You are on page 1of 22

Pengurusan Gerak Kerja

Kokurikulum
• Beberapa perbincangan dan kajian serta tinjauan telah dilaksanakan
untuk mengetahui keberkesanan dan masalah yang dihadapi dalam
pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah .
• Antara perbincangan dan kajian yang telah dilakukan oleh
Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran, 1979:

• Penglibatan pelajar aktif hanya tertumpu pada bidang tertentu


sahaja (Persatuan & Kelab) .
• Penyertaan pelajar bergantung kepada peraturan sekolah.
• Kebanyakan sekolah mewajibkan setiap pelajar menyertai .
• Kebanyakan sekolah melaksanakan gerak kerja kokurikulum pada
semester pertama persekolahan. Pada semester kedua, tumpuan
diberikan kepada peperiksaan
PROSEDUR PENGURUSAN DAN
PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM
• Menerima buku panduan pengurusan Gerak kerja
Kokurikulum daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
• Meneliti dan mengkaji kandungan Buku Panduan Pengurusan
Gerakerja Kokurikulum. Memberi taklimat dan berbincang
dengan guru-guru dari Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah (JBPS) mengenai gerak kerja kokurikulum.
• Menyediakan takwim dan jadual waktu kegiatan sekolah.
• Menetapkan tenaga pengawas dan pengajar.
• Memberikan taklimat kepada murid-murid mengenai gerak
kerja kokurikulum.
• Mengedar dan mendapatkan surat kebenaran ibubapa /
penjaga murid untuk menyertai gerak kerja kokurikulum.
• Mengedar dan menganalisa borang menyertai gerak kerja
kokurikulum kepada murid.
• Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik ahli
jawatankuasa di kalangan murid-murid bagi setiap gerak kerja
kokurikulum.
• Menyediakan aktiviti mingguan untuk sepanjang tahun.
• Menjalankan aktiviti dan membuat laporan mingguan serta
mengisi buku gerko murid.
• Penyeliaan
• a) Memastikan gerak kerja kokurikulum berjalan mengikut
jadual.
• b) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil.
• Menyediakan laporan tahunan bagi setiap gerak kerja yang
dijalankan.
• Penilaian
• a) Menilai keseluruhan program gerak kerja kokurikulum.
               
•   b) Mengisi buku laporan gerak kerja murid. 
Carta Organisasi (Sekolah)
Pengerusi
(Pengetua / Guru
Besar)

Setiausaha
(Pen. Kanan HEM /
PK Kokurikulum)

Penyelaras Bidang Penyelaras Bidang Penyelaras Bidang


Badan Berunifom Persatuan dan Kelab Sukan dan
Permainan

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah


Penaung
(Pengetua/ Guru Besar)

Pengerusi
(Penolong Kanan Kurikulum)

Setiausaha Kokurikulum
(Guru)

Penyelaras Bidang Penyelaras Bidang Penyelaras Bidang


Badan Berunifom Persatuan dan Sukan dan
Kelab Permainan

Guru Penasihat / Guru Penasihat / Guru Penasihat /


Jurulatih Jurulatih Jurulatih

Unit Berunifom Persatuan Kelab

Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum


Kebaikan carta organisasi
• Agihan tugas dan tanggungjawab.
• Rantaian perintah.
• Perancangan untuk saiz organisasi dan
kakitangan.
• Perancangan latihan dan aktiviti.
• Saluran maklumat berkesan.
Penilaian Gerak Kerja
Kokurikulum Sekolah
Setiap pelajar yang menceburkan
Menggunakan buku catatan khas
diri dalam aktiviti kokurikulum
atau borang khusus.
perlu dicatat dan dilaporkan.

Pelaporan aktiviti perlu


dilaksanakan mengikut Arahan
dan Pekeliling Ikhtisas 4/86,
Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Maklumat- Nama Persatuan
maklumat
yang perlu
dicatat Nama guru-guru penasihat/ jurulatih
adalah
seperti: Tarikh dan masa perjumpaan

Kehadiran guru penasihat/ jurulatih

Kehadiran dan jumlah kehadiran pelajar

Jenis aktiviti yang diadakan

Maklumat umum
Buku catatan atau laporan ini perlu disemak oleh Penolong Kanan
Kokurikulum pada setiap minggu untuk pemantauan minggu yang
boleh dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah terhadap setiap
persatuan yang ditubuhkan.

• Laporan ini memudahkan pentadbiran sekolah membuat laporan


apabila Jabatan atau Pejabat Pendidikan Daerah memohon laporan
aktiviti kokurikulum.
Setiap kehadiran pelajar perlu dicatat dalam buku khusus dan kad
laporan pelajar.
• Guru penasihat / jurulatih perlu menandatangani buku kehadiran
kokurikulum dan kad rekod pelajar. Satu format borang teah
disediakan oleh Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia mengenai kad rekod pelajar.

Kad ini boleh digunakan untuk sepanjang persekolahan pelajar selama


5 tahun.
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas
dan Peraturan-peraturan Am
pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum
Pengenalan
• Kegiatan kokurikulum di peringkat persekolahan
hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta dan
Peraturan yang dikuatkuasakan serta Surat Pekeliling
Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa.
• Mengikut Peraturan dalam Pelajaran 1956 (Kursus-
Kursus Pengajian Sekolah),kegiatan kokurikulum telah
dimasukkan sebagai salah satu aktiviti tambahan dalam
kurikulum sekolah dan peruntukan masa untuk aktiviti
tambahan telah ditetapkan iaitu dijalankan selepas
waktu pelajaran sekolah.
• Kepentingan GERKO ada termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
• Akta Pelajaran 1961 di bawah bahagian Kursus-
kursus Pengajian Sekolah menyatakan pihak
berkenaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-
aktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam
kurikulum sekolah yang perlu dijalankan di semua
sekolah.
• Akta ini juga mewajibkan penyertaan murid
dalam kokurikulum.
Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan
Gerak Kerja Kokurikulum

• Berdasarkan seksyen 130 Akta Pendidikan,


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 mula berkuatkuasa pada 21 Mei
1998 dan terpakai bagi sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.
• Guru besar, setelah menerima permohonan secara
bertulis,dikehendaki menubuh persatuan sekolah
daripada kategori yang berikut:
a)    Matapelajaran yang diajar di sekolah
sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
b)    Hobi dan rekreasi
c)    Sukan dan permainan
d)    Badan beruniform
e)    Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh
Pendaftar.
• Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah
hendaklah mengemukakan laporan secara
bertulis kepada Guru Besar mengenai perkara-
perkara yang berikut:
·         Perlembagaan dan peraturan persatuan
·         Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan
·         Senarai aktiviti utama persatuan
• Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam
tempoh empat belas hari selepas ditubuhkan
atau selepas mesyuarat pertama persatuan
tersebut. Perlembagaan dan Peraturan sekolah
wajib diluluskan oleh Guru Besar.
• Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah
dikehendaki mengemukakan laporan secara
bertulis kepada Guru Besar mengenai apa-apa
perubahan dalam perlembagaan, peraturan,
jawatankuasa atau ahli persatuan.
• Laporan itu dikehendaki kemukakan dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh yang
laporan tentang perubahan itu dibuat dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan
pengerusi dan setiausaha persatuan yang
berkenaan.
• Guru Besar boleh menerima atau enggan untuk
menerima perubahan dalam perlembagaan,
peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan.
• Guru Besar dikehendaki menyimpan suatu rekod
tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh
tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-
Peraturan ini dan hendaklah disediakan bagi
pemeriksaan oleh Pendaftar bila-bila masa.
• Guru Besar dikehendaki melantik seorang atau
beberapa orang guru untuk bertugas sebagai
penasihat atau penasihat-penasihat bagi
setiap persatuan sekolah dan Guru Besar itu
dikehendaki menyimpan suatu rekod bertulis
tentang maklumat itu dan hendaklah
disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
• Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah
hendaklah dibawah kawalan Guru Besar atau
penasihat.
• Apa-apa tajaan atau kutipan derma oleh setiap
persatuan sekolah hendaklah mendapat
kelulusan Guru Besar.
• Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau
jawatankuasanya hendaklah dihadiri oleh
penasihat dan mana-mana guru lain yang
dilantik oleh Guru Besar.
• Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah mana-
mana persatuan sekolah mematuhi peraturan
tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang
selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
• Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah
secara bertulis mana-mana persatuan
sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati
bahawa persatuan itu mungkin digunakan
bagi maksud berikut:
·         Yang tidak memberi manfaat kepada
guru atau murid
·         Propaganda politik yang memudaratkan
kepentingan
Malaysia atau awam
·         Yang memudaratkan kepentingan murid
·         Yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini.

You might also like