You are on page 1of 12

Kaunseling merupakan satu proses.

Bincangkan peringkat-peringkat
dalam proses kaunseling.

Ahli kumpulan:
Seow Lee Fern
Farhana Bt. Mohd Fauzi
Zuliyana Bt. Hassan
PRA PERSEDIAAN
• Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh
kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien. Segala
maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara teratur dan
sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut
memahami persoalan sebenar kliennya. Di tahap ini,
kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan
seterusnya memberikan pertolongan.

• Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan


klien lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan
tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa
dirinya (kaunselor) sentiasa prihatin dan bersedia
membantu setakat yang terdaya. Dua komponen penting
yang perlu diambilkira di tahap ini ialah;
Tempat sesi kaunseling
• Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah
memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa
yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat
yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa
selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi
tersebut dapat diadakan dengan jayanya.

Tahap kemampuan kaunselor dengan klien


• Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil
kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien.
Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang
yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu,
kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga
mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama.
Dengan itu akan terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan
kedua-dua pihak ini harus dititikberatkan sebelum memulakan
sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan
dengan lancar.
PERINGKAT PERMULAAN DAN
KEMASUKAN
• Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan klien
akan berlaku.
• Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah
menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta
mempamerkan perlakuan yang membantu. Umpamanya
perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan
kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan.
• Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi
perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu,
keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam
permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting
kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan serta
menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.
• Pada eringkat ini, kaunselor hendaklah menguasai kemahiran
membina perasaan kepercayaan klien terhadapnya dan
menggalakkan klien agar rela meluahkan aduan atau masalah yang
dihadapinya.
PERINGKAT PENJELASAN
• Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang
persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat
kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh
dilakukan iaitu;

Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala isi hatinya, kaunselor
akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita.

Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak
mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk
bercerita.

• Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ digunakan kepada klien


kerana ini akan menyebabkan klien tersebut merasa terancam atau takut. Kaunselor
haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan
suasana selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah
menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu
klien jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman
dan perasaanya.
• Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien
menghurai dan menentukan pernyataannya tentang
bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki. Di
tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan
menentukan siapa sebenarnya sedang menghadapi
permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau
sendiri atau pun melibatkan orang lain.

• Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi


membantu merangka alternatif ke arah
penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor
sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan
untuk melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah
boleh mencungkil kehendak sebenar klien.
PERINGKAT MENGENALPASTI PUNCA
MASALAH
• Pada peringkat ini klien telah menceritakan
masalah yang sebenarnya kepada kaunselor.
• Oleh sebab itu kaunselor hendaklah
membimbing murid untuk mengenalpasti
punca sebenar masalah dengan menggunakan
soalan-soalan terancang.
• Soalan yang ditanya hendaklah lebih spesifik
dan meliputi pelbagai sudut.
MENCARI ALTERNATIF ( Pemilihan
Strategi dan Mengambil Tindakan )
• Bertujuan membantu murid mencari alternatif
untuk menyelesaikan masalahnya.
• Guru kaunselor menggunakan kemahiran berfikir
untuk mencetuskan idea bagi sesi perbincangan.
• Gunakan teknik penyelesaian masalah untuk
mencari alternatif .
• Guru kaunselor harus menguasai kemahiran
membanding, menganalisis, menilai, mengusul dan
membuat keputusan untuk membantu murid
mencari alternatif bagi masalah yang dihadapinya.
• Sama ada murid itu sudi menerima atau tak alternatif
yang diberikan oleh guru kaunselor, itu bergantung
pada teknik yang digunakan oleh guru kaunselor dan
sesi kaunseling ini.
• Guru kaunselor harus cekap menggunakan prinsip-
prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran
perasaan empati (daya menyelami perasaan murid).
• Kemahiran lain ialah kemahiran berkomunikasi dan
kemahiran mendengar dengan baik.
• Kemahiran berkomunikasi membolehkan guru
kaunselor menyampaikan maklumat dengan tepat
dan jelas.
• Kemahiran mendengar dapat membantunya
memahami dengan tepat apa yang diberitahu oleh
muridnya.
RUMUSAN (Penamatan)
• Peringkat ini merupakan peringkat yang
terakhir dalam sesi kaunseling.
• Pada peringkat ini guru kaunselor hendaklah
membimbing klien untuk memilih alternatif
yang paling sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
• Teknik peneguhan hendaklah digunakan untuk
meyakinkan klien dengan keputusan yang
telah diambil.
Tindakan Susulan
• Selepas sesi kaunseling telah tamat, tindakan
susulan perlu dijalankan untuk memastikan
sejauh mana objektif kaunseling berjaya dicapai.
• Guru kaunselor hendaklah membuat
pemantauan kepada klien tersebut dan
menetapkan tarikh untuk berjumpa klien
tersebut.
• Semasa perjumpaan tersebut guru kaunselor
hendaklah mendapatkan maklum balas dari klien
dan jika tindakan yang dipilih tidak berkesan,
alternatif yang lain akan dipilih.
Rujukan
• Mok Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak
(edisi ke-2). Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

• Othman Mohamed. Peringkat dalam proses kaunseling.


Dimuat turun dari
http://www.educ.upm.edu.my/~othman/mod5&6.htm

You might also like