You are on page 1of 35

Asas Penyelidikan Dalam

Pendidikan
Fundamentals of Research in
Education
(PBKK3143 & PAKK3143)
Dr Shuhairi Abdul Razak
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
IPGK PERLIS
MATLAMAT KURSUS
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar
dapat diberi pendedahan tentang asas
penyelidikan serta kemahiran merancang
dan menghasilkan kertas cadangan
penyelidikan dalam pendidikan.
Seterusnya, menjadi satu amalan dan
sebahagian daripada tanggungjawab
mereka sebagai seorang pendidik.
OBJEKTIF KURSUS
1. Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan

2. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui


penyelidikan

3. Memberi justifikasi cadangan kajian secara kritis dan profesional


melalui pembentangan

4. Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan dalam


pendidikan dengan mengambil kira etika dalam penyelidikan dan
merujuk kepada pelbagai sumber yang RELEVAN.
PENTAKSIRAN
KONSEP PENYELIDIKAN

Apakah yang anda faham


dengan Penyelidikan?

5
KONSEP PENYELIDIKAN

Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?

[1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah”
selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau
dan memanggilnya satu kajian

[2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen
yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan
keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran

[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan
menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara
ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta
bengkel yang lain
6
KONSEP PENYELIDIKAN

• Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan


sebagai penyelidikan!!!!

MENGAPA ?
Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan”

7
KONSEP PENYELIDIKAN
Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:
• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin
terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta
bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah
bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang
selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.
• Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat
untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
masalah yang tersebut.
• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan
menjana tekaan (hipotesis).
• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan
mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada
beberapa sampel kereta
• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul,
membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan
kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan
KONSEP PENYELIDIKAN
• Perhatikan contoh yang diberikan,
penyelidik (pengurus syarikat tersebut)
telah melalui satu susunan langkah yang
teratur dan sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat
kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah
kajian atau explorasi yang saintifik sebelum
membuat kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia
adalah sistematik dan keduanya ia
mengikut kaedah explorasi yang saintifik
KONSEP PENYELIDIKAN
(JOHN W. CRESWELL, 2012)
• Penyelidikan adalah proses langkah-langkah yang digunakan
untuk mengumpul dan menganalisis maklumat untuk
meningkatkan pemahaman kita tentang topik atau isu. Di
peringkat umum, penyelidikan terdiri daripada tiga langkah:
1. Membina soalan untuk menjawab Persoalan.
2. Kumpulkan data untuk menjawab soalan.
3. Hadirkan jawapan kepada soalan tersebut.
• Tiga Perkara Tersebut merupakan TERAS dalam Penyelidikan /
Kajian
PENYELIDIKAN
Tuckman (1999)
Penyelidikan adalah kaedah sistematik
untuk mendapatkan jawapan untuk
sesuatu persoalan atau permasalahan
PENYELIDIKAN
Kelinger (1964)
Penyelidikan adalah penyiasatan
sistematik, terkawal, bercorak empirikal
dan kritikal mengenai perhubungan di
kalangan fenomena
PENYELIDIKAN
Ahmad Mahdzan (1992)
Penyelidikan didefinisikan sebagai
usaha-usaha bagi mencari jawapan
kepada soalan-soalan khusus yang
dikemukakan berkenaan sesuatu
permasalahan
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Penyelidikan dalam pendidikan boleh


ditakrifkan sebagai proses memperolehi
pengetahuan baru melalui pengumpulan
data dan maklumat untuk menyelesaikan
masalah pendidikan dan seterusnya
digunakan untuk meningkatkan kualiti dan
amalan pendidikan.
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

• Cara teratur untuk memperoleh pengetahuan baharu.


• Satu aktiviti atau usaha untuk memperoleh dan
menganalisis maklumat bagi mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah pendidikan.
• Satu proses sistematik untuk mengkaji sesuatu masalah
pendidikan bagi memperoleh atau menjana pengetahuan
‘baharu’ (tujuan utama penyelidikan pendidikan).
FALSAFAH PENDIDIKAN

Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan


kepada “ketidakpastian” atau mencari kebenaran bagi
menerangkan sesuatu perkara atau fenomena yang
telah, sedang, atau belum berlaku
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

• Memperkayakan pengetahuan sedia ada


• Menyumbang ke arah penambahbaikan
amalan
• Memberi maklumat untuk penggubalan dan
penambahbaikan dasar
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

Proses Memahami
Penyelidikan Maklumat dan isu atau
• Pembacaan pengetahuan masalah
• Pengumpulan baharu yang telah
maklumat dikenalpasti
• Penganalisisan
maklumat/data Memperkayakan pengetahuan
sedia ada
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
Amalan Baharu

Asas Cadangan
Penambahbaikan
Maklumat
berbentuk Pengetahuan
ramalan bersifat deskriptif
Maklumat
Maklumat Baharu Hasil Pengetahuan
berbentuk bersifat
penerangan
Penyelidikan ramalan
Penambahbaikan Amalan
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

Penggubalan dan Penambaikan Dasar


ETIKA PENYELIDIKAN
• 1. Hak tersendiri
• Pengkaji tidak boleh memaksa seseorang
itu untuk terlibat dalam sesuatu
penyelidikan.
• 2. Hak untuk tidak dikenali
• Pengkaji dianggap tidak beretika sekiranya
pengkaji melaporkan dapatan kajian
berasaskan individu, lebih-lebih lagi jika
identiti juga dilaporkan.
ETIKA PENYELIDIKAN
• 3. Hak kerahsiaan
• Hak kerahsiaan bertujuan untuk menjaga integriti
peserta kajian di samping memastikan peserta kajian
tidak teraniaya atau mendapat musibah. Antara kaedah
yang sering digunakan oleh pengkaji untuk menjamin
hak kerahsiaan ialah:
• a. Menggunakan sistem kod bukan nama sebenar.
• b. Memusnahkan protokol kajian seperti soal selidik yang
telah diproses apabila kajian telah diselesaikan.
• c. Menggunakan sampul surat bersetem sendiri untuk
tujuan memulangkan soal selidik yang telah lengkap
diisi.
ETIKA PENYELIDIKAN
• 4. Tanggungjawab pengkaji
• Pengkaji bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa-apa
implikasi dan masalah yang berlaku kepada peserta
kajian yang terlibat dalam penyelidikan. Pengkaji mesti
bertanggungjawab terhadap penyelidikan mereka.
• 5. Mengelakkan kecederaan fizikal ataupun mental
kepada peserta kajian
• Kebajikan setiap individu yang terlibat dalam
penyelidikan perlu diberikan pertimbangan dan
perhatian utama. Semasa menjalankan penyelidikan,
elakkan peserta kajian daripada terdedah kepada
sebarang kemungkinan yang dapat menyebabkan
mereka tercedera fizikal atau terganggu dari segi emosi
ataupun mental.
ETIKA PENYELIDIKAN
• 6. Elakkan daripada membohongi peserta
kajian
• Berbohong melibatkan sesuatu yang
dilakukan dengan sengaja yang dapat
menyebabkan peserta kajian mempercayai
perkara yang tidak benar. Pembohongan yang
dilakukan mungkin dalam bentuk aktif
(menipu) ataupun pasif (menyembunyikan
sesuatu daripada pengetahuan peserta
kajian). Kedua-dua pembohongan ini adalah
salah dari segi etika penyelidikan.
ETIKA PENYELIDIKAN
• 7. Plagiat
• Kegiatan plagiat berlaku sekiranya seseorang pengkaji
mengambil atau menggunakan idea atau hasil kerja
orang lain tanpa memberikan penghargaan atau
mendapatkan kebenaran.
• 8. Memalsu atau merahsiakan data
• Pengkaji perlu melaporkan secara jujur setiap data bagi
mengembangkan ilmu atau memperoleh pengetahuan
baharu. Sekiranya pengkaji mengubah suai data bagi
mendapatkan hasil sebagaimana yang dikehendaki,
tindakan ini bukan sahaja menyekat kemajuan
pengetahuan tetapi juga dapat menyebabkan implikasi
negatif terhadap peserta kajian yang terlibat.
JENIS PENYELIDIKAN

1. PENYELIDIKAN ASAS
2. PENYELIDIKAN GUNAAN
3. PENYELIDIKAN TINDAKAN
4. PENYELIDIKAN PENILAIAN
Penyelidikan Asas (basic research)

• Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas


fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang
selanjutnya
• Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku
sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh
digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan
penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa.
• Mempunyai orientasi yang lebih umum
• Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin
tersebut

27
Contoh penyelidikan asas

• Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam


persekitaran makmal
• Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada
pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku
• Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau
beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti
perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran
dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan

28
Penyelidikan Gunaan (applied research)

• Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik


sebelumnya atau kajian sebelum ini
• Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal
untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.
• Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan
tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
• Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas
sesuatu isu
• Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa
yang menjadi perhatian pembuat polisi

29
Contoh penyelidikan gunaan

• Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah


rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti
kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa
program bacaan yang ada.
• Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum
atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah
memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.
• Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk
membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

30
Penyelidikan Penilaian (Assessment Research)

Merancang PROSES
program

Menguruskan
pelaksanaan dan
kesannya.

31
Penyelidikan Penilaian

• Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada


tujuan penilaian.
– Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah
kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program
itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif.
– Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada
penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu
efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil
penilaian sumatif.
32
Penyelidikan Tindakan (Action Research)

33
Penyelidikan Tindakan

• Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada


penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh
pengamal lokal (local practitioners)
• Ini adalah jenis penyelidikan gunaan

34
Kajian kes
Kuasi
eksperimental
Kajian sejarah

You might also like