You are on page 1of 31

PKP 3105 Pendidikan Disleksia Tajuk 5.

2 Masalah-masalah dalam matematik


AHLI-AHLI KUMPULAN : CHONG JEE CHIENG DOREEN LEE LING LING JENNIFER CHIAM YIER YEEH LOW PIK LING ROBERT WONG LEE ANG

(i)Diskalkulia
Didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/ pembelajaran kemahiran aritmetik. (wikipedia 2008) Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik-Department for Education Skill 2001(DfES)

Simptom simptom Diskalkulia


Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran: - Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik. - Membezakan nilai besar dan kecil. Contoh, 23 dan 32 - Mengira dalam gandaan dua atau lima dan sebagainya serta tertib menurun.

- Membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair - Mengira wang atau melihat masa - Membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi, dan organisasi ruang. - Menggunakan peraturan dan prosedur - Pengiraan spontan

Punca punca berlaku Diskalkulia


Wujud sejak lahir atau faktor genetik Pendedahan awal matematik yang terdesak Faktor pengajaran di sekolah (pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajara dan melatih murid murid bersarankan ujian dan peperiksaan)

Cara mengajar kanak kanak Diskalkulia


Menyampaikan pelajaran secara part-partwhole Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap Mengenal pasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan Mementingkan kefahaman konsep Mengaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud

Mengunakan bahasa yang senang difahamai Memberi penghargaan dan pujian, elakkan melabel, dan memarahi mereka di hadapan khalayak. Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai

(ii) Menguasai konsep asas matematik


Empat langkah dalam pendekatan p&p matematik menggunakan bahasa murid bagi membantu murid menguasai konsep asas matematik. Langkah pertama: Bahasa Murid Bahasa harian yang digunakan oleh setiap murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang diberikan.

Aktiviti yang boleh merangsang murid untuk turut serta dalam perbincangan : - Gunakan gambar yang menarik minat murid . - Adakan cerita. - Main peranan berdasarkan tema yang ditetapkan oleh guru. - Bermain dengan bahan manipulatif. - Cerita yang direka sendiri murid.

Langkah kedua: Bahasa Bahan Bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik. Contoh: tolak= kurangkan, asingkan, hilang Galakan murid menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan bahan dalam cerita mereka.

Langkah ketiga: Bahasa Matematik Setelah murid mengambil bahagian aktif dalam perbincangan menggunakan bahasa murid, guru boleh membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul. Contoh: tujuh tolak tiga berbaki empat

Langkah empat: Simbol (Perwakilan) Guru mengunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Contoh: 3+4=7

(iii)Pranombor dan Nombor


Konsep pranombor perlu diajarkan kepada murid murid disleksia melibatkan konsep asas terhadap mengenal dan memahami warna, saiz, dan bentuk sesuatu objek. Contoh: warnakan gambar mengikut warna yang diberi. Setelah murid mengenal dan memahami konsep pranombor, guru perlu memperkenalkan konsep nombor. Contoh: himpunkan yang banyak, himpunkan yang sama banyak.

(iv) Nilai angka


Nilai angka diperkenalkan setelah murid mengenal dan memahami konsep pranombor. Kemahiran yang diperkenalkan adalah mengenal angka 1 hingga 9. Contoh: memadankan angka dengan bilangan benda

Operasi asas
Operasi Tambah: Gabungan antara dua set objek . Pengalaman konkrit diberikan disamping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Operasi Tolak: Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.

Membandingkan dan mencari perbezaan.ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan. Berapa lain yang diperlukan.

Matematik Sosial

Wang
Masalah yang akan dihadapi: Kemahiran mengenali duit syiling

10 sen

20 sen

50 sen

5 sen

Masa
Konsep masa - abstrak, berkaitan rapat dengan turutan atau seriasi. Masa boleh diukur dengan dua cara, iaitu: 1. tempoh masa 2. waktu atau ketika perkara itu berlaku

Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah: 1. Tempoh masa (duration) Pengalaman satu: memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh aktiviti: kerusi berirama Pengalaman dua: melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. Contoh aktiviti: berjalan pantas

Pengalaman tiga: Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval). Contoh: kadar denyutan nadi dalam satu minit. 2. Turutan Pengalaman empat: menjangka, mengingat, dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh: kitaran hidup katak.

Waktu
Masalah yang akan dihadapi: Kemahiran menamakan waktu dalam sehari semalam. Kemahiran menyatakan waktu dalam jam.

Pecahan
Cara mudah untuk mengajar matematik pecahan: 1. Memperkenalkan konsep pecahan dengan bantuan visualisasi. 2. Menglibatkan diri kanak-kanak disleksia dalam permainan pecahan 3. Menggunakan istilah pecahan yang memudahkan.

Titik perpuluhan
Simbol titik (.)
Titik perpuluhan disebut sebagai perpuluhan selepas nombor bulat disebut.

18.38
Nombor di sebelah kiri adalah nombor bulat dan dibaca seperti biasa, iaitu lapan belas

Nombor di sebelah kanan selepas perpuluhan adalah nombor perpuluhan yang dibaca satu persatu, iaitu tiga lapan .

Penyelesaian Masalah
Satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. (Krulik dan Rudnick,1989, Lai Kim Leong, 2007) Proses pemikiran yang berhubung kait dengan pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik (set soalan dan cadangan). Heuristik kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah. Contoh model: Model Lester(1975), Model Mayer(1983), Model Polya(1973), dan Model Schoenfeld (1985).

Model Polya digunakan dalam KBSR dan KBSM. Pendekatan pengajaran matematik ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centeredapproach). - dapat memupuk penerokaan idea - memperkembang kuasa matematik - mempunyai celik akal - memikirkan hubungan-hubungan antara idea-idea matematik

Strategi Penyelesaian Masalah Matematik


Teka dan uji Melakonkan masalah Menyiasat semua kemungkinan Mencari pola Kerja secara songsang Memudahkan masalah Membina model Mengenal pasti subgoal Membuat analogi Membina jadual Melukis gambar rajah

Strategi penyelesaian masalah yang kerap digunakan di sekolah rendah:


Mengenal pasti subgoal Membina jadual Melukis gambar rajah Memudahkan masalah

Pembinaan Model
3 tahap:
Menggunakan bahan konkrit (peringkat konkrit) Menggunakan perwakilan seperti gambar rajah (peringkat separa konkrit) Menggunakan simbol matematik (peringkat abstrak)

Strategi Melukis Gambar Rajah: - Untuk kuantiti kecil yang berbentuk diskrit, maklumat boleh diwakilkan dengan menggunakan bentuk-bentuk mudah.

Contoh: Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM13.00. Jika harga 6 biji epal ialah RM4.50, berapakah harga bagi 10 biji oren itu?
RM 13.00

Epal

Oren

Jumlah harga 6 biji epal = RM 4.50

Jumlah harga 10 biji oren = RM13.00 RM 4.50 =RM 8.50

You might also like