You are on page 1of 22

PAKK3373

PENGURUSAN KECEMASAN

PERTOLONGAN CEMAS
o DEFINISI
o OBJEKTIF
o PRINSIP ASAS
o GARIS PANDUAN

• AMIRA BINTI AZMI


• ALIA BINTI ABDUL RAHIM
• AMIRIN SOFI BIN ISMAIL
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

• Rawatan pertama diberi kepada


pesakit/mangsa kemalangan.

• Usaha rawatan pertama dalam keadaan


kecemasan sebelum ketibaan ambulans
/ pesakit mendapat rawatan dari doktor.
OBJEKTIF PERTOLONGAN CEMAS

 untuk menyelamat nyawa


 mengelakkan kecederaan dari
bertambah buruk
 mengurangkan kesakitan.
 sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor
PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS

• Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan


iaitu ABC sebelum melakukan CPR :
A – Airway (saluran pernafasan)

B – Breathing (pernafasan)

C – Circulation (peredaran darah)


A – AIRWAY (Saluran Pernafasan)

• Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses


CPR.
• Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk
pernafasan adalah terbuka.
• Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan
kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.
• Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang
tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
• Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut
mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan
asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.
B – BREATHING (Pernafasan)

• Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu


anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
• Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan
keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
• Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk
melihat pergerakan turun-naik dada.
(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat).
• Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
Contohnya mulut ke mulut.
C – CIRCULATION (Peredaran Darah)

• Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.


• Perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi
mangsa telah tidak berdenyut.
• Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu
meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa
boleh bernafas dengan sendiri.
• Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan
di dada mangsa.
• Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
• Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.
• Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua
jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
GARIS PANDUAN PERTOLONGAN
CEMAS

a) Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum


memberikan rawatan
b) Guna sarung tangan semasa memberi rawatan
c) Jika terdapat luka, balut luka anda dengan pembalut
kalis air sebelum memberi rawatan
d) Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda
tajam
e) Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa
biohazard.
JENIS-JENIS LUKA
RUJUKAN
http://www.umw.com.my/wp-content/uploads/2017/
04/July-Sept.pdf

You might also like