You are on page 1of 28

Edisi Belum

Lengkap
SPM
Bahasa
Melayu 2
MuLus
Oleh Khairuddin Ayip
Rumusan
PENGENALAN
 
1. Rumusan menyumbang 30 markah penuh.
2. Rumusan mengandungi 4 perenggan dengan pecahan
20 markah isi, iaitu:

(i)Pendahuluan [2 markah]
(ii)Isi tersurat [12 markah]
(iii)Isi tersirat [4 markah]
(iv)Kesimpulan [2 markah]
3. Markah bahasa ialah 10 markah. Markah bahasa dikira
berdasarkan separuh daripada markah isi.
Rumusan
Kata Kunci Soalan

A sebab-sebab, punca-punca, faktor-faktor, potensi, elemen


B langkah-langkah, usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-
cadangan, formula, pendekatan, kaedah, strategi
C masalah, kerenah, kekangan, penghalang, kesulitan
D kepentingan, keperluan, tanggungjawab, faedah-faedah, kesan-kesan
positif, harapan, kebaikan, manfaat, kelebihan
E kesan-kesan negatif, akibat, keburukan, impak
F ciri-ciri, petua, sifat-sifat, unsur-unsur
RUMUSAN
PENDAHULUAN [SPM 2017]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu


rumusan tentang faedah-faedah pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik
minat murid mempelajari KOMSAS. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
P1 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat-manfaat / 2
MARKAH
kepentingan-kepentingan / kelebihan pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) di sekolah menengah (merujuk tempat).
P2 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat-manfaat / 2
MARKAH
kepentingan-kepentingan / kelebihan pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) dan pelbagai pertimbangan diambil kira semasa
memilih karya sastera untuk dijadikan teks KOMSAS (Salin daripada
soalan 2a(ii)).
P3 Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan / manfaat-manfaat / 2
MARKAH
kepentingan-kepentingan / kelebihan pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) cara-cara pihak sekolah menarik minat murid
mempelajari KOMSAS.
NOTA PEMERIKSA: Berdasarkan soalan 2017,
ramai calon menggunakan P1 ketika menjawab
(alasan lebih mudah dan menjimatkan perkataan),
namun calon meletakkan frasa akhir “di negara
kita” sedangkan fokus petikan ialah di sekolah.
Sebagai jalan selamat (tanpa risau terpaksa
menukar frasa akhir untuk menentukan tempat),
dicadangkan sejak awal tahun murid
menggunakan cara ketiga (P3).
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
melahirkan patriotisme dalam kalangan rakyat dan masalah mewujudkan semangat
patriotisme. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

FOKUS PERTAMA SOALAN usaha-usaha melahirkan patriotisme dalam Isi Tersurat


kalangan rakyat
FOKUS KEDUA SOALAN masalah mewujudkan semangat patriotisme. Isi Tersirat

PENDAHULUAN LENGKAP

Rumusan membincangkan langkah-langkah / tindakan-tindakan / pendekatan / kaedah / strategi


melahirkan patriotisme dalam kalangan rakyat dan masalah mewujudkan semangat patriotisme.
MENULIS PERENGGAN ISI TERSURAT
 
1. Isi tersurat boleh dicari dalam petikan.

2. Murid boleh menggariskan isi tersurat yang dikenal pasti.

3. Kebiasaannya, terdapat lapan hingga sebelas isi tersurat


dalam petikan.

4. Cari enam isi yang diyakini betul dan tandakan untuk ditulis.

5. Tulis isi tersurat yang dipilih dengan menggunakan penanda


wacana atau kata hubung yang sesuai.
MENULIS ISI TERSURAT
_____________(Salin arahan isi tersurat)
ialah
_________________________________
(isi tersurat 1). Seterusnya _______________
(isi tersurat 2). Selanjutnya, ______________
(isi tersurat 3). Selain itu, ________________
(isi tersurat 4). Di samping itu, ____________
(isi tersurat 5). Akhir sekali _______________
(isi tersurat 6).
MENULIS PERENGGAN ISI TERSIRAT
 
1.Isi tersirat tiada dalam petikan dan perlu
difikirkan sendiri.

2. Tulis dua hingga tiga isi tersirat sahaja.


TEKNIK LAIN MENULIS ISI TERSIRAT

Isi Tersirat Terbuka Isi Tersirat Terikat


Arahan soalan: Arahan soalan:
Baca petikan di bawah dengan Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu
teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya pengangguran
rumusan tentang sebab-sebab dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
berlakunya pengangguran dan
kesannya.
Anda tidak boleh Anda boleh mengembangkan “sebab-sebab berlakunya
mengembangkan “sebab-sebab pengangguran” dengan “langkah-langkah untuk
berlakunya pengangguran” mengatasinya”. Sebagai contoh sebab-sebab berlakunya
dengan “kesannya” kerana pengangguran ialah belia suka memilih kerja yang sesuai
kedua-dua aspek berbeza. dengan kelulusan. Jawapan anda: Belia merebut peluang
pekerjaan tanpa mengira kelulusan yang dimiliki.
MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerajaan [SIAPA] hendaklah


mengatasi masalah [SALIN KATA KUNCI
SOALAN] agar / supaya
____________________________
[CADANGAN].
Tatabahasa
Kesalahan Ejaan Kata Majmuk (Mantap)
[Dijadikan petikan untuk mudah menghafal]
(1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas arahan (3)
PESURUHJAYA, membuat catatan, kemudian (4)
TANDATANGAN borang lalu (5) BERITAHU semua (6)
KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA menjalankan (8)
TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9) WARGANEGARA
dalam kalangan (10) BUMIPUTERA. Seterusnya, (11)
JAWATANKUASA memutuskan peserta (12) OLAHRAGA
berlatih secara (13) SUKARELA di bawah cahaya (14)
MATAHARI untuk pemilihan peringkat (15) ANTARABANGSA.
KOMSAS
Nilai murni
CARA MUDAH MENGHAFAL NILAI MURNI
Aku bawa sikap (1)BAIK HATI untuk hidup (2)BERDIKARI. Di rantau orang, aku
kekalkan sikap (3)HEMAH TINGGI dan (4)HORMAT-MENGHORMATI.
Perasaan (5)KASIH SAYANG aku pupuk dalam diri dan (6)KEADILAN dalam
bertindak. Di sini ada (7)KEBEBASAN dan aku memerlukan (8)KEBERANIAN
menghadapi cabaran. Aku kekalkan (9)KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL,
agar lahir sikap (10)KEJUJURAN dalam diri warga di sini. Aku berharap rakan
senang dengan sikap (11)KESEDERHANAAN yang aku tunjukkan. Di sini, aku
dapat menilai erti (12)KERJASAMA dan (13)KERAJINAN untuk mengubah
nasib. Timbul rasa (14)KESYUKURAN dan dapat berfikir secara (15)RASIONAL
terhadap (16)SEMANGAT BERMASYARAKAT penduduk di sini. Akhirnya,
timbul perasaan (17)PATRIOTISME terhadap negaraku sendiri.
Munsyi, karya Husna Nazri
1. Nilai Murni
Nilai murni yang terdapat dalam petikan
ialah kejujuran, contohnya Mel menunaikan
permintaan ibu yang menyuruh menyerahkan
buku-buku lama kepada sahabat lama ibunya,
Munsyi.
2. Pengajaran
Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah
kita perlu bersikap jujur dalam menjalankan
amanah, contohnya Mel menunaikan
permintaan ibu yang menyuruh menyerahkan
buku-buku lama kepada sahabat lama ibunya,
Munsyi.
3. Persoalan
Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah
persoalan kejujuran dalam menjalankan
amanah,, contohnya Mel menunaikan
permintaan ibu yang menyuruh menyerahkan
buku-buku lama kepada sahabat lama ibunya,
Munsyi.
4. Latar Masyarakat
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan
ialah masyarakat yang bersikap jujur dalam
menjalankan amanah, contohnya Mel
menunaikan permintaan ibu yang menyuruh
menyerahkan buku-buku lama kepada sahabat
lama ibunya, Munsyi.
5. Perwatakan
Watak Mel
Dia seorang yang jujur, contohnya Mel
menunaikan permintaan ibu yang menyuruh
menyerahkan buku-buku lama kepada
sahabat lama ibu, Munsyi.
NOVEL

You might also like