You are on page 1of 60

Kesedaran Kepelbagaian Sosio-

Budaya
Pengenalan
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum sudah pastinya akan mewujudkan corak
Sosio-Budaya yang berbeza.
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada
kepelbagaian Sosio-Budaya dalam masyarakat
agar mereka dapat belajar dalam suasana yang
kondusif walaupun berhadapan dengan murid
dari kaum yang berlainan.
• Kepelbagaian Sosio-Budaya ini boleh ditinjau
dari segi Bangsa, Struktur Masyarakat atau
Kelas Sosial, Kepercayaan, Bahasa, Adat
Resam dan Jantina.
Bangsa
• Menurut John Stuart Mill (1999), bangsa
merupakan rumpun manusia yang terikat oleh
rasa taksub bersama dan lebih rela
bekerjasama sesama mereka berbanding
dengan rumpun bangsa lain.
• Lazimnya, Bangsa terjalin oleh kesamaan
Bahasa, Budaya, Kesatuan Wilayah, Sejarah
dan Agama.
• Bangsa menurut Kamus Dewan (1999),
merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri Kebudayaan, Nilai dan
Aspirasi yang sama.
• Bangsa merupakan suatu kelompok manusia
yang dianggap memiliki identiti bersama, yang
bersatu pada satu wilayah dan mempunyai
keterikatan dengan wilayah tersebut.
• Contohnya, Orang Iban yang telah lama hidup
bersama sejak dahulu telah membentuk identiti
Malaysia yang ada.
• Bangsa juga merujuk kepada nilai-nilai sosial
seperti bekerjasama, toleransi, hormat-
menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan,
perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh
dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan
suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.
• Istillah ‘Melayu’ pula ditakrifkan oleh UNESCO pada
tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Madagascar.
• Menurut Perlembagaan Malaysia, istillah ‘Melayu’
hanya merujuk kepada kepada seseorang yang
berketurunan Melayu dan menganut Islam.
• Istillah ‘Melayu’ merujuk kepada nama Bangsa dan
Agama adalah satu perkembangan baru dari segi
sejarah setelah terdapatnya Kesultanan Melayu Melaka.
• Etnik juga dikenali sebagai Kaum. Kelompok ini wujud
disebabkan perbezaan Budaya.
• Ini termasuklah keseluruhan cara berfikir dan cara
bertindak yang meliputi sistem politik, kepercayaan,
agama, adat resam dan lain-lain.
• Ras pula merupakan satu kelompok manusia yang
mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti
warna kulit dan lain-lain.
• Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi dari
generasi ke generasi. Antaranya ialah Mongoloid, Negroid
dan Austroloid.
• Pada asasnya, Ras boleh dikatakan sebagai Kelompok
Sosial yang mempunyai tanda-tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata
seperti warna kulit, warna rambut, warna mata, dll.
• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa
yang pernah menghadapi Konflik Etnik.
• Hubungan antara etnik yang berbeza di negara kita
masih berlaku dalam satu suasana yang baik dan
mampu memacu perkembangan ekonomi negara
seperti yang terdapat pada hari ini.
• Melalui hubungan etnik juga, dapat difahami isu yang berlaku
seperti Prasangka atau Diskriminasi dalam sesebuah negara.
• Hubungan etnik juga mempegaruhi Dasar Sosial dan
Perancangan Sosial sesebuah negara.
• Etnik adalah pecahan masyarakat dalam suatu kaum seperti
Etnik Bidayuh, Kadazan, Kenyah, dll.
• Proses Asimilasi bermaksud cara hidup atau kebudayaan
sesuatu masyarakat biasanya daripada Golongan Migran dan
Minoriti yang telah diserap oleh Kebudayaan Dominan tanpa
membawa perubahan kepada Kebudayaan yang wujud dalam
golongan Minoriti atau Migran.
• Amalgamasi merujuk kepada proses pencantuman
dari segi Biologi.
• Proses cantuman ini boleh berlaku melalui
Perkahwinan Campur.
• Jayum A. Jawan (1977) meringkaskan proses
tersebut seperti berikut iaitu A+B+C=A+B+C. Ini
menunjukkan bahawa setiap kelompok masih
berpegang kepada kebudayaan masing-masing
walaupun berlaku perbezaan antara kebudayaan
yang diamalkan.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewargenegaraan (2001), menjelaskan Akomodasi
adalah setiap etnik menyedari nilai dan norma antara
satu sama lain.
• Ini bermaksud bahawa setiap etnik tetap
mempertahankan Budaya mereka tetapi hidup harmoni
dan saling menghormati antara satu sama lain.
• Namun begitu, setiap etnik ini saling bergantung dalam
institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan untuk
mencapai matlamat bersama.
• Dalam Pengajian Malaysia, Kenegaraan dan
Kewarganeragaan (2001), Akulturasi Budaya adalah
manusia dalam kumpulan Minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku golongan
Majoriti.
• Proses Akulturasi membolehkan masyarakat
meminjam atau menerima unsur-unsur Budaya
golongan Majoriti tanpa mengubah unsur-unsur
Budaya asal. Proses ini dikenali sebagai Asimilasi
Budaya.
• Kita tidak harus berbicara tentang Melayu, India dan
Cina sehingga terlupa kaum pribumi di Sabah serta
Sarawak seperti Iban, Dayak, Malanau, Kadazan,
Dusun, Bajau, dll.
• Dalam masyarakat keturunan Cina, terdapat suku-suku
seperti Hakka, Hailam, Kantonis, dll.
• Dalam masyarakat India, terdapat pula Tamil, Jaffna,
Sikh, dll.
• Setiap kelompok memiliki dialek, adat kebiasaan, nilai
dan kepercayaan agama tersendiri.
• Kita telah hidup sebelah-menyebelah, berjauhan dan pada
umumnya dalam keadaan aman dan harmoni baik di
daerah-daerah kediaman, institusi pendidikan, pejabat,
syarikat dan persatuan.
• Pada hari ini, kerjasama serta perhubungan anatara kaum
itu sudah berlangsung demikian banyaknya dalam
kehidupan ekonomi dan sosial yang memakmurkan negara.
• Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang
secara berkesan dalam jangka masa panjang untuk
mewujudkan sikap membina yang kukuh untuk setiap
kaum untuk hidup aman dengan orang lain.
• Kita memerlukan penyelidikan Sosio-Budaya yang
saintifik serta usaha pembangunan yang
berpanjangan dalam rangka Pembangunan Modal
Insan dan kehidupan negara.
• Semua Kementerian bertanggungjawab langsung
tentang kebudayaan dan perpaduan harus
membangunkan satu institut khas bagi tujuan
nasional ini. Institut ini perlu menjalankan
penyelidikan ilmiah yang berorientasikan keperluan
membina kerjasama dan perhubungan bangsa.
• Sesuatu Kaum patut mengetahui sensitiviti, pantang
larang dan kepercayaan kaum lain supaya lebih
berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan orang
lain.
• Hal-hal seperti ini patut menjadi sebahagian
daripada pendidikan Sosial dan Budaya bangsa kita.
• Usaha memberikan kefahaman ini memerlukan
usaha yang serius, bukan sekadar ‘lip-service’ dan
‘rhetoric’.
• Perpaduan merupakan teras utama dalam hala
tuju ke arah kecemerlangan . Apabila
perpaduan telah mantap maka pembangunan
negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.
• Dalam hal ini, semangat perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan rakyat menerusi
3 teras asas utama iaitu: Sikap Penerimaan,
Penghayatan, serta Pembelaan kepada semua
golongan yang memerlukan dapat dipupuk.
Struktur Masyarakat/Kelas Sosial
• Kumpulan Masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup
bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan
dari segi pelbagai aspek cara hidup.
• Terdapat 3 Konsep penting ditumpukan apabila menyebut
perihal Masyarakat.
• Masyarakat juga merupakan satu kumpulan atau kelompok
manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu
menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang
dnamakan sebagai Kebudayaan.
• Ciri-Ciri utama bagi mengklasifikasikan sesuatu
masyarakat adalah seperti berikut:
i. Hidup berkelompok
ii. Mempunyai Budaya
iii. Sering mengalami perubahan
iv. Saling berinteraksi sama ada dalaman
dengan pihak luar
v. Mempunyai kepimpinan
vi. Mempunyai aturan sosial (Susun Lapis, Kelas,
Status dan Kasta)
• Etnik merupakan satu kelompok yang boleh dikaji
hubungan persaudaraan mereka melalui nenek
moyang yang sama.
• Etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia
yang mengamalkan Budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan
ekonomi.
• Konsep ‘Kelompok Etnik’ digunakan untuk merujuk
kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan.
• Etnik sering berbeza berdasarkan ciri Budaya
seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan tentang kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
• Konsep Suku pula merujuk kepada Kelompok
Masyarakat yang membentuk rumpun bangsa
seperti dalam rumpun Kadazan-Dusun
terdapat Subetnik seperti Tatana, Bisaya,
Lotud, Kimaragang, dll.
• Konsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan
Etnosentrisme.
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
• Etnosentrisme pula merujuk kepada satu
sikap atau kepercayaan bahawa Kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi
nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
• Suatu kelompok dikatakan ‘Etnosentrik’
apabila mereka menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan
sendiri dan menganggap Kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah.
• Selagi manusia menjadi ‘Etnosentrik’, selagi
itulah mereka akan melihat kelompok lain
berdasarkan ‘Stereotaip’ yang sedia
ada(biasanya yang bersifat negatif).
• ‘Rasisme’ ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran
atau kepercayaan negatif oleh sesuatu Kelompok
Sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah Fizikal-
Biologikal atau Ras semata-mata yang dilakukan
secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.
• Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan
terhadap seseorang dilakukan semata-mata
berasaskan keturunan bangsanya.
• ‘Rasisme’ wujud pada 2 tahap iaitu;
(a) Tahap Individu- (Kepercayaan dan Sikap
individu).
(b) Tahap Institusi- (Melibatkan Dasar dan
Pelaksanaan yang bersifat Diskriminasi).

Konsep ‘Prejudis’ merupakan pandangan negatif


mengenai ahli atau Kelompok Etnik lain yang tersemat
dalam hati seseorang atau Kelompok Etnik tertentu.
• Kesannya semakin mudah dilihat apabila
berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu
yang terhad sama ada dalam aspek politik,
ekonomi atau sosial. Apabila ‘Prejudis’
disuarakan, ‘Prejudis’ menjadi ‘Stereotaip’.
• ‘Stereotaip’ pula merupakan kenyataan umum
yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
seperti “Semua Orang X Bersifat Kasar” dan
sebagainya.
• Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan negatif
dalam kalangan masyarakat khususnya ‘Masyarakat Majuk’ di
Malaysia.
• ‘Stereotaip’ ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu kumpulan Etnik oleh Etnik yang lain.
• Fahaman ‘Stereotaip’ ini akan menimbulkan perasaan yang
negatif dalam kalangan ‘Masyarakat Majmuk’ di Malaysia
kerana fahaman ini mengakibatkan suatu Etnik memandang
rendah terhadap kumpulan Etnik yang lain dan seterusnya
membataskan interaksi antara Etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yang menebal.
• Menurut Roucek & Warren (1979), Masyarakat
diklasifikasikan sebagai satu kumpulan manusia
yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara Kolektif dan
merasakan mereka hidup bersama.
• Masyarakat itu terdiri daripada segolongan
orang yang membentuk sistem separuh
tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat,
nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya.
• Kelas Sosial Masyarakat Tradisional pula boleh
diklasifikasikan seperti berikut;
(a) Sultan : Kelas Hieraki Tertinggi
(b) Kelas Bawahan : Kaum Keluarga Diraja
(c) Kelas Pembesar : Pembesar Negeri
(d) Rakyat Biasa : Golongan Diperintah
Setiap ahli Masyarakat mempunyai Tanggungjawab
Sosial yang diterima dan diakui umum.
Ikatan ini dinamakan Kontrak Sosial.
• Menurut J.S.Furnival, Masyarakat Majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri.
• Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum,
mereka berganding bahu di bawah sistem politik
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan.
• Interaksi Sosial dalam kalangan mereka amat kurang
dan hubungan mereka amat terbatas dan
pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis Ras.
• Asas Sosial sesuatu Masyarakat Majmuk ialah
campuran pelbagai kelompok manusia.
• Dari segi politik, Masyarakat Majmuk timbul
akibat Dominasi Penjajah.
• Menurut De Fleur (1974), Masyarakat ialah
sebuah pola yang sangat kompleks mengenai
organisasi sosial di mana ahli-ahlinya saling
bergantung dan terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial.
• M.H. Biesanz dan J. Biesanz (1969),
menjelaskan bahawa masyarakat merupakan
suatu sistem perhubungan yang kompleks
dalam kalangan individu dan kelompok yang
didasarkan kepada nilai-nilai simbolik,
kepercayaan dan norma yang merupakan
sebahagian daripada Kebudayaan tersebut.
• Nilai tersebut seterusnya akan menjadi amalan
dalam kehidupan masyarakat berkenaan.
• Menurut Kamadudin Jaafar (1974), Masyarakat
Majmuk adalah kaum yang bercampur tetapi
mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi
sesama terbatas, penuh prasangka serta
‘bersama’ tetapi ‘tidak bersatu’.
• Bagi J.S.Furnival (1948), Masyarakat Majmuk
adalah Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
Kelompok Ras dan Etnik yang berlainan berada
di bawah satu sistem pemerintahan.
• Satu lagi ciri Masyarakat Majmuk ialah ketiadaan
atau kelemahan ‘Azam Sosial Bersama’ (Common
Social Will) yang merupakan satu set nilai yang
dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal
dan memberi panduan kepada tingkah-laku sosial.
• Ini bermakna masyarakat pada hari ini dikatakan
tidak mempunyai keazaman sosial yang sama
dalam membentuk Budaya Kehidupan
Bermasyarakat.
• Perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat
dalam aspek kehidupan mereka seperti
berikut:-
. Masyarakat Memburu dan Mengumpul
. Masyarakat Menternak dan Bertani
. Masyarakat Petani
. Masyarakat Industrial
. Masyarakat Pasca Industrial
• Struktur Masyarakat atau Kelas Sosial berperanan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
• Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam suatu
masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan.
• Murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi
dengan murid golongan atasan tanpa mengira Budaya dan
Masyarakat lain.
• Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat
mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima
rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam
kehidupan mereka.
Kepercayaan (Belief)
• Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya
terhadap sesuatu perkara.
• Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘pasti’ atau
kepastian terhadap perkara berkenaan.
• Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan
sikap berkedudukan memihak (Propositional Attitude).
• Dalam konteks Agama, Kepercayaan adalah sebahagian
daripada batu asas ‘Pembangunan Modal Insan’.
• Menurut Kamus Dewan (1994), Kepercayaan
adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima
secara turun-temurun.
• Kepercayaan juga adalah sesuatu yang
dipercayai dan diterima secara turun-temurun.
• Dalam konteks di bilik darjah, murid dapat
mengetahui dan memahami kepelbagaian
kepercayaan masyarakat di negara kita.
• Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat
lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
• Masarakat lama banyak meninggalkan pelbagai
kepercayaan yang mana terdapat pelbagai pantang larang,
tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya
yang masih mentah dalam kehidupan mereka seharian
mereka.
• Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk
mendidik dengan cara halus supaya tidak menyinggung
perasaan mereka yang ditegur.
• Malah melalui cara tersebut juga dapat
memperkayakan adat dalam masyarakat.
• Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu
adalah seperti kepercayaan terhadap Pawang
dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-
waktu kecemasan.
• Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di
kawasan-kawasan kampung dan pedalaman.
• Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi serapah.
• Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit “mantra”
atau “manir” yang merujuk kata-kata dalam kitab suci
penganut Hindu, Veda.
• Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang
menjahit pada waktu malam. Jika melakukannya
dikatakan mata mereka akan jadi buta.
• Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah untuk
menjaga mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau
jarum tercucuk tangan.
• Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam
semesta ini dikuasai oleh semangat yang
kekuatannya luar biasa.
• Beberapa semangat ini berada dan hidup dalam
fenomena-fenomena alam seperti langit,
matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan,
gunung serta fenomena lain.
• Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada ‘Yin’
dan ‘Yang’.
• ‘Yin’ adalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah
Utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat
pasif.
• ‘Yang’ merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari,
arah Selatan, panasnya cahaya (Siang) dan segala yang
termasuk keaktifan.
• Masyarakat Cina juga percaya bahawa ‘jade’ dapat
memberi kekayaan dan keharmonian.
• Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah dalam
kehidupan.
• Kepercayaan dalam Masyarakat India pula dikaitkan
dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat hantu,
roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif.
• Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam akan
mengundang ular masuk ke dalam rumah.
• Bagi yang makan di tempat gelap, mereka
ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka
akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau
penunggu.
• Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus
dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang
mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
• Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap benda di
bumi seperti gua, pokok, batu besar atau kawasan tertentu
mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat
tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka
dari semangat roh jahat dan juga dalam kehidupan mereka
seharian.
• Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang, roh, datuk,
tuan dan penunggu.
• Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah
yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat.
• Nilai Etnosentrisme bermaksud memandang rendah
Kebudayaan orang lain.
• Nilai Xenosentrisme bermaksud memandang tinggi
terhadap Kebudayaan orang lain.
• Nilai Relativisme bermaksud kesanggupan menerima
kebudayaan orang lain. Kebudayaan yang diterima
daripada orang lain akan mengayakan kebudayaan
tempatan tanpa memberi kesan kepada penduduk asal.
Bahasa
• Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang harus
meggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian
yang tidak harus digunakan dengan sewenang-
wenangnya tetapi mempunyai struktur.
• Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara
yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna
ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks
(Cole, 1998).
• Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian
dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.
• Bahasa juga mengalami perubahan.
• Perubahan dalam bahasa berlaku akibat
daripada pertembungan masyarakat dan
Budaya, penjajahan, peperangan,
perpindahan, perubahan populasi, kelas
sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan
baru, pendidikan, penghijrahan, perdagangan,
agama, status ekonomi, dll.
• Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk
manusia bekerjasama melestarikan Kebudayaan
dan penerusan pemikiran.
i. Bahasa ialah Sistem Oerisyaratan (Semiotik)
yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan
antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa
terbuka untuk penafsiran= Fonologi (Bunyi
Perkataan) + Morfologi (Pembinaan Perkataan)
+ Sintaksis (Susunan Perkataan). (Nababan).
• ii. Bahasa adalah kebolehan semulajadi
penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai
ujaran sebenar pada waktu tertentu.
(Chomsky).
• iii. Bahasa adalah pola-pola umum dalam
pertuturan sesuatu komuniti bahasa.
(De Saussure)
• iv. Bahasa adalah sistem manusiawi untuk menyampaikan
perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang
dikeluarkan secara voluntari.
(Edward Sapir).
• Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi
dialek antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ini
berbeza.
• Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal dari Tamil
Nadu, India.
• Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti melalui
kumpulan penutur mereka.
• Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta Melaka
bertutur dalam bahasa Hokkien.
• Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur
menggunakan bahasa Kantonis dan Hakka.
• Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan Mandarin laris
ditutur, kecuali di Sibu yang cenderung kepada
bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa
Kantonis.
• Di Selatan Semenanjung Malaysia, terutamanya di
Johor, bahasa Mandarin paling banyak digunakan
oleh masyarakat Cina sebagai kesan pengaruh media
berbahasa Mandarin dari Singapura serta
penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan
formal.
Adat Resam
• Adat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan
untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh
masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu
adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota
masyarakat. Adat resam mempunyai ‘isbat’ kepada pelaku
sama ada positif atau negatif.
• Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.
• Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat
diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak
berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan
dalam kehidupan seharian mereka.
• (a) Adat Resam Melayu
(i) Melenggang Perut
Adat ini merujuk kepada satu amalan yang
dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7
bulan hamil.
(ii) Meminang dan Bertunang
Adat ini bertujuan untuk mengenali
pasangan dengan lebih mendalam sebelum
akad nikah.
• (iii) Kematian
Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan
mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada
arwah. Ada yang mengadakan kenduri arwah 3 malam
berturut-turut, 7 malam berturut-turut atau pada malam
ke- 40.
(iv) Bercukur Jambul
Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan untuk
mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini
biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh berpantang.
• (b) Adat Resam Cina
(i) Kelahiran
Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina
mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat melanjutkan
keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang.
. Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina
terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-
beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan
nama bagi panggilan diri sendiri.
• (ii) Kenduri Selepas Kelahiran
Mereka membuat sejenis kuih khas yang
berbentuk merah dan kuning yang berintikan
kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah
kemudiannya diberikan kepada saudara mara yang
terdekat.
(iii) Mencukur Rambut
Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat mereka.
• (c) Adat Resam India
(i) Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan
ketika kandungan sulong wanita hamil
menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.
.Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai
‘Suulkaapu’.
• ‘Suul’ bermaksud ‘Kandungan Ibu’ manakala ‘Kaapu’ pula
bermaksud ‘Perlindungan’.
• Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama kepada bayi
yang baru dilahirkan tersebut.
• (ii) Selepas Bersalin
Membisikkan Nama Tuhan - ‘Gayattri
Mantiram’ (Doa) ke telinga bayi tersebut. Setelah
itu diadakan upacara potong tali pusat.
. Adat menyapu madu juga diadakan bertujuan
untuk kecantikan. Madu akan disapukan pada lidah
bayi berkenaan.
Jantina
• Menurut Butler dan Mannning (1998), “The
term gender describes masculinity and
femininity-the thoughts, feelings, and behaviour
that identify one as either male or female”.
• Walaupun ada persamaan antara lelaki dan
perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara
antara mereka. Justeru, guru harus mengenal
pasti dan merancang pengalaman pembelajaran
yang bersesuaian dengan jantina.

You might also like