You are on page 1of 13

AGENSI PERSEKUTUAN AWAM MALAYSIA

[ KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA]

AHLI KUMPULAN:
 Yogeswary
 Lai Xue Fang
 Wee Mao Shyuan
 Yap Rou Yi
 Leong Zi Ning
 Toh Jia Hui
KANDUNGAN
1. Sejarah Penubuhan
2. Senarai Menteri Wilayah Persekutuan
3. Timbalan Menteri
4. Fungsi
5. Visi ( Wilayah persekutuan , Maju , Sejahtera )
6. Misi
7. Nilai-nilai teras
8. Moto
9. Alamat surat-menyurat
SEJARAH PENUBUHAN
Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian
Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu
Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.Untuk menampung strategi pembangunan Kuala Lumpur , pada
tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan.Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana
Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.

Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Perbadanan Putrajaya dan Labuan

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010,Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah
Persekutuan diperkukuh untuk membasmi dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah
Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Namun, pada Mei 2013 nama asal kementerian iaitu
Kementerian Wilayah Persekutuan dikembalikan
SENARAI MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Rajah di bawah merupakan senarai Individu yang pernah menjawat Menteri Wilayah Persekutuan :

NAMA MENTERI TEMPOH


Tan Sri Isa Samad Mac, 2004 – Februari 2006
Dato' Sri Zulhasnan Rafique Februari 2006 - 8 April 2009
Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidi 9 April 2009 - 15 Mei 2013
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 16 Mei 2013 - kini

Tan Sri Isa Samad Senator Datuk Raja Nong


Chik Raja Zainal Abidi
Dato' Sri Zulhasnan Datuk Seri Tengku
Rafique Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI
• Tan Sri Idris Abdul Rauf (1981-1982)

• Tan Sri Muhyiddin Yassin (1982-1983)

• Tan Sri Shahrir Abdul Samad (1983-1986)


FUNGSI
Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan
nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
• Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
• Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
• Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau
pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
• Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
• Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.
VISI
 Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.

Wilayah PersekutuanWilayah
Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kepulauan Pesisir.

Maju
Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.
Sejahtera
• Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastruktur yang terancang dan
berkualiti.

• Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat
• Sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat hiburan untuk memenuhi
pelbagai keperluan masyarakat.
• Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti
yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.

• Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi.
• Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
• Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.
MISI
• Menerajui perancangan, pengurusan dan penyelarasan pembangunan insan, masyarakat,
ekonomi dan persekitaran bagi merealisasikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera
serta membantu dalam perancangan Lembah Klang.
NILAI-NILAI TERAS
• Mesra
• Amanah
• Jelas
• Unggul
MOTO

“BERSAMA MENJAYAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN”


ALAMAT SURAT-MENYURAT
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya.
SEKIAN,TERIMA KASIH!

You might also like