You are on page 1of 11

KEBANGKITAN ANTI BRITISH DI

PASIR PUTIH
Oleh
PENDAHULUAN

• Penentangan terhadap kuasa barat bermula sejak Portugis mula


menakluk Melaka.
• Reaksi yang kuat juga ditunjukkan kepada penjajahan British
yang bermula sejak tahun 1874 akibat campur tangan oleh
Inggeris dalam pentadbiran raja-raja Melayu di Malaya, dan
penaklukan Borneo Utara, menggalakkan rintangan terbuka.
• Kebangkitan menentang British di Kelantan bermula sejak
termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902.
Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama
William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan
Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.
• Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan
beberapa perkara baru dalam pentadbiran Kelantan.
Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan.
ANTI BRITISH DI KELANTAN

• Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas


tahun 1909.
• Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam
kepada Inggeris menurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909.
• Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk
menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-
istiadat dan agama Islam.
• Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa
tidak puas hati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah
diperkenalkan oleh Penasihat British kepada sistem pentadbiran
Kelantan.
• Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar
negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.
ANTI BRITISH DI KELANTAN

• Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir


Putih, Kelantan pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan
Muhammad IV.
• Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas, lebih
dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lain yang
menyertai pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad
Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.
• Tok Janggut memainkan peranan penting sekali di dalam
kebangkitan itu. Sebenarnya, kesan-kesan perubahan kepada
rakyat Kelantan yang membawa kepada kebangkitan pada
tahun 1915 berpunca dari pembukaan bandar Pasir Puteh pada
tahun 1904 dan pelantikan ketua jajahan iaitu inche Yim.
PUNCA PENENTANGAN

• Penentangan di Kelantan disebabkan oleh ketidakpuasan hati


Engku Besar Jeram.
• Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak
puas hati dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih.
• Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik seorang
Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang
dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan
pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram
kehilangan hak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18.
• Pengenalan sistem cukai baru juga merupakan punca
penentangan terhadap British. Pentadbiran British telah
memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baru yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.
PUNCA PENENTANGAN

• Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka
berasakan perlaksanaan undang-undang baru membebankan mereka
berbanding dengan peraturan sebelum ini.
• Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen
agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar
cukai.
• Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan
didenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci
oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan
kemarahan orang ramai.
• Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada
tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan
kebangkitan terhadap pentadbiran British.
PROSES PENENTANGAN DI PASIR
PUTIH

Penentangan di Pasir Putih, Kelantan boleh diringkaskan


seperti berikut:
• Penentangan di Pasir Puteh dipimpin oleh Tok Janggut atau
nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas.
• Tok Janggut menentang sistem pungutan cukai yang
diperkenalkan oleh British apabila sistem Penasihat British
diperkenalkan pada tahun 1910.
• Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan
untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal, sebaliknya
Sarjan CheWan dibunuh oleh Tok Janggut.
PROSES PENENTANGAN DI PASIR
PUTIH

• Pada April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu


Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol telah
melancarkanserangan ke atas Pasir Puteh dan berjaya
menawannya.
• Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.
• Pada bulan Mei 1915, dengan menggunakan nama Sultan,
British telah menyerang Tok Janggut yang berkubu di
KampungDalam Pupuh, Saring.
• Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut dan
mayatnya telah diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantungdi pasar dalam keadaan kepala ke bawah sebagai
amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang
British.
HASIL PENENTANGAN

• Meskipun pemberontakan 1915 tersebut gagal membuahkan kejayaan


seperti apa yang dirancang, akan tetapi semangat perjuangan menentang
British masih belum berakhir. Ianya terbukti daripada penyertaan rakyat
Kelantan dalam Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 dan penglibatan
mereka dalam Angkatan Pemuda Insaf apabila cawangannya telah dibuka
di Pasir Putih.
• Tidak dapat dinafikan kegagalan pemberontakan tersebut disebabkan tidak
adanya kebangkitan yang lebih menyeluruh daripada penduduk jajahan lain
seperti Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas semasa serbuan dilakukan.
Malahan ia berpunca daripada kekurangan pemimpin yang sanggup
berkorban seperti Haji Mat Hassan untuk membebaskan Kelantan dari
kekuasaan British.
• Bahkan ada segelintir daripada Kweng Tuan Muda Jeram dan Kweng Hamat
Semerak yang bekerjasama dengan British. Keadaan yang sama juga
berlaku di negeri melayu lain. Perkara ini membuktikan bahawa dalam
gerakan anti penjajah, kesedaran rakyat mesti digabungkan dengan
kepimpinan untuk membuahkan kejayaan.
KESIMPULAN

• Kebangkitan rakyat di jajahan Pasir Putih merupakan reaksi masyarakat yang


menyokong perjuangan Tok Janggut. Kebangkitan penduduk di jajahan Pasir Puteh
menggambarkan rakyat di negeri itu tidak dapat menerima sistem tanah baru yang
agak asing bagi mereka.
• Situasi ini membuktikan bahawa campur tangan British baik di jajahan negeri itu
mahupun negeri-negeri lain di Tanah Melayu semasa pentadbiran British telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati terutama hasil dari pengenalan peraturan baru
yang menekan, membebankan dan menyusahkan mereka.
• Penguatkuasaan sistem pemilikan tanah dan cukai yang baru itu bukan sahaja
menyusahkan malah telah menyentuh persoalan undang-undang Islam iaitu dengan
ketepikan perundangan tanah Islam apabila sistem pemilikan tanah berasaskan
Sistem Torrens dikuatkuasakan.
• Tegasnya, gerakan protes itu walaupun tidak mampu membawa perubahan yang
besar kepada masyarakat terutama untuk membela nasib mereka, namun
sekurangkurangnya menyedarkan pihak pentadbir British agar lebih berhati-hati
apabila melaksanakan sesuatu peraturan di negeri itu.
TERIMA KASIH

You might also like