You are on page 1of 55

ELMK 3053 – Kurikulum Pentaksiran dan Pengurusan

Mata Pelajaran Pendidikan Moral

Perkembangan Pendidikan
Moral di Malaysia
PENSYARAH : EN. AHMAD AZMI BIN JEONMANI
DISEDIAKAN OLEH : LO YING JIE
PISMP S1T2 RBT 2
Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran
yang wajib diajar kepada semua murid yang bukan
Islam di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada
pemupukan nilai dan membina kekuatan kerohanian
dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni yang terdapat dalam agama serta budaya
masyarakat Malaysia.
Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai moral
dan akhlak yang mulia menjadi aset yang sangat
penting kerana masa depan negara akan ditentukan
oleh mereka.
Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
Pendidikan Moral secara formal dan tidak formal telah
wujud di Malaysia sejak zaman penjajahan, khususnya
di sekolah-sekolah mubaligh, bermula dengan
penubuhan The Penang Free School pada tahun 1816.
Nilai-nilai seperti menghormati ibu bapa, kasih sayang,
jujur, benar dan keagamaan telah diajar dalam kelas
dan juga perhimpunan sekolah.

Sekolah Tamil mula dibuka di Singapura pada tahun


1834 telah memperkenalkan ajaran dan nilai Hindu.

Sekolah Cina yang dibuka oleh saudagar-saudagar Cina


pada tahun 1929 telah memperkenalkan ajaran “Tao”
dan Konfusius, iaitu tentang tingkah laku yang baik dan
kehidupan bermoral.

Sementara itu, sekolah rakyat, sekolah pondok,


madrasah, dan surau telah menekankan pengajaran
agama dan akhlak kepada murid dan orang dewasa
Islam (Ahmad, 2011 : 48).
Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
Selepas
kemerdekaan, Pada tahun 1977,
mata pelajaran mata pelajaran
Tatarakyat telah Sivik
Pada tahun 1983,
dilaksanakan diperkenalkan
mata pelajaran
dengan dengan
Pendidikan
memperkenalkan pendedahan
Moral KBSR
nilai-nilai murni kepada nilai-nilai
diperkenalkan
seperti patriotisme,
dengan 12 nilai
kebersihan fizikal cintakan negara
utama.
dan mental, kasih dan mematuhi
sayang kepada undang-undang
keluarga dan negara.
perpaduan kaum.
Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia
• Antara tahun 1983 dan 1984 pula, Pendidikan Moral diajar kepada
murid Tahun Satu dan Tahun Dua.

• Seterusya sehingga 1988, Pendidikan Moral diajar kepada


keseluruhan murid tahap 1 dan 2.

• Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka


sukatan pelajaran Pendidikan Moral dengan kandungan 16 nilai
untuk dilaksanakan dalam kurikulum KBSR dan KBSM.

• Akhirnya, mata pelajaran Pendidikan Moral telah dijadikan sebagai


mata pelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mulai tahun 1993.

• Sehingga sekarang Pendidikan Moral merupakan subjek wajib bagi


pelajar bukan Islam di Institut Pendidikan Guru, kolej dan pusat-
pusat pengajian tinggi.
Kepentingan Pendidikan Moral
Untuk mencapai aspirasi negara Selaras dengan matlamat
bagi melahirkan generasi yang Wawasan 2020 untuk
seimbang dan berakhlak mulia membentuk negara maju
selaras dengan kehendak FPK & dengan masyarakatnya yang
Rukun Negara bermoral

Moral dan pendidikan Moral


Pembentukan sahsiah terpuji
ialah panduan hidup
sebagai benteng pertahanan
bermasyarakat. Pemupukan
dalam menghadap masalah
nilai-nilai sahsiah terpuji untuk
dan krisis nilai dalam arus
kebahagian individu,
globalisasi
masyarakat dan negara

Berfikiran rasional dan


berpandukan nilai
agama dalam
kehidupan
Senarai nilai-nilai Murni di Sekolah
Rendah
• Dalam sukatan Pendidikan Moral KBSR, terdapat lima bidang
nilai yang diterapkan kepada murid iaitu:

Nilai berkaitan dengan


Perkembangan Diri

Nilai berkaitan dengan Nilai berkaitan dengan


Diri dan Negara Diri dan Keluarga

Nilai berkaitan
Nilai berkaitan dengan
dengan Diri dan
Diri dan Alam Sekitar
Masyarakat
Daripada 5 bidang di atas, terdapat 13 nilai
murni yang ingin dipupuk dalam kalangan murid
di sekolah rendah iaitu:
• Kebersihan • Kejujuran
• Baik hati • Hemah tinggi / Tidak
• Kerjasama angkuh
• Kesederhanaan • Keadilan
• Kerajinan • Kasih sayang
• Kebebasan • Hormat-menghormati
• Bersyukur / Berterima • Bersemangat
kasih kemasyarakatan
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
telah dilaksanakan pada tahun 2011, terdapat 14 nilai
universal yang ingin dipupuk secara berterusan dari
tahun satu hingga tahun enam iaitu:

Kepercayaan kepada Keadilan


Tuhan Keberanian
Baik hati Kejujuran
Bertanggungjawab Kerajinan
Berterima kasih Kerjasama
Hemah tinggi Kesederhanaan
Hormat Toleransi
Kasih sayang
Matlamat Pendidikan Moral di Sekolah
Rendah
Matlamat Pendidikan Moral Sekolah Rendah
• Matlamat Pendidikan Moral secara umum adalah
untuk mewujudkan kesejahteraan hidup individu dan
bermasyarakat.

Matlamat Pendidikan Moral KBSR yang dilaksanakan dari


tahun 1983 hingga 2010 ialah:
 ‘Program Pendidikan Moral bertujuan untuk
membentuk individu yang berperibadi mulia dan
bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan
dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia’.
Matlamat Pendidikan Moral di Sekolah
Rendah
• Objektif kurikulum Pendidikan Moral di sekolah rendah
adalah seperti berikut:
 Menyedari dan memahami norma dan nilai murni
masyarakat Malaysia
 Menghayati nilai murni dan menggunakannya sebagai
asas membuat sesuatu pertimbangan dalam kehidupan
seharian
 Menyatakan sebab yang munasabah dalam membuat
sesuatu keputusan dan tindakan
 Mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral
dalam kehidupan harian
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR, PPK, 1998)
Matlamat Pendidikan Moral di Sekolah
Rendah
Matlamat Pendidikan Moral dalam KSSR
(Pendidikan Moral Tahun Satu (2010) dinyatakan
seperti berikut:
• ‘Kurikulum Standard Pendidikan Moral
bermatlamat membentuk insan berakhlak
mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke
arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global’.
Matlamat Pendidikan Moral di Sekolah
Rendah
• Objektif Pendidikan Moral dalam KSSR adalah:
 Memahami dan menghayati nilai-nilai universal
 Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia
 Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga ,
sekolah, jiran, masyarakat dan negara
 Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan
moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam
membuat pertimbangan dan keputusan.

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 1, KSSR, 2010)


Prinsip-prinsip Pendidikan Moral
• Terdapat beberapa prinsip utama yang telah dikenal
pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang
menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi,
rohani dan sosial sebagaimana hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan melalui ungkapan
‘ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan’.
1. Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
Prinsip-prinsip Pendidikan Moral lain

2. Berpegang teguh pada ajaran agama

3. Prihatin kepada alam sekitar

4. Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup

5. Bersemangat patriotik

6. Menghormati hak asasi manusia

7. Mengamal prinsip demokrasi dalam kehidupan


Tanggungjawab terhadap keluarga
- Menjaga kesejahteraan hidup keluarga
- Sebagai seorang anak, kita perlu hormat
dan membantu ibu bapa
- Sebagai seorang ibu bapa pula, perlu
menyediakan kemudahan fizikal utk
Bertanggungjawab kepada diri keluarga, membimbing anak-anak dan
sendiri sebagainya.
- Menjaga kesihatan fizikal diri Tanggungjawab terhadap
(tidak merokok, minum arak, orang lain
dadah)
- Menghormati jiran dan
- Mengamalkan gaya hidup yang membantu orang lain dalam
sihat (bersenam, pemakanan kesusahan
yang seimbang)
- Sebagai seorang guru perlulah
- Melaksanakan tugas dan bertanggungjawab kepada
kewajipan diri sendiri (Cth, jika murid-muridnya.
kita sebagai seorang murid, ibu 1. Bertanggungjawab kepada
bapa, atau pekerja tentunya ada diri, keluarga dan orang lain - Manakala sebagai seorang
peranan berbeza yang perlu bermaksud berperanan dan doktor perlulah
dilaksanakan.) melaksanakan kewajipan yang bertanggungjawab kepada
sewajarnya terhadap diri pesakitnya.
sendiri, keluarga dan orang
lain. Peranan dan kewajipan
tersebut termasuklah:
Prinsip-prinsip Pendidikan Moral
2. Berpegang • Yakin dan mengamalkan prinsip ajaran
teguh pada ajaran agama. Membuat apa-apa yang disuruh dan
meninggalkan perkara yang ditegah oleh
agama agama.

• Menyedari tentang alam sekitar adalah satu-


3. Prihatin kepada satunya tempat untuk kehidupan manusia
alam sekitar dan perlu diperlihara daripada unsur yang
boleh merosakkan dan mencemarkan alam.

4. Mengekalkan • Menghormati undang-undang, budaya,


keamanan dan agama dan mengutamakan semangat
keharmonian perpaduan dan saling menghormati dalam
hidup kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Prinsip-prinsip Pendidikan Moral

5. Bersemangat patriotik
- Mencintai negara dan sanggup berkorban demi
negara

6. Menghormati hak asasi manusia


- Memperjuang keadilan dan kebebasan

7. Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan


- Mengutamakan dan memihak kepada suara majoriti
atau kehendak ramai
Pengenalan KBSR dan KSSR
VIDEO TIME!
Video
PEMBENTUKAN KBSR
• Singkatan kepada KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
RENDAH.
• KBSR diganti daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah
iaitu pada tahun 1993.
• Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di
seluruh negara mulai tahun1983.
Konsep Bersepadu
• Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

• Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta


nilai murni bagi emlahirkan insan yang
seimbang.

• Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan


melalui kokurikulum.
Matlamat KBSR
• Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk:
 Memastikan perkembangan potensi pelajar secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu

 Meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani


bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

• Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan


terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca ,
menulis dan mengira.
Prinsip-Prinsip KBSR
• KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
– Pendekatan Bersepadu;

– Perkembangan individu secara menyeluruh;

– Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

– Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan


kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding
dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman
hidup mengikut peringkat
- Suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi
peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar
pendapat dan kerjasama di kalangan murid

- Aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid

mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif


serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses menguasai kemahiran asas.

- Pendidikan seumur hidup.


- Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu

fleksibel.

- Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

- Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

- Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah


Objektif KBSR
• Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat
rendah bertujuan untuk membolehkan murid:
menguasai bahasa Melayu sesuai dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara;
menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa pengantar
sekolah;
menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira
dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah
harian;
menguasai kemahiran belajar;
menguasai kemahiran berfikir;
 kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan
nasional;
 menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
 menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap
yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
 menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran
bagi murid Islam;
 menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal
ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
 membina semangat patriotisme;
 mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
 mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan
nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
 bertutur, membaca, menulis dan memahami
bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha
menambahnya;
membina daya kepimpinan dan daya keyakinan
diri;
mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat
serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar;
menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
memahami, meminati, menikmati dan menyertai
aktiviti-aktiviti amal,
Ciri-Ciri KBSR
• Penekanan

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa


(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz
dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai
murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi
matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan
menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
Struktur KBSR terdiri daripada tiga
bidang iaitu:-
i. Bidang Komunikasi

1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
• Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada
enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut
ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
Pembentukan KSSR
VIDEO TIME!
Video
• Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan
negara terutamanya di peringkat sekolah rendah yang
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi
keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
• Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya
keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum
sekolah rendah.

• Merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan


kurikulum persekolahan rendah sedia ada.
• Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
• Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah
tidak sahaja menintiberatkan kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), tetapi juga mengambil kira
kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.

• Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan


rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan
kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan
setanding dengan pendidikan global.

• KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak


berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan,
industri, akademik dan ibu bapa.
• Berdasarkan kepada input-input tersebut maka
konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan
standard dibangunkan.

• KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan


kurikulum Pendidikan Khas.
Matlamat dan Objektif KSSR
• melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,
sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap
dan nilai

• KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru


Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.

• KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan


UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to
know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar
untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai
asas-asas berikut:

• Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,


emosi, jasmani dan sosial

• Warganegara yang bertanggungjawab

• Warganegara yang boleh berperanan di arena


global (Global Player)

• Pekerja berilmu
Prinsip KSSR
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan
kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana
masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah
seperti berikut:

 Pendekatan Bersepadu

 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

 Pendidikan Seumur Hidup


 Pendekatan Bersepadu
• Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh


• KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan
untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid


• KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua
murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.

 Pendidikan Seumur Hidup


• KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Fokus KSSR
• KSSR memastikan selepas enam tahun
persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
bagi setiap tahap.

• KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu


kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

• Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat


pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan
akal atau logik.
Ciri – ciri
• Reka bentuk kurikulum KSSR berasaskan enam
tunjang, iaitu:

1. Komunikasi
2. Kerohanian, sikap dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Keterampilan diri
6. Sains dan teknologi
 Tunjang Komunikasi

• Memberi penekanan kepada proses menggabung jalin


kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi. Memberi fokus kepada kemahiran
bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul.

• Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka


dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan
bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

• Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa


Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa
Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa
Semai.
 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
• Memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam
tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid
Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

 Tunjang Kemanusiaan
• Memberi penekanan kepada penguasaan ilmu
dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu
yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah
Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II
persekolahan.
• Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
• Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal
ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat
dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan
Pendidikan Muzik.

 Tunjang Keterampilan Diri


• Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah
diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi
peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti
persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada
murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,
rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
 Tunjang Sains dan Teknologi
• Memberi penekanan kepada penguasaan:
1. pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
2. pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
3. pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
• Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
SOALAN TIME!
Rujukan
• Abdullah Zhidi bin Omar, Madhi bin Shuid, Mazlan bin Aris, Mohd
Fu’ad bin Sam & Roslina binti Suratnu. (2014). Pengantar
Pendidikan Moral IPTA, IPTS, IPG & Kolej. Johor Bahru: Penerbitan
Multimedia
• https://www.slideshare.net/hemalathagovindasamy/hema-n-
lee?from_action=save
• https://www.slideshare.net/zainalgtr/pembentangan-kssr
• https://www.slideshare.net/krys73/9-kurikulum
• https://www.slideshare.net/AzReen1/kandungan-kurikulum-dan-
pelaksanaan-kbsr-dan-kssr-suatu-perbandingan
• http://www.jtppismp.com/jtp004/5271bc2/index_files/Page468.ht
m
• https://www.slideshare.net/NorazahMohamad/sejarah-pendidikan-
moral

You might also like