhemahan
- Jika tiada, barang mentah dari rumah perlu dibawa.
- Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian
telefon dan sebagainya.
ORIENTASI KAWASAN
• Pembahagian kawasan
Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan
khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walau pun
tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau
batu yang menjadi tapak khemah tersebut. Tapak yang rata juga akan mengelakkan
daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air
ketika hujan turun. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama
harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih digunakan untuk memasak,
membersihkan diri dan sebagainya. Punca air ini juga seharusnya diketahui dari
mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.Pemilihan tapak
perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat
pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau
ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.Ini penting kerana jika
berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh
menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.
ORIENTASI KAWASAN

• Penempatan mengikut keperluan


- Bajet mesti dirancang dengan sebaiknya supaya
segala keperluan perkhemahan dapat ditanggung.
- Butiran-butiran bajet adalah seperti kos
peralatan, perubatan, makanan dan pengangkutan.
- Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta
akan menentukan kos bajet.
ORIENTASI KAWASAN
• Bekalan air,api dan lain – lain

Sumber air adalah yang paling penting sekali, di antara sumber-sumbernya ialah sungai, anak sungai,
matair, tasik, perigi dan sebagainya. Pendek kata, elakkan sama sekali tempat- tempat yang tiada
sumber air semula jadi. Lainlah halnya kalau anda hendak berkhemah di kawasan perkhemahan
tradisional yang disediakan dengan bekalan air pili atau pancuran. Walau apapun punca air yang
anda temui, tidak ada jaminan yang air itu 100% suci dan bersih. Dari itu, semua air yang hendak
diminum mestilah direbus dahulu sebelum mendidih. Air yang bersih tidak bewarna dan berbau.
Adalah penting anda membawa ubat pemati kuman seperti iodin. Air boleh dimati kumankan
dengan kadar tiga titik iodine bagi setiap liter air.

Seterusnya adalah api. Dengan api dimaksudkan kemudahan kayu api yang banyak dan kayu jenis
yang baik untuk membuat umpan api, penyala, dan pembakar untuk dapur dan unggun.

Perkara yang ketiga ialah asas. Asas dimaksudkan tempat letak khemah itu. Ada beberapa cirri
tempat letak khemah yang dicadangkan. Elakkan tempat yang berhampiran dengan kaki bukit atau
tubiran bukit (cliff), kerana malang tidak berbau, dengan perubahan suhu batu-batan yang longgar
mungkin bergolek turun atau dengan sedikit hujan, tanah tubir akan runtuh atau menggelunsur
turun sebagai ‘landslide’ atau ‘mudslide’.
KONSERVASI
I) Penjagaan kawasan (sebelum)

1) Mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah atau kem warden secara bertulis.

2) mendapatkan surat kebenaran daripada ibubapa , penjaga sekurang-kurangnya seminggu sebelum bertolak.

3) memaklumkan kepada pemimpin kumpulan berkenaan tarikh, tempat, bilangan ahli.

4) memastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin turut serta dalam perkhemahan.

5) tinjauan awal pemimpin bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan adalah mustahak (bukit, curam, binatang
buas, jenayah dan lain-lain lagi). Tapak perkhemahan mestilah bersih dan jauh daripada bahaya. Jika perlu beritahu pihak
polis berkaitan perkhemahan itu untuk langkah berjaga-jaga.

6) memastikan terdapat sumber air yang bersih (air paip atau perigi) dan kemudahan-kemudahan lain.

7) mengadakan satu unit pasukan pertolongan cemas dengan kelengkapannya untuk bertanggungjawab atas sebarang
kecederaan kecil.

8) memastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain tersimpan dengan baik dan selamat.

9) sepanjang perkhemahan, seorang pemimpin dimestikan bertugas di pusat untuk menguruskan ahli yang bertugas
harian. Ia juga akan menjadi penasihat kepada semua peserta perkhemahan.

10) semua ahli perkhemahan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan.

11) menghadiri taklimat perkhemahan.

12) menyediakan peralatan perkhemahan selengkapnya.


KONSERVASI
• Penjagaan kawasan (semasa)

1) berhati-hati dan jangan bermain atau bergurau dengan menggunakan pisau dan kapak.

2) apabila keluar dari khemah, mestilah memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak tercedera terkena benda-benda
tajam yang terdapat di atas tanah.

3) jangan bermain api di merata-rata tempat sesuka hati anda kerana hal ini mungkin akan mengakibatkan kebakaran.

4) semasa mencari kayu hendaklah sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diterangkan dalam
taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini.

5) khemah tidak seharusnya didirikan di bawah atau berdekatan dengan pokok.

6) belerang mestilah ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan ular dan haiwan berbisa yang lain. Hal ini
biasanya dilakukan pada waktu malam, dan mestilah ditabur pada setiap malam perkhemahan.

7) tin-tin makanan hendaklah dileperkan sebelum ditanam. Sampah sarap dibakar pada setiap petang untuk
mengelakkan kehadiran haiwan yang tidak diingini menghidu bau sisa-sisa makanan.

8) semasa berjalan berhampiran khemah pada waktu malam, gunakan lampu suluh yang terang, iaitu yang kuat
kuasanya dan berhati-hatilah supaya anda tidak tersepak kayu penyacak dan tali pengikat khemah semasa berjalan.

9) sebelum melakukan penerokaan tentukan bahawa hujung tali dan bahagian-bahagian yang berjerumbai atau yang
hampir putus dibaiki.Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

10) sentiasa gunakan budi bicara dan berfikiran secara waras atas segala perbuatan yang hendak dilakukan itu.
KONSERVASI
• Penjagaan kawasan (selepas)

1) jelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu

2) runtuhkan semua gejek dan pagar.

3) kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack.

4) turunkan semua khemah dan kemaskan.

5) susun semua peralatan kumpulan di suatu tempat.

6) semak semula kawasan aktiviti untuk pastikan tiada barang yang tertinggal.

7) mengutip semua sampah sarap yang tertinggal semasa aktiviti.

8) pakai pakaian seragam untuk istiadat penutupan atau balik ke rumah masing- masing.

9) kawasan perkhemahan harus dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan.

10) ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah, jika kawasan perkhemahan itu ada penjaganya.
ii) Tanggungjawab/Peranan Konservasi
Hutan
a) Rizab alam semula jadi
Pemeliharaan kepelbagaian tumbuhan dan haiwan.
B) tempat perlindungan haiwan
Serta ekosistemnya, yang juga berfungsi sebagai zon penampan hidupan.
C) pelestarian alam
i) Taman nasional
Perlindungan sistem penampan hayat, pemeliharaan.
Ii) taman hutan
kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan, dan penggunaannya.
Iii) taman pelancongan alam
Sumber alam semula jadi biologi dan ekosistem mereka.
Sungai
-Untuk mengekalkan pemeliharaan sumber air di dalam kawasan
tadahan .
-mengurangkan aliran permukaan yang seterusnya dapat
menjimatkan sumber air.
Laut
-Perlindungan secara lebih baik terhadap habitat dan ikan
membuat suatu wilayah lebih menarik untuk dijadikan
sebagai tujuan ekowisata.
-Penggunaan pelampung pada pe-nambat kapal dapat
menghindari kerusakan saat membuang sauh.
UDARA
-MENANAM POKOK DI BERBAGAI TEMPAT
UDARA YANG ADA PADA LINGKUNGAN DI MANA TEMPAT
MENANAM POKOK TERSEBUT AKAN MENJADI BERSIH KERANA
TUMBUHAN TERSEBUT DAPAT MENGHASILKAN OKSIGEN,
UDARA BERTAMBAH BERSIH DAN TIDAK MUDAH TERCEMAR.

DARAT
-PENDEKATAN KONSERVASI AKAN MEMASTIKAN SUMBER
REKREASI DARAT YANG UTAMA IAITU HUTAN DAN
EKOLOGINYA DAPAT DIKEKALKAN DAN JIKA TERDAPAT
KEMUSNAHAN,IA BOLEH DIHENTIKAN DAN DIPULIHKAN.

You might also like