You are on page 1of 9

Kedaulatan & Ancaman-Ancaman

Negara
Pendahuluan
• Ancaman dan cabaran di alaf baru ini mempunyai perspektif yang berbeza-
beza mengikut sejarah negara masing-masing di samping faktor lain seperti
demografi, sosial politik, status ekonomi dan juga perkembangan
pembangunan di negara jiran dan seluruh dunia.
• Di Malaysia, ancaman terhadap keselamatan dalam negara datangnya dari
dua cabang, dalam negara dan luar negara.
Ancaman-Ancaman
Pendatang Asing
Kehadiran pendatang sama ada
mereka masuk ke negara ini
secara sah atau haram juga boleh
menjejaskan imej dan
keharmonian negara. Ini kerana
sebilangan daripada mereka suka
menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan
negara.

Penyimpangan Agama/
Ajaran Sesat
Dari dalam negara, kita
menerima ancaman daripada
puak-puak ekstrimis kaum dan
penyimpang agama. Kelompok
ini menjadi ancaman kepada
negara kerana tindak-tanduk Politik
mereka yang sanggup
melakukan sesuatu di luar batas Selain daripada itu, terdapat juga pihak
kemanusiaan demi mencapai yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
matlamat masing-masing. ekonomi dan sosial politik negara untuk
mendapatkan sokongan terutama dari
kalangan parti politik dan badan bukan
kerajaan.
Pemalsuan dokumen

Ancaman juga boleh datang daripada


kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen
penting kerajaan seperti pasport
antarabangsa Malaysia, kad pengenalan
dan sijil lahir. Senario ini amat
merbahaya dan perlu ditangani dengan
sebijak mungkin.

Isu Sempadan
Selain daripada itu isu sempadan juga
boleh menjadi ancaman besar kepada
negara.
Dagangan Bebas Kemajuan Teknologi

Di pentas antarabangsa, sistem Konsep baru dunia tanpa


dagangan bebas dan kapitalis sempadan dan fenomena kemajuan
global jika tidak dikendalikan teknologi maklumat telah
dengan baik boleh mengganggu mewujudkan ancaman di alaf baru.
ekonomi dan mencabar kedaulatan Contohnya, internet yang
negara-negara kecil disalahguna untuk mengedarkan
seperti Malaysia. pelbagai bahan anti kerajaan,
menjatuhkan kerajaan dan
promosi aktiviti yang boleh
menggoyahkan kestabilan
keselamatan negara.
• Ancaman terbesar dalam negara yang perlu
diberi perhatian yang serius meliputi
ancaman subvertif, espionaj dan sabotaj.
Subvertif
• Subversif ialah kegiatan atau aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu pertubuhan,
kumpulan-kumpulan tertentu atau orang perseorangan di dalam atau di
luar Malaysia yang tidak sampai kepada perbuatan peperangan. Ianya adalah
bertujuan untuk menghancur dan membinasakan ketenteraman yang sedia ada dengan
cara-cara yang salah di sisi undang-undang atau yang bertentangan dengan
perlembagaan. 

• Ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu pergerakan yang dijalankan oleh musuh-musuh
negara untuk mengambil alih kuasa dari kerajaan secara salah di sisi undang-undang.
Seterusnya melalui kegiatan ini akan mengakibatkan terkuburnya dan hilangnya
perasaan dan etika taat setia rakyat terhadap negaranya. Kelemahan manusia adalah
penyumbang utama kepada masalah ancaman dalam negara.
Espionaj
• Espionaj boleh ditafsirkan sebagai suatu kegiatan dan aktiviti untuk
memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi dan
berselindung serta atau salah di sisi undang-undang bagi tujuan yang
memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia. 

• Ancaman espionaj adalah sebagai agen perisikan negara asing,


Pengintip Ketenteraan dan Ekonomi, Investigate Journalist, orang
awam dan personel sendiri. Jenis-jenis ancaman espionaj adalah
sebagai perisik ideologi, dorongan untuk mendapatkan wang, tekanan
dari pihak luar, lalai tingkah laku yang membahayakan dalam
menjalankan tugas. 
Sabotaj
• Sabotaj ialah satu perbuatan atau omitan bertujuan menyebabkan kerosakan
fizikal untuk kepentingan-kepentingan sesebuah kuasa asing atau sesuatu
tujuan politik yang subversif. Sabotaj mungkin boleh dilakukan pada masa
aman atau perang. Dalam masa aman sabotaj mungkin boleh dilakukan oleh
orang perseorangan yang bersimpati dengan tujuan-tujuan kuasa-kuasa yang
tidak berbaik dengan Malaysiadan ianya mungkin merupakan atau tidak
merupakan suatu kempen yang teratur. Pada masa peperangan sabotaj
berkemungkinan besar dilakukan mengikut suatu rancangan yang teratur dan
rancangan ini mungkin pula sebagai sebahagian atau _permulaan daripada
suatu rancangan yang lebih besar untuk melumpuhkan pertahanan negara.

• Jenis-jenis sabotaj merangkumi sabotaj antara kerajaan, sabotaj fizikal,


sabotaj politik dan sabotaj ekonomi.

You might also like