You are on page 1of 8

ETIKA PROFESIONAL

MPU 2223

DISEDIAKAN OLEH:
CIK NORFADHILAH BINTI SALAMA @ SALAMAT
PRINSIP ASAS ETIKA
• Jacques P. Thiroux (2001) mengenal pasti
beberapa prinsip asas etika.
1) Prinsip nilai hidup manusia
2) Prinsip kebaikan dan keburukan
3) Prinsip keadilan atau saksama
4) Prinsip kejujuran
5) Prinsip kebebasan individu
1. Prinsip Nilai Hidup Manusia
• Menekankan soal hidup dan mati.
Perbuatan mengambil nyawa diri sendiri
atau orang lain dianggap sebagai perbuatan
yang sangat tidak bermoral.
2. Prinsip Kebaikan dan
Keburukan
• Prinsip ini mengkehendaki manusia
berusaha:
- Menyuburkan kebaikan, mengatasi
keburukan dan berbuat baik.
- Tidak mencetuskan kemudaratan dan
keburukan.
- Menghalang kemudaratan dan
keburukan.
3. Prinsip Keadilan dan
Saksama
• Prinsip ini menekankan bahawa kita
mesti melayan manusia lain dengan
adil dan saksama khususnya dalam
soal agihan kebaikan dan keburukan.
4) Prinsip Kejujuran
• Asas hubungan sesama manusia adalah diatas
dasar percaya mempercayai antara satu sama
lain, iaitu yakin dan percaya bahawa apa yang
dikatakan itu adalah sesuatu yang jujur,
ikhlas dan telus
5) Prinsip Kebebasan Individu
• Setiap Individu mempunyai keinginan, kebolehan,
keperluan dan kemampuan yang berbeza-beza dan
mereka bebas memilih cara untuk mencapai tujuan-
tujuan tersebut tetapi tidak sehingga menggangu dan
menyusahkan kehidupan orang lain.
• Masing–masing dengan kebebasannya boleh bertindak
menurut apa yang difikirkannya baik kerana setiap
individu dan situasi adalah berbeza.
• Kebebasan yang diberikan adalah bertujuan untuk
disesuaikan dengan keperluan dan kehendak masing-
masing. Walau bagaimanapun kebebasan itu bukanlah
mutlak sehingga seseorang itu boleh berbuat apa
sahaja diatas nama kebebasan.

You might also like