You are on page 1of 24

Merekod merupakan aktiviti mencatat

maklumat secara tertib untuk


memperjelaskan tahap perkembangan,
kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
pelajar.

Maklumat yang tercatat dalam rekod


perlu jelas dan dikemaskinikan agar guru
dapat membuat keputusan yang wajar.
Maklumat dalam rekod hendaklah
ditafsirkan dan dianalisis agar tindakan
susulan dapat diambil oleh guru.

Guru boleh memastikan agar murid yang


lemah dalam pembelajaran diberi aktiviti
pemulihan manakala murid yang pintar
diberi aktiviti pengayaan.
Maklumat yang direkod boleh dibuat
dalam bentuk:

pernyataan misalnya ditulis dalam rekod


‘Seorang murid yang cemerlang’
simbol: contoh: ‘ √ ’ atau ‘X’ untuk
menyatakan betul atau salah
markah: contoh: 80% untuk menunjukkan
markah yang diperoleh ialah 80 per
seratus.
Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.
Terdapat beberapa jenis rekod,
antaranya buku catatan guru,
rekod prestasi, laporan kemajuan murid,
senarai semak, sijil penghargaan, rekod
profil, buku rekod mengajar dan
sebagainya.
Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke
masa supaya maklumat menyeluruh
tentang tahap perkembangan,
pencapaian atau prestasi pelajar dapat
dibuat rujukan oleh pihak yang berwajib
seperti PIBG, Guru Besar, Pegawai di
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah, pihak Kolej
Matrikulasi, Maktab, Politeknik, Universiti
dan sebagainya.
Melapor adalah suatu proses
penyampaian maklumat
penilaian dari masa ke masa
tentang perkembangan
pengetahuan, kemahiran, nilai,
sikap dan pencapaian murid.
Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh
diperoleh daripada rekod penilaian
seperti rekod profil murid, rekod prestasi,
rekod mengajar guru dan sebagainya.
 Pelaporan seperti ini perlu dilakukan
selalu untuk disampaikan kepada pihak
yang ingin mengetahui tentang kemajuan,
kelemahan dan bakat seseorang murid.
Ibu bapa dan pihak lain seperti Jabatan
Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan
Daerah, agensi swasta dan awam
memerlukan maklumat ini untuk
kepentingan masing-masing.
Tujuan pelaporan dibuat adalah
untuk pihak atasan membuat
keputusan yang wajar dari segi
penempatan pelajar dalam
pelbagai aliran pembelajaran
seperti aliran Sains, Sastera,
Perakaunan.
Pelaporan dibuat juga dengan
tujuan untuk membolehkan guru
mengambil tindakan susulan iaitu
menentukan sama ada seseorang
pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan
ataupun pengayaan.
Pernyataan tentang minat, sikap dan
perlakuan murid-murid boleh
dilaporkan supaya tindakan susulan
boleh dilaksanakan.
Pelaporan mengenai prestasi
pelajar dibuat antara ibu bapa,
pelajar dan guru dalam
konferens dan merupakan cara
yang berkesan.
Untuk guru, pelaporan dapat:

Membolehkan tanggungjawab
pembelajaran pelajar, pentaksiran dan
pelaporan dikongsi bersama antara guru,
ibu bapa dan pelajar
Mengukuhkan komunikasi dengan ibu
bapa melalui perbincangan hasil
pembelajaran dalam kurikulum serta
bagaimana pelajar berkembang
Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak
dapat:

 Merangsang konsep kendiri melalui peluang


berkongsi pencapaian dan kemajuan
pembelajaran dalam satu persekitaran positif
 Melibatkan pelajar secara langsung dalam
pentaksiran dan membolehkan mereka
bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka
 Memberi autoriti kepada pelajar untuk
memandu arah diri ke arah pencapaian hasil
pembelajaran kurikulum
Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini
dapat:

Meningkatkan pemahaman mereka


tentang pembelajaran dan pentaksiran
dalam pendekatan berasaskan hasil
Memberi peluang kepada mereka untuk
melibatkan diri dalam proses pelaporan,
bukan hanya memberi respons
kepadanya
Membekalkan bukti untuk menyokong
laporan bertulis
Pelaporan harus meliputi:

Pencapaian pelajar dari segi


pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap
Kekuatan dan kelemahan pelajar
Cadangan mengatasi kelemahan pelajar
dan mempertingkatkan lagi
pembelajaran
(New South Wales Department of School
Education, 1997)
Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis
dalam bentuk pernyataan dan gred.
Perbandingan pencapaian dan
kedudukan di antara pelajar tidak
diperlukan.
Pelaporan secara umumnya memberi
gambaran menyeluruh tentang
perkembangan pelajar dalam
penguasaan, pencapaian pengetahuan
dan kemahiran, sikap dan amalan.
Antara rekod pelaporan termasuklah:
 rekod kemajuan murid
 rekod anekdot
 senarai semak kemahiran

 Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian


kemajuan pembelajaran murid yang akan
digunakan maklumatnya oleh ibu bapa dan guru
untuk memandu arah pembelajaran dan
perkembangan murid.
Rekod kemajuan boleh menggunakan
sistem markah di mana rumusan penilaian
terdiri daripada gred dan peratusan,
sistem lulus atau gagal dan senarai
semak kemahiran.
Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D
untuk menggredkan prestasi murid.
Terdapat juga bentuk numerical yang
bersamaan dengan A: 90-100%; B: 80 –
89%; C: 70 – 79% ; D:60 – 69% dan E : 50 -
59% dan F: kurang daripada 50%.
 Tambahan pula, peratus juga digunakan
dalam rekod kemajuan. Ini terutamanya
dalam ujian di mana peratus jawapan yang
dijawab dengan betul.
 Contohnya, dalam ujian Matematik
berbentuk objektif, jumlah peratus item yang
dijawab dengan betul. Contohnya, 93% yang
diperolehi daripada ujian tersebut akan
dicatatkan dalam rekod kemajuan.
 Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh
digabungkan untuk mendapat peratus
keseluruhan pada akhir peperiksaan.
 Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang
tradisional ialah senarai semak yang boleh
digunakan untuk memberi maklumat tentang
prestasi kemahiran dalam setiap aspek
pembelajaran.
 Guru menyediakan satu set pernyataan yang
menerangkan aspek prestasi murid dan satu
ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa
menaksir tingkahlaku yang dipamerkan oleh
murid berkenaan.
 Selain itu, pelaporan boleh dinilai
berdasarkan kepada skala pencapaian di
mana guru tanda mengikut tahap
pencapaian murid tersebut.
Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk
anekdot boleh digunakan.
Ia mengandungi komen dan pernyataan
tentang prestasi setiap murid secara
individu.
Rekod anekdot ini berkesan kerana
huraian akan menonjolkan kekuatan dan
kelemahan murid.
Maklum balas cara ini memberi maklumat
yang amat berguna dan bermakna
kepada murid untuk menambahbaik
kelemahan mereka
Kini dalam Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk
laporan deskriptif dan formatif dapat
diperoleh melalui Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
pada bila- bila masa sekiranya
diperlukan.
Sistem ini juga menyimpan
maklumat perkembangan murid daripada
Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-
time data base).
 Maklum balas yang diberi berdasarkan standard
prestasi boleh membantu murid mengenalpasti
kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa
yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki
untuk memberi hasil yang lebih baik.

 Maklum balas yang memberi makna boleh


membantu murid tentang tujuan
dan perkembangan pembelajaran mereka.
Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada
pelajar untuk mencuba lagi bagi meningkatkan
prestasi mereka di masa hadapan.

You might also like