You are on page 1of 16

MPU 3092

PENDIDIKAN
ISLAM
Muhammad Aminuddin Afiq bin Zukri
Muhammad Afiq Azri bin Hishamudin
ALAMIYYAH
Maksud Alamiyyah

ialah sejagat agama yang


dianuti tanpa mengira lapisan
masyarakat,zaman dan tempat
PRINSIP2 ALAMIYYAH

*Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian


*Nilai keadilan islam bersifat sejagat.
*Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran.
*Islam menjamin hak asasi manusia.
1.Kedudukan manusia
sebagai sebaik-baik kejadian.
• Manusia dijadikan daripada keturunan Nabi Adam dan
Hawa.Kemuliaan penciptaan ini terletak kepada anugerah akal
fikiran sebagai pembimbing manusia memilih jalan
hidupnya,berpandukan wahyu illahi.Kelebihan itu menlayakkan
manusia dilantik sebagai khalifah dan pentadbir alam ini.
Nilai keadilan islam bersifat
sejagat.
• @ Keadilan dalam islam tidak terikat kepada batasan
ras,keturunan,puak,warna kulit dan sempadan geografi.
• @ Keadilan juga hendaklah ditegakkan tanpa mengira kawan
atau lawan.
• @ Keadilan juga meliputi semua bidang kehidupan sama ada
rumah tangga,masyarakat ataupun urusan negara.
• @ Islam telah menetapkan halal,haram,sunat,makruh,serta
disamping perkara kewajipan fardu ain dan fardu kifayah.
Islam sentiasa menegakkan
kebenaran dan mencegah
kemungkaran.
Kehadiran islam membentuk
umatnya menggalakkan
kebajikan,kebenaran dan
kebaikan.
• Bagi tujuan tersebut islam
menggalakkan umat
melakukan mahmudah seperti
amalan kerja sama,tolong-
menolong,berkasih sayang dan
sebagainya.
• Serentak itu,islam melarang
umatnya melakukan
perbuatan2 mazmumah seperti
hasad dengki,berzina,berjudi
dan sebagainya
Islam menjamin hak asasi
manusia,Maksudnya
• Islam yang bersifat
sejagat mementingkan
keadilan dan kebajikan
dengan memastikan
kebebasan hak asasi
manusia terjamin.
• Antara hak-hak asasi manusia yang dijamin oleh
islam ialah
• Kebebasan beragama.
• Kebebasan bersuara.
• Kebebasan memiliki harta.
• Melindungi nyawa.
• Memelihara kehormatan.
• Memelihara harta benda.
• Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan
kedamaian serta mengekalkan kesejahteraan
manusia
Kebebasan
beragama.Maksudnya ialah:
• Islam memberi umatnya menganuti mana-mana kepercayaan
dan agama,bahkan tidak memaksa sesiapapun menganuti islam
sebagai mana maksud firman ialah:Tidak ada paksaan dalam
agama.Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada
jalan yang salah.
Kebebasan bersuara.

• Islam memberi umatnya bersuara agar dapat mengeluarkan


pandangan masing-masing kerana manusia mempunyai
berlainan kemampuan berfikir.
• Kebebasan itu juga dapat mengembangkan ilmu pengetahuan
tetapi kebebasan itu juga telah disalah guna oleh manusia iaitu
mengfitnah ,mengumpat dan sebagainya.
Kebebasan memiliki harta
• Allah telah mencipta langit dan bumi.
• Semua manusia berhak mencari duit atau mengumpul harta
untuk kesenangan hidup mereka,tetapi manusia harus mencari
duit dalam cara yang halal dan sah.Bahkan islam telah
mengiktiraf sebagai salah satu cara beribadat kepada Allah s.w.t.
Melindungi nyawa
• Dalam islam ,seorang manusia mempunyai hak untuk hidup
dengan aman dan tenang.Oleh itu,Allah s.w.t telah menetapkan
hukum qisas untuk melindungi nyawa manusia.Disamping
itu,islam amat menitik beratkan penjagaan kesihatan mental dan
fizikal supaya tidak menitikberatkan dengan unsur-unsur yang
merosakkan seperti dadah,arak,lumba
haram,gangsterism,pengambilan pil khayal dan sebagainya.
Memeliharakan kehormatan
• Memelihara kehormatan dan maruah diri merupakan
tanggungjawab setiap individu supaya tidak dipandang hina
dan rendah oleh orang lain.Jadi ,islam mewajibkan menutup
aurat dan menjaga pergaulan antara lelaki dan
perempuan.Memelihara kehormatan diri dan maruah keluarga
supaya tidak tercemar dengan perkara yang mungkar seperti
zina,pergaulan bebas dan lain-lain.
Memelihara harta benda.
• Islam juga menjamin hak asasi manusia dalam menjaga
harta bendanya melalui hukuman kepada pencuri dan
perompak .Bahkan,seseorang itu tidak disabitkan
kesalahan jika dia terpaksa mencederakan orang lain
semata-mata untuk mempertahankan haknya.
Islam sentiasa mengutamakan keamanan
dan kedamaian serta mengekalkan
kesejahteraan manusia.

• Islam diturunkan untuk memberi keamanan dan


kesejahteraan kepada manusia.Walaupun adakalanya
peperangan itu diperlukan demi untuk mempertahankan
negara dan agama,namun jika pihak musuh menawarkan
perdamaian, tentera islam hendaklah menerima tawaran
tersebut.Islam juga tidak memusuhi orang bukan
islam,bahkan mereka juga dijamin hak dan kebebasan jika
tinggal didalam negara islam.Bagi mengekalkan
keharmonian hidup ini, maka islam menganjurkan
umatnya memiliki sifat mahmudah dan menjauhi sifat
mazmumah.

You might also like