You are on page 1of 20

Perkembangan

Sosio Emosi
(Moral)
1
Konsep Perkembangan Moral
• Perkembangan merupakan suatu proses yang
berterusan dari peringkat lahir sehingga peringkat
kematangan.
• Moral adalah tata cara, kebiasaan dan adat yang sesuai
dengan tatasusila atau peraturan sekelompok
masyarakat.
• Kesimpulan: Perubahan pemikiran, perasaan dan
tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.
2
Teori Lawrence Kohlberg
• Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap
perkembangan moral yang utama, setiap tahap
mengandungi dua peringkat.
• Tiga tahap: moraliti prakonvensional, moraliti
konvensional, dan moraliti lepas konvensional.

3
Tahap 1: Moraliti Prakonvensional: Awal
Kanak-kanak

Peringkat 1: Orientasi Hukuman


• Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat sesuatu perlakuan
• Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman

4
Peringkat 2: Orientasi Ganjaran
• Menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri
• Sesuatu perkara dinilai baik atau jahat adalah
berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka.
• Mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran, atau
perkongsian untuk mendapat balasan

5
Perkembangan Sosial Emosi

(Teori Lawrence Kohlberg)


6
Tahap 2: Moraliti Konvensional Masa Kanak-kanak

Peringkat 3: Orientasi
Peringkat 4:Orientasi autoriti
kanak-kanak baik.

Mematuhi sebulat-bulatnya
Mematuhi peraturan
mengikut kebenaran atau peraturan dan undang-
persetujuan orang lain. undang masyarakat, demi
mengelakkan hukuman atau
denda.

7
Tahap 3: Moraliti Lepas Konvensional Masa Remaja

Peringkat 5: Orientasi Peringkat 6: Moraliti


Kontrak Sosial berdasarkan Prinsip
Individu dan Hati Nurani

Memahami sebab mematuhi Mematuhi kepada prinsip dalaman


undang-undang kerana (keadilan dan kesamaan) untuk
keperluan ketenteraman mengelakkan kutukan diri.Mungkin
sosial, Mengakui peraturan melanggar peraturan masyarakat jika
boleh ditukar jika sesuai. berkonflik dengan kod etika
peribadinya.
8
9
Guru yang prihatin
• Guru-guru masa ini perlu sedar tentang pentingnya perhubungan
antara seorang guru dengan muridnya.
• Guru harus prihatin terhadap kehendak dan keperluan muridnya
supaya disukai dan diterima oleh ramai murid.
• Guru perlu sentiasa cuba memenuhi keperluan kasih sayang dan
perhatian terhadap anak-anak murid. (dapat menjalin hubungan yang
mesra dan erat)
• Guru harus mengenal pasti murid yang memerlukan perhatian kasih
sayang.
• Lantas, tindakan terbaik guru adalah dengan mendekati anak-anak
murid yang memerlukan belaian daripada orang.
• Guru harus mengkaji latar belakang anak-anak. (dapat membantu guru
mendekati anak murid)
10
Gunakan Strategi P-P berpusatkan murid
• Guru akan merancang pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
aktiviti seperti perbincangan, sesi buzz, forum, perbahasan dan
sebagainya.
• Dapat meningkatkan perkembangan emosi dan sosial.
• Murid juga dapat melatih diri dalam kemahiran berkongsi maklumat,
bekerjasama dan saling membantu.
• Sikap percaya akan kebolehan sendiri akan membentuk pelajar yang
berkeyakinan tinggi dan boleh memimpin.

11
Beri Peluang kepada Murid untuk Menyalurkan Emosi
• Kaedah pengajaran yang menggunakan unsur puisi, sajak, pantun dan
cerita dapat menjadikan pelajar lebih menguasai kemahiran emosi.
• Pemilihan puisi, sajak mahupun pantun yang bertemakan emosi dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat melatih murid untuk menghayati nilai
dan estetika.
• Guru yang mengintegrasi elemen emosi dan nilai-nilai murni dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran memudahkan murid-murid untuk
mempelajari elemen emosi secara langsung.

12
Mengalakkan Sikap Tolong-menolong
• Kaedah pembelajaran koperatif dapat membentuk sikap suka tolong-
menolong, bekerjasama, boleh diharap dan mempunyai sifat empati
dalam kalangan murid.
• Guru boleh juga memimpin murid menguruskan konflik dengan
berkesan melalui pendekatan koperatif.
• Ini juga dapat memupuk kesefahaman dan kesepaduan antara murid
pelbagai agama dan bangsa.
• Sikap ini dapat menyedarkan murid agar bersedia intuk melakukan
kerja secara berkumpulan dan berkolaborasi.

13
14
Menggalakkan Tingkah Laku Prososial
• Guru perlu memberi rangsangan dengan menggunakan kata-kata positif,
memberikan penghargaan, menggunakan kata-kata pujian, malah
memberikan senyuman sebagai tanda peneguhan kepada murid-
muridnya.
• Guru tidak seharusnya menggunakan kata-kata yang boleh melemahkan
murid-murid dalam pelajaran kerana mereka mungkin berasa takut
untuk mencuba lagi dan sering berasa curiga, berprasangka buruk dan
tidak percaya akan orang lain.
• Guru harus membantu membangunkan emosi yang positif dalam
kalangan murid supaya mereka dapat menghindarkan perasaan malu
atau rendah diri apabila berhadapan dengan orang lain.

15
Mengamalkan Kemahiran Komunikasi
dan Kemahiran Mendengar
• Guru akan membantu murid memperoleh kemahiran
bekomunikasi dan bersosialisasi melalui interaksi dalam
kumpulan.
• Murid dapat berinteraksi dengan rakan-rakan lain serta
menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan melalui aktiviti ini.

16
IMPLIKASI TERHADAP
PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

17
Objektif & Perancangan Aktiviti
Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan
hadapi
• Contoh:bincang secara terbuka dengan pelajar tentang masalah
emosi seperti perasaan cemburu,prejudis dan lain-lain.
Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain
• Minta pelajar terangkan perasaan/pandangan orang lain terhadap
sesuatu isu
• Buat simulasi/main peranan agar pelajar dapat membawa watak yang
lain dari dirinya supaya pelajar dapat menilai perasaan orang lain.

18
Objektif & Perancangan Aktiviti
Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan
dengan tingkahlaku yang dibuat
• Berikan kesedaran kepada pelajar tentang ketidakselarasan antara
tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut.
Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar saling
mendengar antara satu sama lain
• Dalam aktiviti,samada semasa pembentangan/dalam
kumpulan,pelajar mendengar hujah yang dinyatakan oleh rakan
mereka.
• Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.
19
Bahan Bantu Mengajar

Filem / video

Contoh:

20

You might also like