You are on page 1of 13

Lev Vygotsky

BIODATA TOKOH
➲ Lev Semenovich Vygotsky (1896 – 1934)
➲ Merupakan seorang psikologi berbangsa
Rusia.
➲ Seorang guru dan sarjana sastera.
➲ Menulis buku tentang ‘Pemikiran dan
Bahasa' dan ‘ Fikiran Masyarakat '.
PENDIDIKAN AWAL

Mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya
sendiri yang merupakan seorang guru dan
mempunyai seorang tutor peribadi bernama
Solomon Ashpiz.

Mendapat pengaruh dari sepupunya David
Vygotsky.

Meneruskan pengajian sekolah menengahnya di
sebuah sekolah persendirian.

Menamatkan pengajian sekolah menengahnya
dengan anugerah medal emas.
• Beliau menamatkan pengajian di Moscow
State University pada 1917.
• Pernah bekerja di Institut Psikologi pada
pertengahan 1920 dan di beberapa pusat
pendidikan di Moscow, Lerningrad dan
Kharkow di mana beliau bekerja keras
menyatakan ideanya tentang
perkembangan kognitif.
Karya Vygotsky didasarkan pada tiga idea utama:

Bahawa intelektual berkembang pada ketika
individu menghadapi idea-idea baru dan sulit
mengaitkan idea-idea tersebut dengan apa
yang mereka ketahui.

Bahawa interaksi dengan orang lain
memperkaya perkembangan intelektual.

Peranan utama guru adalah bertindak sebagai
seorang pembantu dan moderator
pembelajaran murid
Teori budaya-sosial (socio-cultural)
menyatakan bahawa kanak-kanak belajar
melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya
dan masyarakat memainkan peranan sangat
penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya,
pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi
cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. 
 contoh
• Tema: Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat,
Tahun 5:
• Guru boleh membawamurid-murid untuk menyertai
aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti
rumah terbuka, gotong-royong, sukaneka, riadah di
kawasan setempat. Dari situakan timbul suasana
yang berlainan dalam proses P&P di samping murid-
murid akan didedahkan dengan cara hidup
bermasyarakat yang positif. 
Ciri-Ciri Penting
• Scaffolding merupakan pertolongan atau
bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih
berpengalaman untuk meningkatkan tahap
pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
• Vygotsky percaya semua orang
mempunyai Zone Of Proximal
Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada
tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya
mampu dicapai melalui proses scaffolding.
• Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu
budaya atau cultural tools(seperti bahasa,
media, televisyen atau komputer) adalah
sangat penting untuk meningkatkan
komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan
pemikiran ke tahap yang lebih tinggi
Scaffolding
Menggalakan bantuan daripada rakan sebaya yang
sudah mahir. Guru menggunakan strategi
pengajaran koperatif dan kolaboratif serta
pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan
kumpulan heterogenus di mana kanak-kanak
dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan
dalam satu kumpulan. Kanak-kanak boleh
mendapatkan bantuan dan sokongan daripada
rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang
diajar.
Contoh aktiviti:
Guru membahagikan murid di dalam kumpulan yang
terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai
tahap kefahaman dan seterusnya memberikan satu
tugasan kepada murid untuk dilakukan di dalam
kumpulan. Dalam menjalankan tugasan tersebut,
murid yang mahir akan membantu murid yang
kurang mahir di dalam kumpulan masing-masing.

Zon Perkembangan Proksimal
• €Zon Perkembangan Proksimal adalah jarak
antara peringkat perkembangan sebenar
dengan peringkat perkembangan potensi
individu yang ditentukan dengan bantuan
orang dewasa atau kolaborasi antara rakan
rakan yang berkebolehan.
• Guru memberi bantuan pada peringkat
permulaan, kurangkan bantuan apabila kanak-
kanak sudah mula menguasai kemahiran atau
objektif . Guru memberi galakan dan
semangat untuk kanak-kanak mencuba dan
mengaplikasi kemahiran supaya mencapai
objektif.

You might also like