You are on page 1of 44

Konsep Perlembagaan Serta

Kepentingan,sejarah
Penggubalan Perlembagaan
Malaysia Dan Unsur-unsur
Tradisi Dalam Perlembagaan
Eric Ngu Lok Sing Wendy Lau Chui Jing Wong Min Yi
Konsep Perlembagaan
Serta Kepentingan
PERLEMBAGAAN

Sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang


sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang
menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa
antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip
umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.
KONSEP PERLEMBAGAAN

TIDAK BERTULIS:
BERTULIS: Bentuk
Semua prinsip
perlembagaan yang
perlembagaan yang tidak
dikumpul dan disusun
terkumpul dalam satu
dalam satu dokumen.
dokumen seperti undang-
Contoh: Perlembagaan
undang adat. Contoh:
Malaysia
adat perpatih.
Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara

Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara.


Konsep Perlembagaan

Berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang


sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.

Bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh


pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA,
keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa
Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan
sebagainya.
Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu
• Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual.
• Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman
dan eksekutif.
• Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan
• Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan
eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada
Perlembagaan.
• Contoh:
• Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan.
• Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-
undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat
mana yang berlawanan itu terbatal.
Keamanan

Kepentingan
Sosial Perlembagaan Perpaduan
Malaysia

Kestabilan
Politik
Keamanan Menjamin kestabilan negara.

Melicinkan pentadbiran dan


pemerintahan negara.

Menstabilkan ekonomi negara

Mengelakkan perbalahan kaum


Perpaduan Menjamin hak istimewa orang Melayu
dan bumiputera.
Perlembagaan membentuk semangat
patriotisme.
Menjamin hak asasi dan kebebasan
rakyat.
Menjamin taat setia rakyat kepada
negara
Pentadbiran negara dapat diselaraskan
tanpa perbalahan
Kestabilan Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong
Politik
Menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.
Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan
Senarai Bersama.
Menjadi rujukan dalam menggubal undang-
undang persekutuan dan negeri
Panduan dalam menjalankan pemerintahan.
Sosial Menentukan hak asasi rakyat seperti
kebebasan bercakap, kebebasan
beragama dan pemilikan harta.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
pemerintahan.
Mewajibkan pendidikan kepada rakyat

Menaik taraf kehidupan Rakyat


Sejarah Penggubalan
Perlembagaan Malaysia
• Tanah Melayu telah dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing
selama 446 tahun:

Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka

Penentangan terhadap penjajahan Portugis di


Melaka

Penentangan terhadap penjajahan Belanda di


Melaka

Penentangan terhadap penjajahan British do


Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan,
Pahang, Kelantan dan Terengganu

Penentangan terhadap penjajahan Jepun


• Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British telah
kembali semula ke tanah Melayu. Mereka merancang untuk
memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat
tentangan hebat daripada orang Melayu.

• Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya


telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru
iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang
dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa
pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Malayan Union – 1946
• Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Malayan
Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk
menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung
sebagai tanah jajahan. Dengan ini, pihak British akan
mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan
raja-raja Melayu akan terhapus
• Cadangan penjajah British memperkenalkan Malayan
Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang
melayu kerana kuasa raja-raja melayu dilenyapkan dalam
urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal
agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis
Penasihat Melayu.
Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946
• Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan
menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk
Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk
menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan
penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan.
Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebarang rancangan
kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya
mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-
hak orang Melayu sebagai bumiputera.
Penubuhan UMNO – 1946
• Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan
oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan
peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa
memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut
kepada pihak British.
• Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent
memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British
bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal
perlembagaan baru untuk Tanah Melayu.

• Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli
jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk
menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan
Union.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
– 1948
• Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan
perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya
menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21
Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui
perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan.
• Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting
yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan
perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1
Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di
mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.
Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk
menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.
• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan
masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai
perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan
1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian
Persekutuan 1948.
Pilihan raya Pertama
• Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai
parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun
1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan
Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan
raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun
1955.
• Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-
anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang
mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang
dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang
Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan
persetujuan Raja-raja.
Rundingan Kemerdekaan
• Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat
ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang
kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri
daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja
Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.
• Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai
persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan
yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956,
persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera
Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan
kemerdekaan yang sepenuhnya
Suruhanjaya Reid
• Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah
dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan
bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang
diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir
William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini
berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan
berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat
dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat.
• Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsur-unsur
tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut.
Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses
merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini
telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah
menggemukakan laporannya pada Disember 1956.
• Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah
diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131
memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan
dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua
daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti
Perikatan.
Menggubal Rang Undang-Undang
Perlembagaan
• Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang
pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan.
Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli,
iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan,
Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara
telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.
Kemerdekaan Tanah Melayu
• Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos
1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan
Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk
hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum
terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.
Penubuhan Malaysia
• Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di
London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British
akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan
kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan
mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu,
Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang
dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.
Unsur-unsur tradisi
dalam perlembagaan
Pengenalan
• Unsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
diwujudkan pada tahun 1957.

• Adalah satu kontrak social semasa penggubalan perlembagaan yang


meliputi:
• Bahasa kebangsaan

• Agama persekutuan

• Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

• Pemerintahan beraja
Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan

1. Bahasa kebangsaan

Unsur-
4. Pemerintahan unsur 2. Agama
beraja tradisi persekutuan

3. Kedudukan istimewa orang


Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak
Kepentingan unsur-unsur tradisi

• Mewujudkan identiti Malaysia


• Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
• Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui
• Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan
digubal.
1. Bahasa kebangsaan

• Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi)

• Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152

• Tetap melindungi bahasa-bahasa lain

• Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan


daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar bahasa lain
Rasional penggunaan bahasa melayu

Sebagai medium penyatuan rakyat

Telah menjadi lingua franca berabad lamanya

Lebih mudah untuk dipelajari


2. Agama persekutuan
• Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan
• Termaktub dalam Perkara (3) 1
• Memperuntukan suatu fasal imbangan
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian persekutuan.
• Setiap org mempunyai hak menganut dan mengamalkan
agamanya.
• Setiap agama mempunyai hak untuk;
• 1.menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• 2. Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama dan
khairat
• 3.memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang.
3. Kedudukan istimewa orang melayu dan
bumiputera sabah dan serawak
• Termaktub dalam perkara 153

• Hak istemewa meliputi:

1. Jawatan dalam perkhidmatan awam

2. Biasiswa dan pendidikan awam

3. Perniagaan dan kemudahan khas yang lain


Siapa orang melayu?
Perkara 160 (2)
BERAGAMA ISLAM
• BERTUTUR MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU

MENGAMALKAN ADAT BUDAYA MELAYU


• LAHIR SEBELUM HARI MERDEKA SAMADA DI PERSEKUTUAN ATAU SINGAPURA, ATAU
PADA HARI MERDEKA TELAH BERMASTAUTIN DI PERSEKUTUAN ATAU SINGAPURA.
SIAPA ORANG BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK
• BUMIPUTERA SABAH DAN SERAWAK
Di serawak – terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan,
Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah,
Kajang, Lugat, Lisum, Melayu Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun
dan Ukit atau dia berkuturunan campuran dari kaum tersebut.

Di Sabah- anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah
dan dia telah dilahirkan di Sabah.
4. Pemerintahan beraja
• Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu

• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan


pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang
dilantik

• Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja


berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi

• Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut lunas-lunas


perlembagaan yang telah ditetapkan
Sekian
Terima kasih!
Rujukan
• Dedisaputra Herman. (2013). Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
persekutuan. Diperoleh dari https://www.academia.edu/7415547/Unsur-
unsur_tradisi_dalam_perlembagaan_persekutuan.
• PEKHABAR. (2016). Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Reid.
Diperoleh dari https://pekhabar.com/h-i-d-s-suruhanjaya-perlembagaan-
reid/
• Shamsul Amri Baharuddin. (2017). MODUL Hubungan Etnik. Pusat
Penerbitan Universiti. Shah Alam.

You might also like