You are on page 1of 18

SCES3093

TAJUK:
PEDAGOGI SAINS ABAD KE 21
KONSEP KESERASIAN MINDA
(WHOLE BRAIN TEACHING)
OLEH:
RAVINTHERAN KALIMUTHU
JABATAN SAINS, IPG KAMPUS IPOH
STRUKTUR & FUNGSI OTAK
FUNGSI OTAK
FUNGSI OTAK
TEORI PEMBELAJARAN BERDASARKAN OTAK

• Otak manusia terdiri daripada lebih kurang 50


billion sel dan mempunyai lebih daripada 12
billion neuron.
• Segumpal otak normal beratnya adalah lebih
kurang 1.4kg
• Terdapat 3 teori pembelajaran berasaskan otak
yang utama:
 Teori oleh Paul Maclean (1950 an)
 Teori oleh Dr. Roges Speery (1965)
 Teori oleh Ned Herrmann (1975)
Teori oleh Paul Maclean (1950 an)

• Beliau mengemukakan ‘konsep otak tiga susunan’


(the concept of the triune brain)
• Susunan otak seperti berikut:
 Otak Neokorteks (korteks serebrum)
 Berfungsi mengawal proses intelek (Kemahiran
berfikir)
 Otak Tengah (Limbik)
 Berfungsi untuk mengawal emosi, pembelajaran
dan transformasi ingatan
 Otak Reptilian Kompleks (Otak Pangkal)
 Berfungsi sebagai mengawal refleks dan urutan
Teori oleh Dr. Roges Speery (1965)
• Beliau membuat pembedahan otak yang
dinamakan split-brain.
• Daripada kajiannya atas pesakit yang dibedah,
beliau membahagikan otak kepada dua
bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri.
• Fungsi otak kiri:
 Pertuturan
 Pemikiran secara: urutan, fakta, terperinci,
perancangan, prosidur, ulangan, pengelolaan
dan kritis
Teori oleh Dr. Roges Speery (1965)
• Fungsi otak kanan:
Lebih holistik, konseptual, emosional,
spatial
Contoh: serentak, kreatif, imaginatif, visi,
intuitif, perkongsian, muzik, emosi dan
kerohanian
FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

HEMISFERA OTAK KIRI HEMISFERA OTAK KANAN

• Analitik • Keseluruhan (Holistik)


• Logik • Serentak
• Urutan • Kreatif
• Rasional • Imaginatif
• Fakta • Visi
• Terperinci • Intuisi
• Perancangan • Perkongsian
• Prosidur • Muzik (Irama)
• Ulangan • Emosi
• Pegelolaan • Kerohanian
Teori oleh Ned Herrmann (1975)
• Beliau ialah seorang ahli Fizik dan Muzik
dan telah menghasilkan 600 lukisan dan
100 ukiran seni pahat
• Beliau mengemukakan “Model Teknologi
Otak Terkenal” atau “ Hermann Brain
Dominance Instrument (HBDI)
• Menurut teori ini, fungsi otak boleh
dibahagikan kepada 4 kuadrat seperti
berikut:
Model Teknologi Otak
Kuadrat Bahagian Otak Fungsi Utama

A Otak Kiri Atas Logik


Analitik
Fakta
Kuantitatif
B Otak Kiri Bawah Pengelolaan
Urutan
Perancangan
Terperinci
C Otak Kanan Bawah Peramah (Interpersonal)
Perasaan
Kinestetik
Emosi
D Otak Kanan Atas Holistik
Intuitif
Kesepaduan
Sintesis
Teori oleh Ned Herrmann (1975)
• Menurut teori ini, penguasan otak seseorang itu
boleh diukur berdasarkan kecenderungan
berfikir, cara melihat sesuatu, memproses
maklumat dan membuat keputusan
• Seorang jurutera yang menguasai kebolehan
berfikir di bahagian otak kiri, boleh
meningkatkan potensi keseluruhan otaknya
dengan membuat beberapa aktiviti minda yang
sesuai untuk meningkatkan fungsi otak
kanannya seperti yang berikut:
 Latihan membuat bayangan minda
 Melukis, mengukir, menghayati irama muzik dll
Teori oleh Ned Herrmann (1975)
• Seorang arkitek yang berkecenderungan
berfikir di bahagian otak kanan, boleh
meningkatkan potensi keseluruhan
otaknya dengan membuat aktiviti minda
yang sesuai untuk meningkatkan potensi
otak kiri. Antara aktiviti yang sesuai ialah:
Menggunakan nombor bagi mengumpul,
mengelola dan menganalisis fakta
Kemahiran menggunakan komputer
KONSEP KESERASIAN MINDA
• Berdasarkan Teori Keserasian Minda, bahagian atas otak kiri
dikenal pasti sebagai gaya pemikiran jenis eksternal iaitu gaya
pemikiran yang berasaskan kepada pemikiran logik, analitik dan
kuantitatif seperti matematik dan sains.
• Manakala bahagian bawah otak kiri adalah gaya pemikiran jenis
prosedural iaitu pemikiran yang berfungsi secara tersusun dan
mengikut urutan serta berupaya membina corak atau pola yang
tertentu.
• Bahagian atas otak kanan pula merupakan gaya pemikiran jenis
interaktif iaitu melibatkan pemikiran secara konseptual dan visual
serta cenderung kepada bahan-bahan yang bergambar atau
berwarna.
• Bahagian bawah otak kanan adalah berkaitan gaya pemikiran jenis
internal iaitu pemikiran yang melibatkan interpersonal dan
emotional, kreatif serta cenderung kepada irama serta muzik.
KONSEP KESERASIAN MINDA
• Pengajaran sains secara keserasian minda harus
melibatkan kedua-dua belah otak bagi membolehkan
murid berfikir secara kritis dan kreatif iaitu berfikiran aras
tinggi (KBAT).
• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran mestilah dapat merangsang kedua-dua
hemisfera otak murid.
STRATEGI PENGAJARAN SAINS SECARA
KONSEP KESERASIAN MINDA

Aktiviti A:

1. Murid dibekalkan dengan plastisin dan diminta membentuk plastisin


tersebut menjadi sebuah kubus.

2. Murid kemudiannya diminta:


a. mengukur panjang sisi kubus tersebut
b. melukis kubus dengan melabel panjang sisi kubus tersebut.

3. Guru memperkenalkan rumus isipadu sebuah kubus dan meminta


murid mengira isipadu kubus masing-masing.
STRATEGI PENGAJARAN SAINS SECARA
KONSEP KESERASIAN MINDA
Aktiviti B:

1. Murid dibekalkan dengan selinder penyukat bersaiz 100 ml.


2. Murid diminta:
a. mengisi 50 ml air ke dalam selinder penyukat.
b. memasukkan kubus yang dibentuk pada Aktiviti A ke dalam selinder
penyukat berisi air.
c. memerhati perubahan paras air dan mencatat bacaan akhirnya.
d. mengira pertambahan isipadu air.
e. melukis radas berlabel yang menujukkan perubahan paras air.
3. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan daripada Aktiviti A dan Aktiviti B.
4. Berdasarkan kesimpulan yang dibuat, guru meminta murid meramal isipadu
kubus tersebut jika ia diubah kepada bentuk yang tidak sekata.
5. Murid memberi justifikasi kepada ramalan mereka.
6. Murid membentangkan laporan aktiviti dan refleksi di hadapan kelas.
PERBINCANGAN& RUMUSAN
 Bincangkan sejauhmana Aktiviti A dan B
berdasarkan Konsep Keserasian Minda dalam
kumpulan masing-masing.
 Kemudian lakukan aktiviti “One Stay & Three
Stray” bagi dapatkan maklumat dari kumpulan
lain.
 Buat rumusan dan bentangkan hasil dapatan.

You might also like