You are on page 1of 6

FAHAMAN ISLAM LIBERAL

DAN HUBUNGANNYA
DENGAN GOLONGAN
KELAS MENENGAH DI
MALAYSIA
Disediakan Oleh :

MOHD HAFIZ BIN HARIRI


KHAIRUL FAEZI BIN ABDULLAH
Apakah itu FAHAMAN ISLAM
LIBERAL?
 Merupakan satu bentuk pemikiran yang mempunyai
kecenderungan untuk mentafsirkan semula al-Qur’an sesuai
dengan gagasan mereka terutamanya mengenai hukum-hukum
yang dianggap bersifat out of date.

 Tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak


agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan yang menyeru
kepada pengkajian semula agama, pentafsiran semula al-
Qur’an serta penilaian semula syariat dan hukum-hukum fiqh.

 Fahaman Islam Liberal menyakini bahawa agama perlu


bersesuaian dengan peredaran semasa walaupun terpaksa
menafikan hukum-hakum agama yang telah thabit secara putus
(qatci).

 Ideologi ini didukung oleh golongan berpendidikan yang mana


kebanyakannya pernah menuntut ilmu atau pun pernah
berkhidmat di institusi-institusi pengajian Barat.
Siapakah GOLONGAN KELAS
MENENGAH
 Kelas menengah secara umumnya membawa maksud susunlapis
struktur sosial berperanan sebagai perantara antara lapisan atasan dan
bawahan dan lebih tertumpu di kawasan bandar berbanding diluar
bandar.

 Terdiri di kalangan golongan intelektual yang memiliki taraf atau


kelayakan akademik yang tinggi dan menjawat jawatan yang telah
diklasifikasikan sebagai golongan kelas menengah seperti pensyarah,
peguam, pengawai eksekutif dan sebagainya.

 Melalui penelitian, didapati bahawa jenis pekerjaan merupakan di


antara kriteria yang sering difokuskan dalam kebanyakan kajian yang
berkaitan dengan kelas menengah

 Kelas menengah mempunyai pelbagai tafsiran dalam kalangan ahli-ahli


sosiologi dan sempadannya adalah sukar untuk dipastikan. Oleh itu,
dapat dirumuskan bahawa golongan menengah adalah masyarakat
yang memiliki kehidupan yang baik dan stabil baik dari sudut ekonomi,
pendidikan mahupun kerjaya.
Kenapa Fahaman Islam Liberal
Diketengahkan.
 Menolak tafsiran daripada Rasulullah dan para sahabat serta
ulama mujtahid yang menurut mereka kolot dan ketinggalan
zaman.

 Percaya sekiranya terdapat hukum yang tidak menepati zaman,


kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka
hukum itu perlu ditakwilkan mengikut kesesuaian pemikiran
mereka atau sebolehnya digugurkan.

 Tuntutan terhadap persamaan hak antara lelaki dan wanita


melalui gagasan pembebasan wanita dan feminisme

 Membela hak-hak wanita dalam Islam dengan pendekatan yang


melampaui batas iaitu memperbaharui hukum-hukum Allah,
undangundang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan dan
keadilan (Khalif Muammar 2009:151).
Hubungan FAHAMAN ISLAM LIBERAL dengan GOLONGAN
KELAS MENENGAH DI MALAYSIA

 Dari sudut pensyarah, kerjaya ini dilihat mempunyai hubungan dengan


kebanyakan tokoh-tokoh fahaman Islam Liberal antaranya Amina Wadud
yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1989 sehingga 1991 dan terus
menduduki posisi sebagai pensyarah sehingga kini.

 Dari konteks peguam pula, Nik Noraini Nik Badli Shah pula kini memegang
jawatan sebagai penasihat undang-undang di dalam organisasi pertubuhan
Sisters in Islam.

 Di Malaysia, golongan kelas menengah di Lembah Klang lebih banyak


dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam Liberal ini berbanding di negeri-negeri
lain. Buktinya, pertubuhan Sisters in Islam ditubuhkan dan beroperasi di
Petaling Jaya yang merupakan salah satu kawasan di Lembah Klang.

 Selain pendukung fahaman Islam Liberal, pengkritik-pengkritik fahaman


tersebut juga adalah dalam kalangan golongan kelas menengah. Menerusi
penulisan-penulisan yang mengecam tindakan golongan Islam Liberal,
semuanya terdiri dalam kalangan golongan kelas menengah seperti
pensyarah, pegawai agama, badan politik dan sebagainya.
Kesimpulan
 Dapat disimpulkan bahawa perjuangan fahaman Islam
Liberal sememangnya mendapat tempat dan perhatian
dalam kalangan golongan kelas menengah di Malaysia
khususnya di kawasan bandar yang menuju ke arah
pembangunan.

You might also like