You are on page 1of 20

KAJIAN KES KE ATAS PERKHIDMATAN DAN

PENCAPAIAN PERSATUAN HAKKA KEDAH

LIM MIN JOU


WOON SUET CHI
TUJUAN
• Mengkaji perkhidmatan dan pencapaian salah satu persatuan di
Kedah yang terpilih, iaitu Persatuan Hakka Kedah Tengah (PHKT).
• Secara umumnya, kajian ini dibahagikan kepada beberapa aspek
berdasarkan soalan kajian, antaranya termasuk carta organisasi,
sejarah dan proses persatuan dijalankan, aktiviti atau perkhidmatan
yang diamalkan, perbandingan perkhidmatan, strategi bagi menjana
sumber kewangan serta isu-isu berbangkit dalam PHKT.
1.0 PENGENALAN
• Persatuan Hakka merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh
sekumpulan orang Hakka dari China. Terdapat 79 Persatuan Hakka di
Malaysia. Beliau mengatakan bahawa penubuhan PHKT bertujuan
untuk menjaga kebajikan seperti memberi tempat tinggal sementara
dan keperluan asas kepada orang Hakka dari China sehingga mereka
dapat mencari tempat tinggal dan tempat kerja.
• Terdapat 3 Persatuan Hakkan di Kedah dan mereka akan mempunyai
perjumpaan setiap tahun unuk melaporkan aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan masing-masing dan menerima cadangan
penambahbaikan dari persatuan lain.
2.0 KAJIAN LEPAS
• Terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan seperti kajian tentang
identiti orang Cina di Malaysia dari segi epistemologi, kajian kes
masyarakat baba nyonya Melaka dan kajian kes Cina peranakan
Kelantan di Malaysia.
• Contohnya, kajian kes Cina peranakan Kelantan di Malaysia yang
dikajikan oleh Shahrul (2014) telah mengkaji cara bagaimana komuniti
Cina peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mereka serta
kesannya ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan
khususnya.
3.0 Latar belakang kajian
• Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur
(Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai,
Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di
Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin
dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
• Penyelidikan tentang perkhidmatan dan pencapaian persatuan
komuniti cina telah dijalankan oleh para penyelidik seperti yang
terdapat di subtopik kajian lepas. Kajian-kajian tersebut telah
mendapati perkembangan persatuan tiga kaum utama tetapi tiada
kajian terhadap sesebuah persatuan secara terperinci.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenalpasti sejarah penubuhan Persatuan Hakka Kedah Tengah.
• Mengenalpasti matlamat dan objektif utama Persatuan Hakka Kedah
Tengah.
• Mengetahui bagaimana persatuan ini mengumpul data bagi
menjalankan aktiviti yang dirancang.
• Menganalisis kekuatan dan kelemahan Persatuan Hakka Kedah
Tengah.
• Mengetahui masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Persatuan
Hakka Kedah Tengah.
5.0 METADOLOGI KAJIAN
5.1 Tempat kajian
• Kajian ini dijalankan di Persatuan Hakka Kedah Tengah iaitu No.20, Jalan
Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah
5.2 Reka Bentuk Kajian
• Dalam kajian ini, kami menggunakan reka bentuk kajian kualitatif.
Berkenaan dengan penelitian kualitatif, Nasution (2002) telah
mengemukakan bahawa penelitian kualitatif disebut juga penelitian
naturalistik.
5.3 Instrumen Kajian
• Antara jenis instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat dalam
kajian ini ialah temu bual, pemerhatian dan juga kajian perpustakaan.
5.4 Temu bual
Dalam penyelidikan ini, kami telah menemu bual David Lee tentang
pemahaman dan pendapatnya tentang buturan-butiran seperti aktiviti
yang dijalankan dan pencapai persatuan.
Dapat diketahui bahawa David Lee merupakan setiausaha yang amat
berpengalaman kerana beliau dapat menjelaskan maklumat tanpa
merujuk kepada dokumen. Beliau juga memberi kerjasama yang amat
baik semasa temu bual dijalankan kerana beliau telah bersiap sedia untuk
berkongsi maklumat tentang persatuan.
5.5 Pemerhatian
• Kaedah pemerhatian secara tidak berstruktur digunakan semasa kami
menjalankan temu bual dengan responden. Lazimnya, dalam
pemerhatian, kami melihat dan memerhati sesuatu dokumen, gambar,
carta organisasi dan suasana pejabat dalam Persatuan Hakka Kedah
Tengah.
5.6 Kajian Perpustakaan
• Beberapa sumber persatuan telah dijumpai di Pusat Sumber di Institusi
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Perpustakaan atas talian turut memberi manfaat kepada kami
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
6.0 ANALISIS DATA
• Untuk analisIs pemerhatian pula, kami telah memilih kaedah
pemerhatian tidak struktur dengan mencatat beberapa perkara yang
diperhatikan. Contohnya, kami telah mencatat masa dan tempat
pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian dan juga
aktiviti yang dijalankan. Kami juga melihat dan memerhati dokumen,
gambar, carta organisasi dan suasana pejabat PHK.
• Semasa pemerhatian, kami dapat melihat carta organisasi pada papan
kenyataan, aktiviti, perkhidmatan dan pencapaian pada dinding.
Aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan membuktikan bahawa PHK
telah memberi banyak bantuan kepada masyarakat dan mencungkil
bakat remaja. Segala aktiviti dan perkhidmatan dapat berjalan dengan
lancar kerana mempunyai struktur organisasi yang sistematik (rujuk
lampiran B).
• Dari aspek penelitian dokumen, responden kami telah menunjukkan
beberapa sijil penganjuran aktivti dan perkhidmatan. Selain itu,
responden kami juga menunjukkan kami gambar-gambar berkaitan.
Terdapat juga beberapa dokumen tidak dapat dibekalkan di atas
menjaga kepentingan dan kesulitan persatuan. Maka, kami telah
menggunakan dokumen yang diakses daripada internet untuk
mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan.
7.0 Masalah dan isu dibangkit semasa
pelaksanaan penubuhan
• ISU- Tahap kehadiran, penglibatan dan pencapaian ahli persatuan
tidak mencapai sasaran.
• MASALAH - Kehadiran di bawah 70%
• MATLAMAT- Meningkatkan peratus kehadiran melebihi 70%
• STRATEGI- - mengadakan aktiviti yang menarik
- menyediakan hadiah bagi kehadiran penuh
• INDIKATOR PENCAPAIAN- Mencapai peratus kehadiran keseluruhan
70%.
Bil Subkategori Kod Kekerapan
HASIL KAJIAN
1 Peranan PHKT PRN 2
2 Sejarah PHKT SJH 3
3 Struktur Organisasi PHKT ORG 1
4 Aktiviti yang dianjurkan oleh PHKT AKT 6
5 Perkhidmatan yang dijalankan oleh PHKT PKM 6
6 Perkara istimewa dalam PHKT PIS 2
7 Kewangan KWN 1
8 Isu berbangkit MSL 2
9 Perbandingan perkhidmatan dengan persatuan PBD 4
8.0 Penambahbaikan masalah dan isu
(Analisis SWOT)
KEKUATAN (S)
S1 - Kemudahan peralatan dan infrastuktur yang mencukupi
S2 - Perancangan aktiviti dan projek yang menarik dan
menyeronokkan
S3 - Galakkan dan sokongan daripada pelbagai pihak dan nama baik
dikenali oleh orang ramai dan secara tidak umumnya.
S4 – Waktu perjumpaan rasmi yang tetap.
KELEMAHAN (W)
K1- Terlalu bergantung kepada sumbangan individu sahaja dan kurangnya
bantuan serta sumbangan dari pertubuhan atau syarikat yang besar
K2 - Kurang penyertaan daripada generasi muda.

OPPORTUNITY (O)
O1 – Sikap, minat dan ingin tahu di kalangan ahli yang kuat.
O2 – Tempoh perjumpaan yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti dan
projek yang telah dirancang.
O1 - Platform rujukan sejarah nenek moyang bagi masyarakat Cina
ANCAMAN (T)
A1 - Masalah berkenaan pengurusan wang dalam melaksanakan sesuatu
program kerana wujud perbezaan pendapat dalam peruntukan yang
bersesuaian.
A2 – Sumber kewangan untuk menyediakan bahan bagi aktiviti yang dirancang
tidak boleh berlangsung dengan lancar.
A3 – Gejala datang lewat ke perjumpaan
9.0 Cadangan Penambahbaikan
• K1/ A2 - Dana kewangan perlu dicari dengan lebih proaktif.
Menerbitkan bahan-bahan rujukan sejarah etnik Hakka yang boleh
dijadikan sumber ilmiah.
Menerbitkan kisah-kisah sejarah etnik Hakka dengan berkolaborasi
dengan mana-mana badan atau industri filem dan wayang.
• K2 – Menggalakan ibu bapa membawa anak menyertai aktiviti dan
program dianjurkan bagi mengetahui sejarah nenek moyang serta
melahirkan semangat mengahargai budaya yang diwarisi secara turun-
temurun.
Menganjurkan aktiviti kekeluargaan seperti menyediakan masakan
tradisional hakka atau atau melibatkan semua ahli keluarga melawat ke
Persatuan Hakka yang di negeri lain.
• A1 – Mengadakan perjumpaan awal setiap tahun bagi merancang
aktiviti yang hendak diadakan sepanjang tahun.
Aktiviti yang dianjurkan perlu disetujui oleh ahli-ahli melalui
pengundian di perjumpaan tersebut.
Bendahari perlu memaklumkan sumber kewangan yang terdapat pada
tahun tersebut dan sentiasa mengemaskini keadaan atau penggunaan
dana persatuan.
• A3 - Boleh menubuhkan kumpulan Whatsapp
Sebelum hari perjumpaan, ahli-ahli boleh membuat peringatan satu
sama lain dalam Whatsapp group.
Informasi yang hendak disampaikan juga dapat didapati oleh ahli-ahli
yang tidak hadir.
10.0 RUMUSAN

• Projek ini menjalankan kajian terhadap perkhidmatan dan pencapaian


Persatuan Hakka Kedah Tengah(PHKT). Keputusan kajian telah
menunjukkan bahawa PHKT mementingkan perkhidmatan dan
sumbangan kepada masyarakat di Malaysia. Berdasarkan analisis
yang dijalankan, PHKT amat bertanggungjawab dalam mengendalikan
setiap aktiviti dan perkhidmatan sehingga mendapat sesuatu
pencapaian. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa pencapaian
PHKT yang terbilang adalah atas usaha ahli-ahli PHKT dan pentadbiran
yang teratur serta sistematik.
•Terima kasih

You might also like