You are on page 1of 14

Pendemokrasian Pendidikan

Konsep Pendemokrasian Pendidikan

• Pendemokrasian Pendidikan merupakan


sesuatu proses mendemokrasikan pendidikan,
supaya setiap individu diberikan peluang dan
haknya yang sama untuk mendapat
pendidikan serta kemudahannya yang
disediakan
• Setiap individu diberi peluang yang sama
untuk mendapat pendidikan dan hak memilih
jenis sekolah untuk belajar, tanpa mengira
status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina,
kaum, agama atau latar belakangnya.
Program Kesaksamaan Pendidikan
1. Murid daripada keluarga yang kurang
beruntung
a) Program Pendidikan Imbuhan
– Dilaksanakan antara tahun 1975-1980
– Kerana kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak
mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya
– Untuk membetulkan situasi ketidakseimbangan
peluang pendidikan
– Untuk mengurang jurang perbezaan peluang
pendidikan
‒ Ciri-ciri Pendidikan Imbuhan

• Disediakan untuk pelajar-pelajar yang menghadapi


masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi

• Untuk semua mata pelajaran

• Meliputi program makanan, bantuan dari segi


kemudahan, dan kewangan

• Bantuan diberikan kepada semua pelajar dan ibu bapa


mereka di peringkat pra sekolah, sekolah rendah

• Untuk mengurangkan jurang dalam peluang pendidikan


b) Projek InSPIRE

―Mula beroperasi pada tahun 1983 dengan penyediaan bahan-bahan

aktiviti pemulihan dan pengayahan untuk pelajaran bahasa dan

matematik sebagai percubaan, penyelidikan dan penilaian

―Tujuan menubuhkan Projek InSPIRE iaitu :

• Mengkaji, mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan supaya

digunakan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam sekolah rendah di luar bandar

• Membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia melaksanakan perogram pemulihan dan pengayaan dalam KBSR

• Projek ini berjaya menghasilkan beberapa set lembaran kerja bahasa dan

matematik KBSR untuk digunakan sebagai aktiviti pemulihan dan pengayaan

di dalam bilik darjah


2. Pendidikan Inklusif untuk Murid Istimewa
— Pendidikan Inklusif merupakan peluang
pendidikan umum yang diberikan kepada
semua kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-
kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi
belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa
di bawah bimbingan seorang guru resos (guru
terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-
guru biasa.
a) Program Pendidikan Khas
— Secara am, Pendidikan khas ialah program
pendidikan dirancang khusus untuk kanak-
kanak istimewa, iaitu kanak-kanak cacat dan
juga kanak-kanak pintar-cerdas.
— Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk
kepada satu pendekatan, rancangan
pendidikan,strategi, kaedah dan teknik
mengajar, untuk Kanak-kanak –Kanak-kanak
bukan normal tetapi luar biasa
—Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh
digolongkan dalam 7 kategori, iaitu:
• Kanak-kanak Kerencatan Akal (Mentally Retarded)-Kanak-kanak yang
mempunyai Darjah Kecerdasan(Intelligent Quotient,IQ) di antara 35
hingga 85.
• Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Diabilities)-Kanak-
kanak yang tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa.
• Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorder)-Secara
am,Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh diklasifikasikan kepada
empat ketegori seperti berikut:
i. Tingkah laku terbias
ii. Sifat pengongkongan dalaman
iii. Tingkah laku ketidakmatangan
iv. Tingkah laku antisosial
• Kanak-kanak Cacat Pendengaran dan Bermasalah Komunikasi

i. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua

kumpulan, iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual)

dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

ii. Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak

dari sejak lahir, manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur

adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya.

• Kanak-kanak Cacat Penglihatan

i. Digolongkan dalam beberapa jenis, iaitu kanak-kanak rabun dekat,

rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak,

glaukoma dan juling.


• Kanak-kanak Cacat Fizikal
i. Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang
mempunyai kecacatan ortopedik atau
anggotanya.
• Kanak-kanak Pintar-Cerdas dan Berbakat
i. Secara am, kanak-kanak pintar-cerdas atau
berbakat merujuk kepada kanak-kanak yang ada
Darjah Kecerdasan melebihi 120. Mereka
biasanya digolongan dalam tiga kategori, iaitu:
a. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.
b. Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.
c. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis,
penulisan, drama, muzik, kraftangan, sukan, dan
sebagainya.
3. Kelas Bercantum untuk sekolah yang kurang enrolmen
— Kelas bercantum merupakan kelas yang mengandungi
murid-murid yang terdiri lebih daripada satu tahun
persekolahan.
— Kelas bercantum diwujudkan kerana bilangan murid di dalam
satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.
— Dasar pendidikan kerajaan adalah ditentukan bahawa setiap
kanak-kanak yang telah cukup umurnya akan diberi peluang
belajar di sekolah yang berhampiran dengan kawasan
tempat tingginya.
‒ Ciri-ciri Kelas Bercantum:

i. Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan mengikut

tahun persekolahan mereka.

ii. Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.

iii. Seorang guru terpaksa mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun

persekolahan secara serentak dalam sebuah kalas yang sama.

iv. Strategi pengajaram dan pembelajaran dalam kelas bercantum adalah tersendiri dan

berlainan daripada kelas biasa.

v. Bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum biasanya tidak

melebihi 5 orang.

vi. Keadaan bangunan dan kemudahan-kemudahan sekolah yang mempunyai kelas

bercantum biasanya kurang lengkap.Kebanyakan bangunan sekolah ini merupakan

pondok-pondok kecil sahaja.

vii. Biasanya terletak di kawasan-kawasan terpencil.


‒ Kriteria Percantuman
i. Umur murid
ii. Keperluan murid
iii. Bilangan murid
iv. Bilangan bilak darjah
v. Bilangan tenaga pengajar

You might also like