You are on page 1of 6

Apakah itu eletrolik?

suatu zat yang larut atau terurai ke dalam


bentuk ion-ion dan kemudiannya larutan
menjadi konduktor elektrik, ion-ion
merupakan atom-atom bermuatan elektrik
kebiasaannya berbentuk air, asam, basa,
garam, atau berupa senyawa kimia lainnya
• Kepentingan Elektrolik
• Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan
melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.
• Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di
antara sel-sel.
• Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya
dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel.
Selain itu juga ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf
serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.
• Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat
diterangkan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-
merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium
mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya
mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.
• Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah
penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di
kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair
dan pembengkakan.
• Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga
berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan
pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar
impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat,
kekurangan kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku
muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak.
Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual
dan letih lesu.
• Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak
sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan
komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat
jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan
aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan
termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

• Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium


dalam darah, dan masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.
• Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain
bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan
bahan-bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong melaraskan
suhu badan anda.
• Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga
mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium
dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi
melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair
yang hilang dalam bentuk peluh.
• Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam
penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan
penghidratan semula.
• Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair
sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam
jumlah yang disarankan.

You might also like