You are on page 1of 28

SISTEM PERKUMUHAN

HAIWAN

RAVINTHERAN KALIMUTHU
JABATAN SAINS
IPG KAMPUS IPOH
SISTEM PERKUMUHAN

 Fungsi: Menyingkirkan bahan buangan nitrogen


dari badan dan mengekalkan imbangan air.
 Organ-organ Invertebrata: liang
perkumuhan, nephridia, dan tiub malpighian.
 Organ-organ Vertebrata: Kulit, Ginjal, Ureter,
Pundi kencing, Uretra.
PERKUMUHAN HAIWAN
 Bahan buangan utama yang dihasilkan oleh
haiwan ialah ammonia.
 Ammonia merupakan bahan kimia yang beracun dan
perlu disingkirkan melalui sistem perkumuhan.
 Semua haiwan mempunyai satu sistem untuk
menyingkirkan ammonia dengan segera atau
menukarkannya kepada bahan yang kurang
beracun sebelum ia disingkirkan dari badan.
 Sistem perkumuhan haiwan dengan ginjal
sebagai organ utama merupakan satu sistem
yang sangat kompleks manakala sel yang
mengepam keluar bahan kimia merupakan
sistem yang sangat ringkas.
PERKUMUHAN INVERTEBRATA
AKUATIK
 Terdapatsebilangan invertebrata akuatik
meresap keluar ammonia dari badan ke
dalam air persekitaran.
 Contoh: span, cinidaria, dan sebilangan cacing
 Invertebrata akuatik yang lain akan
menyedut air, melarutkan bahan
buangan dan mengeluarkannya melalui
liang-liang seni pada kulitnya.
PERKUMUHAN INVERTEBRATA DARATAN
 Kebanyakan invertebrata daratan menukarkan
ammonia kepada urea.
 Urea merupakan sebatian ringkas nitrogen yang
kurang toksik berbanding ammonia.
 Urea ini disingkirkan dari badan melalui air kencing.
 Contoh: arthropoda- Semut
SISTEM PERKUMUHAN
INVERTEBRATA
Flame
cells Cacing Pipih
Excretory
tubules
Nephrostome

Excretory pore
Flame cell

Excretory tubule

Nephridia
Digestive tract

Annelida
Malpighian
tubules
Arthropoda
PERKUMUHAN VERTEBRATA
 Vertebrata akuatik mempunyai ginjal yang
bergantung kepada insang(gill slits) untuk
menyingkirkan bahan kumuh ke dalam air di
persekitaran untuk dilarutkan.
 Vertebrata daratan bergantung kepada ginjal
untuk menapis dan menukarkan ammonia
kepada urea dan dihantar ke air kencing untuk
disingkirkan.
SISTEM PERKUMUHAN MANUSIA
 Sistem perkumuhan manusia terdiri daripada
tiga organ perkumuhan yang utama iaitu ginjal,
kulit dan paru-paru.
GINJAL MANUSIA
 Terdapat dua buah ginjal yang berbentuk
kekacang, kira-kira 12 cm panjang dan 7 cm
lebar yang terletak di bahagian dorsal abdomen.
Fungsi utama ginjal ialah:
 1. menyingkirkan bahan kumuh seperti urea,
ammonia dan asid urik.
 2. memelihara keseimbangan osmosis darah

 3. memelihara keseimbangan pH darah.

 4. memelihara keseimbangan isipadu bendalir


badan
SISTEM URINARI MANUSIA

PANDANGAN HADAPAN

Ginjal Ginjal

Ureter
Ureter
Pundi
kencing

Sphincter Uretra
FUNGSI BAHAGIAN SISTEM URINARI
Bahagian Sistem Urinari Fungsi
Ginjal Menapis darah dan
menyingkirkan urea, garam
mineral dan air yang berlebihan
dalam bentuk air kencing
Ureter Menyalurkan air kencing dari
ginjal ke pundi kencing
Pundi Kencing Menyimpan air kencing untuk
sementara waktu sebelum
dikumuhkan keluar dari badan
Uretra Menyalurkan air kencing keluar
dari badan.
STRUKTUR GINJAL MANUSIA

Ginjal Manusia Keratan Rentas Ginjal


 Terdapat tiga salur yang muncul dari setiap
ginjal iaitu:
 i) arteri renal yang menyalurkan darah
beroksigen ke ginjal
 ii) vena renal yang mengandungi darah
terdeoksigen keluar dari ginjal
 iii) ureter yang membawa air kencing ke pundi
kencing.
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA DALAM
PENGHASILAN AIR KENCING
 Sistem Urinari Manusia terdiri daripada ginjal,
ureter, pundi kencing dan uretra.
 Nephron, merupakan nephridium yang diubahsuai –
unit fungsi ginjal.
 Bahan kumuh ditapis dari darah dan dihasilkan
sebagai air kencing dalam setiap ginjal. Air kencing
dikeluarkan dari ginjal melalui sepasang ureter dan
dikumpulkan di dalam pundi kencing. Pundi kencing
akan menyimpan air kencing sebelum disalurkan
keluar melalui uretra.
 Nephron menapis 125 ml cecair badan setiap minit;
menapis keseluruhan komponen bendalir badan 16
kali setiap hari.
 Dalam 24 jam nephron menghasilkan 180 leter hasil
tapisan dimana 178.5 liter akan diserap semula
manakala baki 1.5 liter akan membentuk air kencing.
MASALAH/PENYAKIT BERKAITAN
GINJAL
 Jangkitan, bahan toksik persekitaran seperti merkuri
dan penyakit genetik boleh membawa kesan buruk
kepada fungsi ginjal.
 Kebanyakan masalah ginjal boleh dipulihkan dengan
rawatan dialisis dimana mesin menjalankan fungsi
ginjal. Pemindahan ginjal juga dilakukan sebagai
langkah alternatif kepada rawatan dialisis.
 Selain itu, bahan buangan berlebihan yang tidak
disingkirkan akan membentuk hablur, yang dikenali
sebagai batu karang. Batu ini akan membesar dan
menyebabkan kesakitan yang amat teruk.
 Batu karang yang kecil boleh disingkirkan melalui
uretra dengan memakan ubat. Masalah batu yang
bersaiz besar perlu dirawat secara pembedahan atau
rawatan ultrasound.
RAWATAN DIALISIS
MASALAH BATU KARANG
MASALAH GOUT
KULIT MANUSIA

 Kulit dikenali sebagai organ yang terbesar pada


badan manusia.
 Ia menyediakan permukaan luar untuk
melindungi badan dan dilihat mempunyai luas
permukaan yang terbesar bagi organ badan
manusia.
 Untuk manusia dewasa secara puratanya, kulit
mempunyai luas permukaan di antara 1.5 hingga
2.0 meter persegi ( 16.1 – 21.5 kaki persegi)
dengan ketebalan di antara 2-3 mm (0.01 inci).
 Purata setiap 6.5 cm² kulit mempunyai 650
kelenjar peluh, 20 salur darah, 60,000 melanosit
dan beribu-ribu hujung saraf.
KERATAN RENTAS KULIT MANUSIA
KULIT SEBAGAI ORGAN PERKUMUHAN
 Kulit mempunyai kelenjar peluh di seluruh
badan. Kelenjar peluh- organ perkumuhan kulit.
 Setiap kelenjar peluh mempunyai tiub lingkaran
dengan salur peluh yang membuka pada liang
peluh di permukaan kulit.
 Bila badan menjadi terlalu panas, salur darah
yang hampir dengan kulit akan mengembang
menyebabkan aliran darah di kapilari darah
meningkat.
 Proses ini membolehkan haba badan meresap
keluar ke persekitaran. Pembesaran salur darah
ini dikenali sebagai vasodilasi.
 Kelenjar peluh menyerap air berlebihan dari
kapilari darah dalam kulit dan
membebaskannya melalui salur peluh ke liang
peluh sebagai air peluh.
 Bahan kumuh utama dalam peluh adalah garam
mineral (terutamanya natrium klorida) dan urea.
 Urea merupakan pecahan utama lebihan asid
amino (dari pencernaan protein) yang terbentuk
di hati.
 Sejatan peluh pada permukaan kulit akan
menyejukkan badan, maka perpeluhan
mengawal suhu badan.
 Walau bagaimanapun bila badan berada dalam
keadaan sejuk, salur darah akan mengecut.
 Ini menyebabkan pengaliran darah ke kapilari
berkurangan dan mengurangkan kadar aliran
haba dari badan ke persekitaran.
 Proses pengectuan salur darah ini dikenali
sebagai vasokonstriksi.
PARU-PARU
 Paru-paru sebagai organ perkumuhan
menyingkirkan karbon dioksida dan sedikit wap
air.
 Karbon dioksida merupakan bahan buangan dari
respirasi cell.
 Darah terdeoksigen (kaya dengan CO2) diangkut
ke kapilari darah di sekeliling alveolus dalam
paru-paru.
 CO2 menyerap dari darah terdeoksigen dalam
kapilari ke dalam alveolus.(Kepekatan CO2
dalam kapilari > di alveolus).
 CO2 dalam alveolus disingkirkan semasa
hembus nafas.
PERTUKARAN GAS DALAM PARU-PARU
RINGKASAN PROSES PERKUMUHAN
HOTS TIME
1. Pada cuaca panas, apabila seseorang berpeluh
dengan banyak, dia akan jarang membuang air
kencing dan kencingnya berwarna kuning gelap.
Semasa cuaca sejuk, seseorang berpeluh sedikit
tetapi kerap membuang air kencing. Air
kencingnya pula berwarna pudar. Jelaskan
fenomena ini berdasarkan fungsi ginjal.

You might also like