You are on page 1of 12

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN

KURIKULUM
OLEH:
MOHAMMAD HAMDAN BIN ROZALI

PENSYARAH:
PUAN HAIDATULLAILA BTE KHALID
KONSEP KESEPADUAN
DALAM AKTIVITI PJK
KONSEP KESEPADUAN DAN GABUNGJALIN

 Konsep Kesepaduan
Gabungan beberapa kemahiran atau aspek-
aspek perkembangan fizikal kanak-kanak

 Konsep Gabungjalin
Tumpuan seimbang antara akademik,
kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi,
sosialisasi nilai, dan perhubungan positif
Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani

 Tujuan pendidikan, antara lainnya, adalah untuk memupuk dan


membentuk sahsiah yang bersifat seimbang, menyeluruh dan
mulia.
 Sahsiah yang demikian sukar dicapai sekiranya masih ada potensi
yang diabaikan atau tidak diperkembangkan dengan secukupnya.
 Konsep bersepadu membawa maksud yang luas, merangkumi
aspek gabungjalin, integrasi, penerapan, hubungkait dan
kesinambungan.
 Secara umumnya konsep ini bermaksud bahawa penguasaan ilmu
pengetahuan, pemupukan nilai, kemahiran bahasa dan
perkembangan jasmani dilakukan serentak dan secara menyeluruh
tanpa sebarang pemisahan antara aspek - aspek tersebut
Konsep bersepadu mempunyai dimensi seperti
berikut :

Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa


dan nilai murni dalam setiap pelajaran
Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata
pelajaran sekolah
Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah
dengan pendidikan di luar bilik darjah
Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah
dengan pengalaman dalam alam sekitar di luar
sekolah
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

 Penggabungjalinan
Proses penyampaian beberapa kemahiran
Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca,
menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang,
becerita, berlakon dsb.
Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara
bersepadu
Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan
kemahiran bahasa
Ciri-ciri Gabugjalin:
○ Integrasi beberapa kemahiran
○ Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
○ Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
○ Kemahiran utama menjadi fokus
○ Organisasi kemahiran fleksibel
○ Kemahiran diintegrasikan saling kukuh
mengukuh antara satu sama lain.
Cara mengguna gabungjalin
○ Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
○ Kemahiran utama diberi fokus
○ Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk
kukuhkan kemahiran utama
○ Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan
pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran
○ Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan
& pencapaian murid.
○ Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang
sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan
kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
 Penyerapan
Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu
pelajaran
Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap
menjadi isi mata pelajaran bahasa.
Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani &
Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai
aktiviti sokongan.
Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral
diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian
Tempatan.
Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik
disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal
disepadukan dengan kurikulum tak formal.
Ciri-ciri penyerapan :
○ Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
○ Berbagai unsur diserapkan dalam satu
matapelajaran
○ Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan
fleksibel
○ Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur
sampingan
○ Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan
proses penggabungjalinan.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
Mata palajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Bola Jaring
Kemahiran : Hantaran Lob
Tarikh : 21 Febuari 2009
Masa : 7.30-8.30 Pagi
Tahun : 4 Juara
Bil. Murid : 30 Orang
 
 
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat
 
Psikomotor : melakukan hantaran lob kepada kawan dengan
menggunakan teknik yang betul pada jarak tiga meter sebanyak lima kali daripada lapan percubaan dengan
kehadiran penghadang
 
Kognitif : menyatakan dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran melalui atas kepala
 
Afektif : bertanggungjawab terhadap peralatan sekolah dengan menyusun semulasemua alatan yang telah
digunakan di tempat yang disediakan
 
 
Pengalaman sedia ada : Murid telah memepelajari hataran paras dada, aras bahu dan atas kepala
Penerapan nilai : Amanah
KBKK : Membanding-beza
Penggabungjalin : Tunjang kecergasan – Koordinasi
Kesepaduan : Sains – kesan tarikan graviti terhadap obek yang dibaling secara diagonal.
 
 
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like