You are on page 1of 21

9.

0 Kemahiran
membuat pelaporan
9.1 definisi
9.2 tujuan pelaporan
9.3 ciri-ciri pelaporan berkualiti
9.4 kategori pelaporan
9.5 format menulis pelaporan
9.1 Pendahuluan

 Pelaporan merupakan suatu dokumen


yang sistematik dan tersusun. Pelaporan
mempunyai keterangan dan analisis
tentang sesuatu perkara atau masalah.
Definisi laporan

Menurut Kamus Dewan edisi baharu (1994 ) laporan


adalah
 Segala sesuatu yang dilaporkan atau maklumat tentang
sesuatu kedudukan seperti masalah yang dihadapi dan lain-
lain.

Menurut Hornby (2007)


 Pemerian secara lisan atau bertulis mengenai sesuatu yang
didengar, dilihat, dibuat, dikaji dan lain-lain dengan tujuan
untuk diketahui, diumumkan, diterbitkan atau disiarkan
9.1 Definisi Laporan

Laporan mengandungi perkara-perkara berikut:


 Rekod susunan sesuatu perkara/peristiwa/ fakta dan
sebagainya
 Interpretasi yang signifikan tentang perkara/peristiwa/fakta
 Penilaian terhadap fakta atau dapatan kajian yang diperolehi
 Perbincangan tentang hasil dapatan atau keputusan yang
memerlukan tindakan
 Kesimpulan
 Cadangan
Laporan seharusnya..
Berkaitan dengan
fakta/peristiwa/perkara

Ringkas dan padat

jelas

tersusun
Jenis laporan

Bidang-bidang yang berbeza memerlukan laporan yang


berbeza sama ada laporan perniagaan, laporan saintifik
atau laporan bidang teknikal.
Laporan mempunyai interpretasi berbeza mengikut
bidang-bidang tertentu.
9.2 Tujuan Laporan

Setiap laporan mempunyai tujuan mengapa perlu


dilaporkan sama ada untuk:
Skop penulisan dan stail laporan mempunyai pelbagai
bentuk. Namun laporan adalah bergantung kepada tiga
factor penting iaitu:
Siapa pembaca laporan tersebut?
Apakah tujuan laporan ditulis?
Apakah maklumat yang ingin disampaikan?
Tujuan laporan

Contohnya laporan tahunan sesebuah organisasi akan


melaporkan segala aktiviti yang dilakukan oleh
organisasi tersebut. Oleh itu bagaimana bentuk
penulisan laporan itu bergantung sejauh mana
khalayak yang membaca laporan tersebut memahami
perkara-perkara yang dinyatakan dalam laporan
tersebut dan perkara-perkara yang dikemukakan.
9.3 Ciri-ciri Pelaporan Berkualiti

1. tujuan laporan ditulis adalah untuk dibaca


 Kenali khalayak yang akan membaca laporan berkenaan
sama ada guru anda, pensyarah anda, suatu jawatankuasa
atau mungkin khalayak yang lebih besar seperti rakan
pelajar atau orang awam.
2. pendekatan keseluruhan (atas ke bawah)
 Sebelum membuat laporan tentukan garis panduan apakah
tajuk-tajuk kecil yang diperlukan terlebih dahulu. Ini akan
memudahkan laporan dibuat dengan sistematik. Pastikan jika
ada jadual, gambar rajah dan sebagainya diletakkan dengan
betul mengikut tajuk-tajuk kecil. Pemerengganan dan
penulisan yang baik dan berkesan amat dititikberatkan
panduan penulisan laporan berkualiti
 Fikirkan garis kasar laporan yang akan dibuat. Penting untuk
mengoptimumkan masa yang digunakan
 Tulis mengikut garis kasar yang telah dibuat dalam bentuk
pemerengganan yang terperinci.
 Setelah membuat analisis kritikal terhadap penulisan pastikan
adal orang lain yang dalam bidang yang sama menyemak
perkembangan idea dalam laporan anda.
 Dapatkan pandangan daripada penyelia anda dan susun semula
bahagian dalam laporan anda.
 Semak sekali lagi laporan tersebut dapatkan sekali pandangan
daripada pensyarah/ penyelia anda.
 Dengan semakan dan analisis kritikal yang berkali-kali akan
meningkatkan kualiti laporan ini.
http://www.cse.iitk.ac.in/users/braman/students/good-report.html
9.4 Jenis-jenis Laporan

Terdapat beberapa jenis laporan yang biasa ditulis


bergantung kepada bidang-bidang tertentu. Antaranya
:
Bidang teknikal dan perniagaan seperti kejuruteraan,
teknologi maklumat,dan perakaunan berfokus kepada
penggunaan. Penulisan laporan adalah berkisar kepada
proses yang berlaku dalam industri sama ada dalam
bentuk kajian kes atau masalah. Pelajar akan
menyelidik masalah dan menjelaskan hasil dapatan
daripada kajian tersebut dalam bentuk laporan kepada
pelanggan yang dibayangkan.
9.4 Jenis-jenis Laporan

Terdapat beberapa jenis laporan yang biasa ditulis


bergantung kepada bidang-bidang tertentu.
 Antaranya :
Laporan lapangan adalah bidang dalam undang-
undang, hubungan industri, psikologi, kejururawatan,
sejarah dan pendidikan. Laporan jenis ini memerlukan
pelajar menganalisis pemerhatian mereka terhadap
fenomena sesuatu peristiwa dalam dunia nyata
bersesuaian dengan teori-teori tertentu.Contohnya
laporan pemerhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan.
9.4 Jenis-jenis Laporan

Laporan santifik atau laporan makmal adalah salah


satu bentuk laporan. Laporan jenis ini biasa ditulis bagi
mereka dalam bidang sains dan sains sosial. Laporan
ini menggunakan satu bentuk laporan yang standard
yang menerangkan tentang metod, hasil dapatan dan
kesimpulan kepada laporan dengan menggunakan
penyelidikan empirikal atau penyelidikan dengan
bukti-bukti yang disahkan kebenarannya.
9.4 Jenis-jenis Laporan

Laporan penyelidikan
Satu bentuk laporan yang terperinci dan tersusun
adalah laporan projek penyelidikan tahun akhir pelajar
di universiti seperti tesis dan penulisan penyelidikan
tindakan pelajar Semester lapan PISMP di Institut
Pendidikan Guru.
9.5 format penulisan laporan

1. tajuk
 Perlu ditulis dengan jelas dan khusus. Perlu ditulis pada
muka surat pertama laporan
2. abstrak
 Kurang daripada 200 patah perkataan. Anda perlu
menyatakan pemasalahan, bagaimana pemasalahan akan
diselidik, apakah hasil dapatan anda, apa makna dapatan
tersebut.
3. isi kandungan laporan
 Senarai bahagian-bahagian dalam laporan iaitu tajuk-tajuk
utama dan tajuk-tajuk kecil

4. pengenalan – latar belakang

 Situasi atau maklumat latar belakang tentang topi laporan.


Nyatakan matlamat dan tujuan penyelidikan dan buat
bahagian-bahagian penulisan.
Bahagian utama penulisan
 Organisasikan bahagian-bahagian dengan susunan yang
tertentu seperti apa yang dikaji, apa hasil dapatan, apa
interpretasi, dan apa penilaian yang diperolehi daripada
intrpretasi tersebut. Guna tajuk-tajuk utama dan tajuk-tajuk
kecil yang bersesuaian dan tidak terlalu panjang
Rumusan
 Nyatakan rumusan akhir yang anda peroleh daripada
penyelidikan seperti apa yang telah dicapai, apa yang
signifikan daripada hasil dapatan dan perbincangan. Adakah
matlamat anda tercapai atau tidak.
 Cadangan
 Apakah cadangan yang memerlukan tindakan yang boleh
dilakukan daripada rumusan anda
Rujukan
 Senarai rujukan dan bahan sumber yang anda gunakan
Apendiks
Contoh laporan

Laporan Seminar
(boleh sediakan sendiri)
Rujukan

 Bhaskaran Raman.(2004). How to Write a Good


Report.
http://www.cse.iitk.ac.in/users/braman/students/good-
report.html . Dimuat turun pada 24 Disember 2013.
Hornby.A.S.(2007). Oxford Compact Advanced
Learner’s English-Malay Dictionary.Selangor. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
How to write a report.(2013).
http://wwwruf.rice.edu/~bioslabs/tools/report/reporterr
or.html dimuat turun pada 20 Disember 2013
Kamus Dewan .Edisi Baharu (1996) Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like