You are on page 1of 11

M3- TUTORIAL

Jelaskan konsep-konsep asas hubungan


etnik yang patut diamalkan untuk
kesejahteraan masyarakat Malaysia.

LEE XUAN ING


SHIRLEY TAN
Perpaduan dan intergrasi

 Intergrasi wilayah
 Perbangunan di semua wilayah perlu diSemenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu
1. AKOMODASI

 Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B +


C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya.
 Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmoni dan
menghormati antara satu sama lain.
 Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang
ekonomi dan pendidikan dan mereka saling
bergantung.
Sebab patut diamalkan:

 setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati


norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
 Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok
yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan
mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara
aman damai baik untuk sementara atau selam-lamnya.
 Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-
kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap
mereka yang berasingan.
2. AKULTURASI

 Akulturasi merupakan satu proses penerimaan


unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang
berbeza.
 Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan
unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Sebab patut diamalkan:

 Proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat


kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
 Kelompok bangsa yang minoriti bolehlah
mempelajari daripada kelompok dominan tentang
unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan
diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa
menyebabkan berlakunya konflik dan boleh
memahami antara satu sama lain.
 Sebagai contoh, mempelajari budaya bangsa Melayu
iaitu membuka kasut sebelum masuk ke dalam
rumah
3. Amalgamasi

 Amalgamasi merupakan satu proses penyatuan


pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi.
 Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai
kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau
budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.
 Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama
dan akan melalui beberapa generasi.
Sebab patut diamalkan::

 Perselisihan faham boleh dielakkan dan semua


rakyat Malaysia lebih memahami tentang budaya
dan agama antara satu sama lain melalui
perkahwinan campur dengan bangsa yang berbeza.
 Situasi diskriminasi boleh dielakkan
 Budaya baru juga akan diwujudkan di Malaysia
melalui perkahwinan campur.
4. Asimilasi

 Proses pencantuman dan penyatuan antara


kumpulan etnik berbeza budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan budaya
dan identiti yang sama.
Sebab patut diamalkan:

 Boleh mencapai tujuan bersatu padu dalam masyarakat


Malaysia
 Contohnya beberapa kumpulan kelompok bukan asal, yang
telah mengasimilasikan warisan budaya Melayu dalam
kehidupan harian mereka. Antaranya Baba-Nyonya Cina
Melaka, Chetti India Melaka dan Peranakan Cina Kelantan.
 Kumpulan ini yang memperlihat asimilasi budaya Melayu
yang tinggi dengan menerima makanan, cara hidup dan
bahasa Melayu, bukan sahaja sanggup mengidentifikasi diri
dengan kaum Melayu.
 Mereka ini sebenarnya contoh terbaik mengenai percubaan
bersatu dalam kepelbagaian yang ingin dicapai itu.

You might also like