You are on page 1of 43

IPG KAMPUS PERLIS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


Tajuk:FITRAH KEJADIAN MANUSIA
-Perspektif agama dan Biologi
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
-Konsep dan Prinsip-prinsip Asas serta
faktor-faktor yang mempengaruhinya.
DEFINISI
• KAMUS DEWAN (1998)
• Fitrah berasal daripada bahasa Arab –
sifat semulajadi,bakat,pembawaan atau
perasaan keagamaan.
Pandangan Terhadap Fitrah
KejadianManusia Berbeza Mengikut Sistem
Kepercayaan Yang Dipegang
Kristian : Manusia dilahirkan bergelumang
dengan dosa, (yang dilakukan oleh Adam dan
Hawa) maka ia perlu berusaha membersihkan
dirinya.

Buddha: Kelahiran manusia adalah penderitaan


kerana terpaksa berpindah dari alam rohani
yang bahagia ke alam dunia yang bersifat
maya. Semua yang wujud ini bertujuan untuk
mencapai nirvana iaitu kemusnahan nafsu dn
kehendak
Pandangan Terhadap Fitrah Kejadian
Manusia Berbeza Mengikut Sistem
Kepercayaan Yang Dipegang
Agama Hindu:
Umumnya penganut hindu datangnya dari
Brahma ( Tuhan yang Esa).. Brahma ialah
satu realiti rohaniah yang menjelma dalam
bentuk-bentuk yang nyata. Jiwa adalah
Atman iaitu Brahma yang masuk dalam
diri manusia. Jiwa itu Tuhan
Pandangan Terhadap Fitrah Kejadian
Manusia Berbeza Mengikut Sistem
Kepercayaan Yang Dipegang - Golongan
Rasionalis

• Marx: Menafikan kewujudan tuhan dan


percaya manusia adalah hasil daripada
pengaruh masyarakat dan persekitarannya

• Sartre: Man is condemned to be free.


Manusia bebas lakukan apa saja tanpa
apa-apa ikatan atau sekatan.
Pandangan Terhadap Fitrah Kejadian
Manusia Berbeza Mengikut Sistem
Kepercayaan Yang Dipegang - Golongan
Rasionalis

• Stoics: Manusia adalah makhluk rasional


dan tidak langsung mempunyai sifat
haiwan pada dirinya.

• Epicureans: Manusia tidak rasional malah


mengandungi sifat haiwan pada dirinya.
Fitrah Kejadian Manusia- Sigmund
Freud
( ahli psikologi- 1856-1939)

• mengandungi unsur naluri yang primitif


termasuk unsur seks dan kerangsangan
Fitrah Kejadian Manusia-
Pandangan Ahli Falsafah Barat

Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia


berasaskan 3 konsep iaitu :
semulajadi berdosa, tabula rasa dan “innate goodness”

Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai


lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan
pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih
mereka daripada dosa tersebut.
• Pada kurun pertengahan, kanak-kanak
dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan.
Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah
untuk membersihkan mereka daripada dosa-
dosa tersebut.

Pada kurun ke-17, John Locke memperkenalkan


konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan
seperti ‘blank blanket’. Keperibadiannya
terbentuk daripada pengalaman.
• Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques
Rousseau memperkenalkan konsep innate
goodness view. Menurutnya, kanak-kanak
dilahirkan dengan keadaan sedia baik.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar
kanak-kanak dibiarkan membesarkan
secara semula-jadi dengan pengawasan
yang minimum.
Kejadian Fitrah Manusia-Teori
Darwin
• Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori
Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang
yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana
muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori
proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan
makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini
ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan
menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah makhluk yang
berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan
bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat
manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi
menemui fosil manusia kera yang merupakan
penghubung antara bentuk kera dengan manusia
sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun
1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana
dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk
melengkapi teori Darwin.
• Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan
manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut
Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud
kera, antrophus adalah manusia manakala
erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini,
makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan
tingginya kurang dari manusia kerdil namun
otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc.
Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori
bahawa manusia itu merupakan hasil evolusi.
Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui
memperkuatkan teori Darwin.
Falsafah Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-
Quran & Sunnah

• Manusia adalah sebaik-baik kejadian


• Manusia adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju
kesejahteraan
• Manusia pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam)
dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
• Anak lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi,
nasrani dsb.
• Setiap manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu
dan syaitan
• Para Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran
• Manusia yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia
• Setiap manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
• Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah
• Manusia bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar
dan tetap dalam mendirikan solat dengan sempurna
• Manusia dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik
amalannya ketika di dunia
• Pusingan hidup manusia ibarat bulan sabit
• Setiap manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
• Kehidupan di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian)
adalah di akhirat.
• Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk
melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Manusia
mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding
kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal
fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk
mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur,
antaranya ialah: mind, body, dan spiritual. Dengan kata
lain, manusia terdiri daripada akal/minda,
biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang
dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin
di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di
alam/bumi
• . Komponen fizikal merangkumi semua
organ/anggota tubuh manusia serta bahagian
lain yang zahir/dapat dilihat dan dipegang
secara langsung. Manakala komponen
roh(rohani) pula komponen yang wujud tetapi
tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang
kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang
mendorong manusia mencipta/mencari sistem
kepercayaan. Fikiran pula merupakan
kebolehan untuk menilai dan bertindak secara
logik/rasional.
Fitrah Kejadian Manusia-
Perspektif Biologi
Fitrah Kejadian Manusia- Perspektif Biologi
(Barat)
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang
proses perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah
pertama yang menunjukkan fetus berada dalam uterus
telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada kurun ke-15. Pada kurun ke-2
Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen mengatakan bahawa
plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul “On The Formation of
the Foetus”.
Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan
besar mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi
tidak mungkin mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara
berperingkat, walaupun Aristotle telah mengatakan bahawa embrio ayam
terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-4. Kesedaran bahawa embrio
manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah dibincangkan sehingga
kurun masihi ke 15
Kesimpulan
• Fitrah Kejadian manusia :-
1) kejasmanian, kebendaan dan keduniaan
2) Kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan.

-sifat insan yang mempunyai bakat atau


POTENSI semulajadi serta perasaan
keagamaan.
Konsep Asas Pertumbuhan dan
Perkembangan
Pada asasnya perkembangan ialah perubahan
tingkah laku mental.
Kajian ahli Psikologi: Perkembangan manusia
ialah perubahan dari segi
jasmani,kognitif,emosi,sosial dan rohani serta
dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran.Dikaitkan juga dengan
pertumbuhan yang asasnya merupakan
perubahan fizikal tubuh badan.
Perkembangan merupakan satu proses yang
berterusan dari peringkat lahir hingga
kematangan.
Pertumbuhan dan
Perkembangan
• Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan
paten perubahan fizikal, kognitif dan sosio-emosi
sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara
fitrahnya berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah
pada usia awalnya, semakin membesar dan kuat pada
usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia
emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan
manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia
sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya
berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja,
dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
Perbezaan di antara pertumbuhan
dan perkembangan individu .
Aspek Pertumbuhan perkembangan

Jasmani Saiz,berat,gigi,organ Berjalan,melihat,


deria ,anggota . mendengar,membuat
kerja
Mental Bertambah Memikir,mengingat,
keupayaan berfikir taakul,menganalisis.

Emosi Seronok,gembira, Kawal perasaan dalam


duka,takut,bimbang,s situasi tertentu.
edih
Sosial Meluaskan Kemahiran mendisiplin
perhubungan,komuni dan menyesuaikan diri
kasi,dan pergaulan dalam pergaulan
dengan orang lain dengan orang lain.
Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan
perkembangan.
1. Pertumbuhan berlaku dalam dua • 5. Pertumbuhan berlaku hingga
arah : dari atas ke bawah, dari satu tahap,tetapi perkembangan
tengah ke tepi. berlaku secara berterusan hingga
2. Pertumbuhan struktur badan akhir hayat.
mendahului kemahiran fungsinya. • 6.Perkembangan dan
3 Pertumbuhan secara menyeluruh pertumbuhan saling
mendahului secara khusus. berkait.Pertumbuhan jasmani
4. Corak pertumbuhan dan yang kurang sihat jejaskan
perkembangan adalah sama perkembangan rohani,emosi dan
tetapi kadarnya adalah berbeza sosial.
pada setiap individu. • 7.Ciri pertumbuhan dan
perkembangan adalah
berperingkat.
• 8.perkembangan mental-dari
konkrit ke abstrak.
• 9.Perkembangan egosentrik
kepada menerima pandangan
orang lain.
Tempoh Perkembangan
• Tempoh perkembangan merujuk kepada jangka
masa dalam kehidupan seseorang yang
ditandakan dengan beberapa kriteria. Tempoh
perkembangan manusia dibahagikan tahap
mengikut turutan iaitu:
1. Prenatal: Prenatal adalah tempoh masa dari
dalam kandungan sehingga kelahiran.
Melibatkan pertumbuhan pesat dari satu unit sel
kepada satu organisma kompleks.
2. Bayi: 18 bulan hingga 24 bulan. Tempoh
kebergantungan yang tinggi kepada orang
dewasa dan tempoh permulaan aktiviti psikologi.
• 3. Kanak-kanak awal: 25 bulan hingga 6 tahun. Juga
dikenali sebagai peringkat pra-sekolah. Belajar menjadi
self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka bermain
dengan rakan sebaya.
• 4. Kanak-kanak pertengahan dan akhir: 6 hingga 11
tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai tempoh the
elementary school year. Mula menguasai kemahiran
membaca, mengira dan menulis.
• 5. Remaja: Tempoh transisi daripada kanak-kanak
kepada orang dewasa awal. Bermula antara 10-12 tahun
sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi
yang pesat. Mula berdikari, membentuk identiti,
berfikiran logik, abstrak dan idealistik.
• 6. Dewasa awal: Awal 20-an hingga 30-an.
Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan
memulakan hidup berkeluarga.
• 7. Dewasa pertengahan: 40 an-60-an.
Menjadi matang dan memperolehi kepuasan
kerjaya.
• 8. Dewasa akhir: 60-an atau 70-an hingga
meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu
tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun
dan ke atas).
Proses Biologi
• Proses biologi merupakan proses
perubahan fizikal manusia secara semula-
jadi. Gen daripada keluarga, pertumbuhan
otak, pertambahan tinggi dan berat badan,
perubahan kemahiran motor, perubahan
hormon dan penurunan kardiovaskular
mencerminkan peranan proses biologi
dalam pertumbuhan manusia.
Proses Kognitif dan Psiko-Emosi
• Proses kognitif merupakan perubahan
pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia.
Proses sosio-emosi pula berkait dengan
perubahan dalam hubungan manusia dengan
orang lain, perubahan emosi serta
personalitinya.
• Kesemua proses ini saling berhubungan,
berintegrasi dan mempengaruhi antara satu
sama lain. Sehubungan itu, pertumbuhan dan
perkembangan manusia adalah intergrasi antara
proses biologi, kognitif dan sosio-emosi
manusia.
Pengkajian ahli psikologi terhadap
fitrah kejadian manusia meliputi
aspek

• Potensi individu/ manusia


• Keperluan manusia
• Perbezaan individu.
Definisi : Bakat @ potensi
• Keupayaan dan kebolehan semulajadi
yang terpendam dalam diri pada setiap
insan. Ia terkandung dalam beberapa
aspek seperti jasmani, mental, kerohanian
dan emosi.
Potensi manusia
• Potensi pelajar merujuk kepada
kemampuan, keupayaan dan
kesanggupan pelajar melakukan sesuatu
yang tidak menjangkau batas-batas fitrah.
• Potensi merupakan suatu kebolehan yang
dimiliki oleh pelajar secara semulajadi.
• Antara cara mengenalpasti potensi pelajar
ialah menerusi pemerhatian,soal-
selidik,temubual dan ujian psikologi.
Aspek potensi manusia
• Mental –keupayaan pelajar menimba
ilmu,berfikir secara rasional,kritis dan
kreatif,membuat penaakulan dan generalisasi.
• Rohani – keupayaan untuk mencapai
kesedaran,keinsafan,bertanggungjawab dan
berkepercayaan.
• Emosi – kemampuan pelajar untuk mengubah
sikap,nilai dan mengawal perasaannya.
• Jasmani – kebolehan dan keupayaan fizikal
dalam bentuk psikomotor dalam aktiviti
permainan dan sukan.
Teori Pelbagai Kecerdasan-
Howard Gardner (1991)
• Potensi individu berbeza dalam fitrahnya.
• Potensi manusia mempunyai 7 kecerdasan
dalam dirinya :-
1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal-matematikal
3. Kecerdasan visual-spatial
4. Kecerdasan muzik.
5. Kecerdasan tubuh kinestetik.
6. Kecerdasan interpersonal.
7. Kecerdasan intrapersonal.
Implikasi potensi manusia terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
• Rancangan dan latihan
• Rangsangan yang sesuai melalui unsur-
unsur intelek dan unsur potensi yang lain.
• Peranan pendidikan yang positif dan
berkesan. Program pendidikan harus
dirancang.
Keperluan manusia
• Kehendak seseorang untuk
membetulkan kekurangan, kekacauan
dan keadaan tidak seimbang berhubung
dengan dirinya.
• Keperluan manusia boleh dibahagikan
kepada 2 kategori :-
1) Keperluan fisiologi (asas)
2) Keperluan psikologi (sekunder)
Keperluan manusia
• Keperluan fisiologi • Keperluan psikologi
-makanan,minuman. - Keselamatan
-mendapatkan oksigen. - Kasih sayang
-tidur dan rehat. - Penghargaan
-membuang kotoran. - Kendiri
-seks. - Mengetahui- cari ilmu.
- Estetika.
Perbezaan antara keperluan
fisiologi dan keperluan psikologi.
• Keperluan fisiologi timbul daripada
kekurangan keperluan organik. Keperluan
fisiologi amat kuat dan memberi motivasi
dalam kepada organisma hidup untuk
memenuhinya.

• Keperluan psikologi lahir akibat interaksi


manusia dengan persekitarannya.
Hierarki Keperluan Maslow –
Abraham Maslow (1970)
• Peringkat dan peratus anggaran di mana
keperluan peringkat bawah perlu dipenuhi
sebelum manusia berusaha memenuhi
keperluan peringkat atas.
Keperluan
Dua keperluan psikologi
Tambahan baru ESTETIK Keperluan (sekunder)
penyuburan
MAKLUMAT

10% KESEMPURNAAN DIRI


40%
PENGHARGAAN KENDIRI
Lima keperluan
50%

KASIH SAYANG
70%
KESELAMATA
N
85%
Keperlu
FISIOLOGI
an asas

Hiererki keperluan Maslow


Implikasi Keperluan Manusia
terhadap pengajaran dan
pembelajaran
1. Kesihatan – makanan bersih dan
seimbang.
2. Keselesaan – tempat belajar kondusif untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Keselamatan – fizikal dan psikologi.
4. Penerimaan dan keperihatinan.
5. Pengukuhan – kekuatan dan kelemahan
pelajar.
6. Rangsangan/kepelbagaian kaedah dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan Individu
• - manusia itu berbeza.
• Ketidaksamaan yang dimiliki oleh
seseorang berbanding dengan individu
lain dalam aspek fizikal, mental, emosi
dan sosial.
• Perbezaan wujud walaupun di antara dua
individu kembar seuri.
Aspek-aspek Perbezaan Individu

Domain Unsur yang berbeza


Fizikal Perbezaan jantina,paras rupa,saiz dan
bentuk badan dan warna kulit.
kognitif Perbezaan dari segi kecerdasan
mental, keupayaan berfikir,
mengingat,menaakul dan mereka
cipta.
Emosi Perbezaan dari segi mudah
mesr,kawalan perasaan,ketabahan
dan toleransi.
Sosial perbezaan dari segi mudah bergaul,
sikap, semangat kejiranan.
Rohani Perbezaan dari segi pegangan
keagamaan,pengamalan nilai-nilai
murni.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERBEZAAN INDIVIDU
FAKTOR Kesan perbezaan manusia

Baka Saiz badan,temperamen,


kecerdasan mental,warna kulit,rambut dan
mata.
Persekitaran- Kestabilan emosi
keluarga
pemakanan Seimbang dan mencukupi membantu
kesempurnaan tumbesaran anak.
Rakan sebaya Rakan mempunyai pengaruh atas
tingkahlaku pelajar.
Kebudayaan Nilai masyarakat mempengaruhi nilai
amalan pelajar.
Media Maklumat dari media mencorakkan pelajar-
pakaian,muzik dll.
guru Sikap guru yang positif membantu
penyuburan nilai murni dalam diri pelajar.

You might also like