You are on page 1of 60

M8

Model Pengurusan Disiplin Bilik


Darjah

Pembentang: Hey Lin Khang


Tan Yong Jie
Vijaya A/P Boominathan
TAJUK PEMBENTANGAN:
Dalam kumpulan, pelajar dapat menjelaskan
model-model pengurusan disiplin yang
digunakan menggunakan pendekatan dan
teknik yang berbeza.

Bincangkan teknik-teknik yang digunakan


dalam lima model pengurusan disiplin bilik
darjah.

Terangkan juga cara-cara bagaimana model-


model ini boleh diaplikasikan dalam mengurus
masalah.
Dalam kumpulan, pelajar dapat
menjelaskan model-model pengurusan
disiplin yang digunakan menggunakan
pendekatan dan teknik yang berbeza.
Model Disiplin
Asertif Canter
Definisi
• Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah
laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
• Model ini lebih menekankan penetapan dan
penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-
murid mematuhi peraturan.
• Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan
akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Agresif

Tiga
jenis
guru

Asertif Tidak
Asertif
Ciri-ciri guru yang Agresif
• Garang, kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa
dan menganggap murid sebagai seteru.

• Lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa


dan tidak bertolak-ansur.

• Contohnya, mereka selalu menggunakan arahan


yang keras seperti “Duduk!”, “Diam!”.
Ciri-ciri guru yang tidak
asertif
• Menggunakan pendekatan pasif
• tidak konsisten dalam menangani tingkah-laku
murid
• Kelihatan kelam-kabut, tidak tegas sampai
murid-murid tidak menghormati
• Contoh arahan guru ini seperti “Tolonglah
berkelakuan elok sikit”
Ciri-ciri guru yang asertif
• Jelas dengan matlamat pengurusan

• Yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan

• Mengambil berat dan berlaku adil

• Membantu murid-murid memahami bentuk-


bentuk tingkah-laku yang membawa
kejayaan dan kegagalan
Apakah punca-punca
yang menyebabkan
situasi tersebut
berlaku? Bincangkan.
• Pengurusan bilik darjah yang tidak
berkesan
• Hubungan guru dengan murid yang tidak
baik
• Suasana bilik darjah yang tidak tenang
• Rancangan p&p yang tidak teratur
• Guru yang tidak asertif
Ali seorang yang pendiam. Dia
sentiasa tidak berinteraksi
dengan orang lain dan tidak
mendengar arahan guru.
• Menetapkan peraturan

• Membina hubungan saling mempercayai


antara guru dan murid

• Bersifat adil : Pengiktirafan dan tindakan


pembetulan

• Berusaha berkomunikasi lebih kerap dengan


murid-murid yang bermasalah disiplin
Model Akibat Logikal Dreikurs
• Menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-
murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.
• Guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Murid
perlu dibimbing untuk memahami peraturan di
dalam bilik darjah.
• Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan
kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
• Murid dan guru bersama-sama memikul
tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik
darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.
PUNCA-PUNCA
TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Mendapatkan
Mencabar kuasa
perhatian
PUNCA-PUNCA
TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Membalas Mempamerkan
dendam kekurangan
Tindakan Guru

 Gunakan cara berjumpa secara individu


untuk terangkan rasional tindakan guru.
Elakkan lepaskan emosi terhadap murid.
 Bertenang dan panggil murid untuk
berjumpa dengan guru seecara individu.
Teknik Dreikurs
Menangani Murid
yang Mempunyai
Motif yang Salah
Kenal pasti motif murid

Bantu murid memahami motif yang


ditunjukkan
Bimbing murid tukar matlamat salah kepada
matlamat sebenar
Bimbing murid bertanggungjawab ke atas
matlamat baharu
Bantu murid melihat akibat di sebalik
tingkah lakunya
Cadangan Dreikurs
Mengalakkan Komunikasi
Yang Berkesan Dalam
Menangani Salah Laku
Guru perlu mempunyai cara komunikasi yang
berkesan dalam menangani salah laku murid.
Antaranya:

Berkomunikasi perkara-perkara positif

Galak peningkatan murid

Kenal pasti kelemahan murid

Belajar daripada kesilapan


Percaya kebolehan murid

Bekerjasama

Rasa bangga pencapaian murid

Optimis

Beri galakan dan motivasi


SITUASI YANG DIPERIHALKAN OLEH DREIKURS
UNTUK MENUNJUKKAN APLIKASI AKIBAT LOGIKAL

Situasi : Seorang murid menolak rakan sambil


mereka bersama-sama turun tangga

 Tindakan guru : berikan murid yang berkenaan


pilihan SAMA ADA tidak lagi menolak rakan pada
masa depan

 ATAU tunggu sehingga semua orang sudah turun,


barulah sampai kepada giliran dia
Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut
dikenakan kepada murid atau
dijalankan di dalam bilik darjah.
Ali datang dari sebuah keluarga yang
bermasalah. Ibu bapanya telah bercerai dan
dia tinggal dengan bapanya sahaja. Namun
bapanya sering bekerja dan tidak mengambil
berat tentang kehidupan Ali.
Oleh itu, Ali selalu memcari masalah di sekolah
terutamanya selalu mencabar guru. Hal ini
kerana Ali ingin memdapatkan perhatian
daripada orang lain.
Aplikasi
Guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah
laku yang tidak diingini tetapi memberi perhatian
kepada tingkah laku yang diingini.

• Sebagai contoh, di sebalik kenakalan Amin, guru


memuji Amin apabila dia berjaya menyiapkan kerja
dengan baik.
• Secara tidak langsung, guru memberikan pilihan
kepada Amin sama ada untuk terus membuat perkara
yang tidak sepatutnya dan tidak mendapat perhatian
guru atau membuat sesuatu yang disukai oleh guru
serta mendapat perhatian guru.
• Guru boleh membimbing murid tersebut untuk
Aplikasi
Guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah laku
yang tidak diingini tetapi memberi perhatian kepada
tingkah laku yang diingini.

• Sebagai contoh, di sebalik kenakalan Ali, guru memuji Ali


apabila dia berjaya menyiapkan kerja dengan baik.
• Secara tidak langsung, guru memberikan pilihan kepada
Ali sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak
sepatutnya dan tidak mendapat perhatian guru atau
membuat sesuatu yang disukai oleh guru serta mendapat
perhatian guru.
• Guru boleh membimbing murid tersebut untuk membuat
tindakan.
MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK KOUNIN
• Seorang pakar Psikologi Pendidikan yang
memfokuskan kajiannya terhadap cara
pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P
mempengaruhi tingkah laku di sekolah.

• Mengikut Model Pengurusan Kolompok Kounin,


Kounin telah menekankan kepada pengawasan
dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-
aktiviti di dalam bilik darjah.
Merangkumi
semua
(withiness)
Kesan
Gelombang Bertindih
(Ripple (overlapping)
Effect)
Model
Pengurusan
Kelompok
Kounin

Momentum Kelancaran
• Kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara:
– “Withiness”, kesedaran dan kepekaan guru dalam
mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap
masa.
– Cara untuk mengatasi masalah sebelum masalah menjadi
masalah disiplin.
– Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka
masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang
masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
• Seorang guru dapat menangani labih daripada satu situasi
dengan serentak.
• Guru yang berkebolehan melakukan tindakan pertindanan
ini dapat mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan
baik.
• Contohnya : “Aini terus bacakan jawapan awak, saya
dengar. Ida berhenti bercakap dan dengan jawapan Aini.”
• Teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid memberikan kesan
kepada murid yang lain, dikenali sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect).
• Pada masa yang sama, murid-murid lain akan mengambil iktibar, maka guru
berjaya mengurus disiplin bilik darjah.
• Kounin mencadangkan, untuk kesan gelombang yang efektif,
guru harus mempunyai 3 ciri semasa menjalankan tindakan
disiplin:
 jelas
 tegas
 serius
• Guru perlu menegur secara spesifik tindakan yang perlu
diperbetulkan, elakkan teguran secara umum.
• Contoh : “Jamal berhenti bercakap dengan Kadir, buka buku muka
surat 30 dan buat latihan A.”
• Guru boleh menegur dengan memberikan akibat salah laku
tersebut.
• Contoh : “Ravi duduk di tempat awak atau saya akan potong
markah kumpulan awak 5 markah.”
• Dalam memberikan arahan, guru harus tegas dan bernada serius.
• Nada tonasi perlu tegas dan keras.
• Perlakuan nonverbal (mimik muka yang serius) membantu teguran
atau tindakan disiplin dijalankan dengan berkesan
• Untuk memastikan keberkesanan model ini, guru harus mengawasi
persekitaran bilik darjah pada setiap masa.
• Jika timbul salah laku, guru perlu memilih masa yang sesuai untuk
membuat teguran yang jelas, tegas dan serius terhadap pelaku
salah laku tersebut.
Contoh:

 Makan Dan Tidur Di Dalam Kelas


 Lewat Masuk Kelas.
 Tidak Membawa Buku Latihan/Buku
Teks
• Perkara yang boleh mengawal tingkah laku pelajar:
 Murid sentiasa ada tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti P&P
 Strategi yang pelbagai untuk tarik perhatian dan capai objektif
P&P.
 Guru dapat perhatian sepenuhnya sebelum memberi arahan
atau penerangan.
 Melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti yang berpusatkan
murid.
• Momentum : guru mula dengan tarik perhatian, teruskan
pengajaran dengan lancar, peralihan antara aktiviti P&P yang
cekap, penutup disimpulkan dengan berkesan.
• Penekaan kelicinan P&P dengan perkembangan pengajaran yang
lancar daripada satu bahagian kepada bahagian yang lain.
• Pengajaran mestilah mengambil kira aspek minat, kebolehan dan
perkembangan murid.
• Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar.
Bincangkan bagaimana guru

tersebut dapat mengaplikasikan

elemen momentum dalam proses

P&P.
Aplikasi
• Guru tersebut harus mengutamakan kerja amali
berbanding dengan penjelasan semata-mata.
• Contohnya, dia harus membuat demostrasi sambil
memberi penerangan.
• Cara ini dapat menarik perhatian sepenuh murid
sebelum memberi arahan kepada mereka untuk
menjalankan amali sendiri.
• Dengan menjalan amali, murid akan lebih memahami
tentang isi pengajaran.
MODEL PENGURUSAN
BILIK DARJAH
THOMAS GORDON
THOMAS GORDON
• ahli psikologi klinikal dan pakar pengurusan
tingkah laku, mengetuai satu gerakan
menggalakkan pemupukan tanggungjawab dan
kawalan disiplin kendiri murid.
• pengurusan disiplin yang berkesan tidak boleh
dicapai melalui paksaan, ganjaran, dan hukuman
tetapi melalui pembentukan kemampuan
mengawal diri sendiri yang berlaku secara
intrinsik atau dalaman.
• pembentukan mekanisme kawalan diri murid
boleh dibuat dengan bantuan guru.
• berpeluang mengawal perlakuan mereka
sendiri dan mampu berdikari, guru harus
mengurangkan kawalan terhadap murid
mereka.
• semakin bertambahnya kuasa digunakan untuk
mengawal orang lain, semakin kurang
pengaruh kita terhadap perlakuan orang
tersebut.
• Fokus utama model Gordon adalah untuk
membantu murid memupuk kawalan diri.
Punca-
punca
kuasa

Tetingkap
Kemahiran
perlakuan
membantu
KONSEP
UTAMA

Kemahiran
Kemahiran Berhadapan
Mencegah masalah
1. KUASA SAH 2. KUASA PAKAR
- Bersandarkan pengetahuan,
- Kuasa yang dikaitkan pengalaman, latihan,
dengan tugas atau jawatan kemahiran, kepintaran, dan ilmu
seseorang. yang ada pada seseorang.

PUNCA-PUNCA
KUASA

3. KUASA DARIPADA PERSETUJUAN, 4. KUASA NORMATIF


KOMITMEN DAN KONTRAK
- Hasilan daripada interaksi dan
- Kuasa paksaan yang
persefahaman yang dicapai antara membolehkan seseorang
manusia. mengawal orang lain.
TETINGKAP PERLAKUAN
- Membantu guru memahami “pemilik” kepada masalah ditimbulkan untuk
membolehkan guru menangani masalah-masalah yang dihadapi dengan lebih
berkesan.
Bentuk Perlakuan Penerimaan Guru Jenis Kemahiran
Perlakuan murid Perlakuan boleh diterima. Kemahiran Membantu.
menimbulkan masalah
kepada murid sahaja.
Masalah dimiliki oleh
murid.
Perlakuan murid tidak Perlakuan boleh diterima. Kemahiran Mencegah.
menimbulkan sebarang
masalah kepada murid
atau guru. Tidak ada
masalah.
Perlakuan murid Perlakuan tidak boleh Kemahiran Berhadapan
menimbulkan masalah diterima. Maslalah.
kepada guru. Masalah
dimiliki oleh guru.
1. Kemahiran Membantu
Merangkumi tindakan-tindakan berupa pendengaran
pasif, pendengaran aktif , empati, dan membuka
pintu komunikasi.
2. Kemahiran Mencegah
Merangkumi tindakan-tindakan berupa penetapan
peraturan, mesej-mesej pencegahan, dan sesi
penyelesaian masalah yang turut melibatkan murid.
3. Kemahiran Berhadapan Masalah
Merangkumi tindakan-tindakan berupa mengubah
persekitaran pembelajaran, mengenal pasti dan
bertindak balas kepada keperluan murid.
Contoh masalah
• Ali sentiasa tidak membuat kerja rumah. Hal
ini disebabkan dia terpaksa membantu ibunya
memjual nasi lemak di pasar malam setiap
hari. Oleh itu, ali tidak mempunyai masa yang
cukup untuk rehat dan juga membuat kerja
rumah.
Aplikasi guru
1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif.
2. Membalas kepada situasi dan bukan kepada
individu murid.
3. Menyelesaikan konflik tanpa menjejaskan
maruah setiap pihak.
4. Meningkatkan kemahiran mendengar.
5. Mengelakkan halangan komunikasi.
6. Melibatkan murid dalam membuat peraturan
dan hal-hal pengurusan kelas.
MODEL BEYOND DISCIPLINE
ALFIE KOHN
• Promosikan konsep bilik darjah sebagai
sebuah komuniti bilik darjah yang penyayang

• Kritik penggunaan ganjaran dan hukuman


 X berkesan dlm mendisiplinkan murid malah
mendatangkan kesan sampingan
Strategi untuk membentuk
komuniti pembelajaran
MEMBINA HUBUNGAN ANTARA MURID DAN GURU
Murid akan menghormati guru sekiranya guru juga
menghormati hak mereka
Mereka akan mengambil berat tentang orang lain
sekiranya mereka merasakan diberi perhatian
Contoh:
Guru memberi murid peluang untuk take 5 semasa pdp

MENINGKATKAN HUBUNGAN ANTARA MURID


Hubungan antara murid boleh dipertingkatkan dengan
pelbagai aktiviti
Contoh: Guru menggunakan pembelajaran koperatif
semasa P&P , saling mengenali
PERJUMPAAN KELAS
Contoh: Apabila ada masalah, guru mengadakan mesyuarat di
dalam kelas

MENGADAKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN KELAS DAN


SEKOLAH
Contoh: Aktiviti lukisan mural, lawatan khidmat masyarakat

 PERBINCANGAN AKADEMIK
Contoh: Guru berbincang dengan murid tentang kaedah yang
diinginkan untuk mempelajari satu topik agar murid lebih
mudah faham
RUJUKAN :

• Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan


Tingkah Laku.Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.
Bhd.
• Choong Lean Keow, PhD (2009). Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana
Muda. Shah Alam : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
• Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), Siri
Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like