You are on page 1of 12

Unit 1: Sistem bumi.

1.1 Sistem bumi.


1.2 Stuktur bumi.
1.3 Jenis batuan dan kepentingan.
Nama ahli:
1. Muhammad Syukri Bin Suhaimi.
2. Lutfir Rahman Bin Erizal.
 Keluasan bumi kira-kira 510 juta kilometer persegi. 70% daripada bumi
terdiri daripada air manakala yang selebihnya adalah daratan. Terdapat
pelbagai komponen dan hubung kait antara sfera-sfera dalam sistem
bumi.

Biosfera
Atmosfera

Hidrosfera
Litosfera

Hubung kait antara sfera-sfera.


Atmosfera
 Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi dan
mempengaruhi cuaca.
 Atmosfera mengandungi beberapa jenis gas seperti 78% nitrogen, 21%
oksigen, dan 1% gas-gas yang lain.
Lapisan atmosfera
 Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera, statosfera,
mesosfera, termosfera, dan eksosfera.
Hidrosfera
 Semua kawasan air di permukaan bumi disebut hidrosfera.
 Jenis hidrosfera ialah air laut, air tasik, air sungai ,air bawah tanah, air
paya, dan salji.
 Hidrosfera meliputi 70% daripada bumi.
 Hampir 97.2% daripada hidrosfera terdiri daripada air masin manakala
2.8% lagi terdiri daripada air tawar.
Litosfera
 Litosfera merupakan lapisan luar bumi yang sangat pejal. Lapisan ini
merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
 Litosfera mempunyai pelbagai batuan dan mineral.
 Ketebalan litosfera berbeza-beza, iaitu dari kurang 5 km dari bahagian
dasar laut hingga lebih daripada 50 km di bahagian daratan.
 Tanih yang terdapat di litosfera digunakan untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
 Litosfera ini sangat penting kerana kaya dengan hasil galian dan batu
permata untuk perkembangan dalam kegiatan perlombongan.
Biosfera
 Biosfera ialah bahagian kerak bumi dan atmosfera yang dihuni oleh
benda-benda hidup.
 Benda-benda hidup yang terdapat di biosfera ialah manusia, haiwan,
tumbuhan serta hidupan seni seperti bakteria, spora, dan plankton.
Mengenal stuktur bumi.
 Bumi terbahagi kepada tiga lapisan atau zon yang utama iaitu kerak
bumi, mantel,dan teras bumi. Teras bumi terdiri daripada teras dalam
dan teras luar.
Lapisan Huraian

Kerak bumi Kerak bumi merupakan lapisan luar bumi yang sangat pejal
dan keras. Ketebalan kerak bumi di bawah lautan adalah
antara 5 kilometer sehingga 65 kilometer. Kerak bumi terdiri
daripada dua bahagian ,iaitu sial dan sima.
Sial Sima
•Terletak di atas sima. •Terletak di bawah sial.
•Tebalnya antara 30-50 km. •Tebalnya antara 5-10 km.
•Mempuyai ketumpatan 2.65- •Mempunyai ketumpatan
2.7 g/cm padu. 2.8 - 3.1 g/cm padu.
•Kaya dengan silika dan •Kaya dengan silika,
aluminium. besi,dan magnesium.
•Batuan utama ialah granit. •Batuan utama ialah basalt.
Lapisan Huraian
Mantel Mantel merupakan lapisan kedua dan dipisahkan dari kerak bumi oleh
lapiasan ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari teras bumi oleh
ketekselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel ini lebih kurang 2830
km. Ketumpatan antara 3.0- 3.37 g/cm padu. Batuan yang pejal dan kaya
dengan basalt olivin. Suhu di dalam lapisan mantel adalah antara 800
darjah celsius hingga 1600 darjah celcius.
Teras bumi Teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan dari
lapisan mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan 3470 km.
Suhunya antara 3000 darjah celsius – 5000 darjah celsius. Kaya dengan
logam-logam nikel dan besi. Lapisan ini terdiri dua bahagian ,iaitu teras
luar dan teras dalam.
Teras luar Teras dalam
•Terletek antara 2900-5150km •Terletak antara 5150-6370km
dari permukaan bumi. dari permukaan bumi.
•Ketumpatan antara 10.0-12.3 •Ketumpatan antara 13.3-13.6
g/cm padu. g/cm padu.
• Suhunya dianggarkan dalam •Suhu dianggarkan dalam
lingkungan 3000 darjah lingkungan 5000 darjah
celsius. celsius.
•Batuan dalam bentuk cecair. •Batuan dalam bentuk pepejal
Mengenal batuan.
 Batuan ialah bahan pepejal yang terdiri daripada himpunan atau
campuran pelbagai jenis mineral. Jumlah dan jenis kandungan mineral
adalah berbeza antara satu batuan dengan batuan yang lain. Perbezaan
dalam jenis kandungan mineral inilah yang menyebabkan batuan
mempunyai warna yang berbeza-bezaantara satu dengan yang lain.
Jenis-jenis batuan.
Terdapat tiga jenis batuan:
 Batuan igneus.
 Batuan enapan.
 Batuan metamorfosis.
Batuan Igneus
 Batuan igneus dapat dibahagikan kepada dua jenis utama dengan
berdasarkan pembentukannya, iaitu batuan igneus rejahan dan batuan
igneus terobosan.
Batuan Enapan
 Batuan enapan berbentuk berlapis-lapis. Batuan ini dapat dibahagikan
kepada tiga jenis utama, berdasar kepada cara pembentukan dan
kandungannya, iaitu batuan klasik, batuan kimia, dan batuan organik.
Batuan Metamorfosis
 Batuan metamorfosis kelihatan bersinar-sinar, cantik, dan sangat
menarik.batuan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu batuan
berjalur dan batuan tidak berjalur. Batuan berjalur ialah jenis batuan
yang mempuyai susunan mineralnya dalm bentuk lapisan-lapisan sacara
selari manakala batuan tidak berjalur pula tidak mempunyai lapisan.
Pembentukan batuan.
Pembentukan Batuan Igneus
 Batuan igneus yang sangat keras dan mempuyai ketahanan yang tinggi ini terbentuk
hasil daripada proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava. Magma ialah bahan
cair yang mengandungi silika, mineral, wap air serta gas, dan sangat panas.
Pembentukan Batuan Enapan
 Batuan enapan terbentuk daripada mendapan dan mampatan serpihan batuan, pasir,
kelodak, lumpur, atau cengkerang hidupan laut. Bahan peroi yang dimendapkan ini
terdiri daripada bahan-bahan batuan berjenis klastik, kimia, dan organik. Bahan-
bahan batuan ini akan mengalami dua proses, iaitu pemandatan dan penyimenan dan
membentuk batuan enapan.
Pembentukan Batuan Metamorfosis
 Batuan metamorfosis berasal daripada batuan igneus dan batuan enapan. Batuan ini
terbentuk akibat daripada suhu dan tekanan tinggi yang berlaku pada kedua-dua jenis
batuan. Butuan boleh bertukar bentuk, warna, dan mengalami perubahan dalam
kandungan mineral apabila terkena suhu dan tekanan yang tinggi.
Kepentingan batuan.
Jenis Batuan Contoh Batuan Kepentingan
Batuan Igneus Batu granit •Membina bangunan, jalan raya,
empangan, jalan kereta api, jambatan,
dan tetambak.
Batuan Enapan Batu kapur •Membuat simen dan konkrit.
Batu pasir •Membuat kaca.
Lempung •Membuat tembikar dan bata.
Arang batu •Membuat besi dan keluli.
Batuan Batu marmar •Barang-barang perhiasan seperti
Metamorfosis pasu dan meja.
•Hiasan dinding dan lantai bangunan.
Batu pemata (contoh: •Perhiasan wanita seperti rantai,
berlian, delima garnet, gelang, cincin, dan subang.
zamrud, dan jed). •Membuat mata pengisar, pemotong,
dan gerudi.

You might also like