You are on page 1of 10

KULIAH 2

KEMAHIRAN BELAJAR
GKB 1053
PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

• Jun 2015 – melangkah masuk ke alam


pengajian yang baru.
• Bagaimana dengan persediaan?
• Tempat baru, gaya baru perlukan matlamat
diri dan akademik untuk berjaya.
• Kajian berkenaan azam tahun baru rakyat Amerika
yang telah dijalankan oleh Norcross, Mrykalo &
Blagys (2002) mendapati sebanyak 75% subjek kajian
mengekalkan azam mereka hanya dalam minggu
pertama Januari dan bilangannya menurun ke 64%
selepas sebulan.
• Setelah 6 bulan, sebanyak 46% sahaja subjek kajian
yang masih kekal dengan azam masing-masing.
• Menurut kajian ini lagi, antara azam yang paling
popular adalah untuk menguruskan badan (31%),
menjaga kesihatan (15%) dan berhenti merokok
(12%).
• Menjaga kesihatan itu termasuklah berhenti
merokok, menguruskan badan, menjaga
pemakanan, selain kerap bersenam dan ke
gimnasium.
• Kebanyakan kita juga berazam menguruskan
kewangan. Ini termasuklah mahu melangsaikan
kesemua hutang piutang, serta menabung dengan
lebih konsisten.
• Menurut Professor Wiseman, pakar sains kefahaman psikologi
dari University Hertfordshire United Kingdom, antara masalah
utama bagi resolusi yang tidak tercapai kerana matlamat atau
azam itu tidak realistik.
• Matlamat atau azam hendaklah tidak terlalu sukar untuk
direalisasikan dan mempunyai sifat SMART iaitu:
• Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan Time Frame.
• Oleh itu, matlamat yang optimum perlu mempunyai sasaran yang
spesifik, sasaran kejayaan yang boleh diukur, mampu dicapai
dengan usaha, realistik dan mempunyai tempoh masa yang
terhad.
TEKNIK SMART
SPECIFIC - TERPERINCI
• Objektif harus bersifat langsung dan menekankan apa matlamat
anda. Spesifik membantu anda untuk fokus kepada keupayaan diri
dan dengan jelas mendefinisikan apa yang akan anda lakukan.
• Spesifik adalah Apa, Mengapa, dan Bagaimana.
• APA yang akan anda lakukan? Tindakan anda adalah dengan
menggunakan perkataan seperti mengatur, menyelaras,
memimpin, mengembangkan, merancang, membina dll.
• MENGAPA hal ini penting untuk dilakukan pada saat ini? Apa yang
anda ingin capai?
• CARA yang akan dilakukan? (Melalui. ..)
• Pastikan matlamat yang anda tetapkan sangat spesifik, jelas dan
mudah. Cth : menetapkan tujuan untuk menurunkan berat badan
atau lebih sihat, menetapkan tujuan khusus untuk kehilangan 2 cm
daripada ukuran pinggang anda atau untuk berjalan 3 km.
MEASURABLE – BOLEH DIUKUR

• Jika anda tidak mampu mengukur matlamat itu, maka anda tidak mampu
untuk mengelolanya.
• Dalam erti kata lain pernyataan tujuan adalah ukuran untuk sesuatu projek
atau matlamat itu berjaya.
• Pilih tujuan dengan kemajuan yang terukur, sehingga anda dapat melihat
perubahan yang berlaku iaitu sediakan matlamat yang khusus.
• Contoh:
* Saya ingin membaca 3 bab dari novel yang baru dibeli sebelum hari ulang
tahun kelahiran saya.
(menunjukkan objek khusus yang akan diukur)

* Saya ingin menjadi pembaca yang baik.


(terlalu umum tidak menunjukkan perkara yang diukur)
• Oleh itu anda haruslah menetapkan kriteria konkrit untuk mengukur kemajuan
pencapaian setiap tujuan yang anda tetapkan.
• Ketika anda mengukur kemajuan anda, anda haruslah tetap berada di dalam
laluan, mencapai tarikh target anda, dan merasai kegembiraan pada setiap
usaha berterusan dalam mencapai tujuan anda.
ACHIEVABLE – BOLEH DICAPAI

• Apabila tujuan telah dikenal pasti, perkara yang penting seterusnya ialah
mula memikirkan cara-cara yang berkesan bagi membolehkan matlamat
itu menjadi kenyataan.
• Mungkin anda perlu mempertingkatkan sikap, kemampuan, keterampilan,
dan kemampuan kewangan untuk menjangkau matlamat tersebut.
• Matlamat yang ditetapkan jika terlalu jauh dari jangkauan anda, mungkin
anda tidak akan komited untuk melakukan. Walaupun mungkin dimulai
dengan niat baik.
• Pengetahuan bahawa matlamat itu terlalu banyak untuk dicapai bererti
fikiran bawah sedar anda akan selalu mengingatkan anda tentang fakta ini
dan akan menghalang anda daripada memberikan yang terbaik.
• Contohnya, jika anda bertujuan untuk kehilangan 10 kg dalam masa dua
minggu, kita semua tahu bahawa ia sukar dicapai. Tapi jika matlamat itu
dikurangkan kepada 1 kg sebulan maka matlamat itu akan menjadi lebih
mudah dan apabila matlamat itu telah dicapai maka langkah untuk
mencapai matlamat seterusnya akan membawa anda untuk terus
bermotivasi.
REALISTIC – REALISTIK

• Ini bukan sinonim untuk "mudah." Realistik dalam hal ini, bererti "do-
mampu” iaitu kemampuan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti bagi
mencapai matlamat.
• Objektif harus realistik untuk anda dan di mana anda berada pada saat
itu.
• Sebuah projek yang realistik boleh menggalakkan kemahiran dan
pengetahuan individu yang melaksanakannya.
• Contoh: merancang untuk mengurangkan pengambilan makanan manis
bagi pesakit kencing manis dengan tidak memakan kuih muih mungkin
tidak realistik bagi anda yang gemar makanan manis. Sekiranya anda
menetapkan untuk makan buah-buahan setiap hari maka ia akan menjadi
lebih realistik.
• Anda kemudiannya boleh memilih untuk berusaha ke arah mengurangkan
jumlah pengambilan makanan manis secara berperingkat dan kaedah ini
menjadi lebih realistik untuk anda.
TIME FRAME – JANGKA MASA
• Tetapkan kerangka masa untuk mencapai matlamat: minggu depan,
dalam tiga bulan, tempat pertama dll.
• Meletakkan penamat atau titik akhir pada matlamat anda memberikan
target yang jelas untuk diproses.
• Jika anda tidak menetapkan tempoh masa, komitmen menjadi terlalu
samar.
• Kecenderungan tidak akan berlaku kerana anda merasa anda boleh
bermula dan berakhir pada bila-bila masa sahaja.
• Tanpa jangka masa maka anda tidak akan terdesak untuk mula
mengambil tindakan sekarang.
• Waktu harus boleh diukur, boleh dicapai dan realistik. Setiap orang akan
mendapat manfaat daripada tujuan dan sasaran jika mereka SMART.