You are on page 1of 124

MOHAMAD SHUHMY SHUIB

(KAUNSELOR BERDAFTAR) LEMBAGA KAUNSELOR NEGARA

Kelebihan dan Keistimewaan Manusia: Di Kurniakan Akal, atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan petaakulan minda (akal). Melalui manusia boleh membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat hikmah (wisdom), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal.

Kenapa perlunya revolusi minda ? Revolusi minda akan membawa kepada perubahan corak pemikiran. Ia bertujuan untuk merubah dan menjadikan diri kita seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi dan giat berlumba-lumba membangun dan merebut kemajuan dalam segala bidang kehidupan di dunia ini tapi tidak mengabaikan segala perintah ALLAH malah kita .

Perception is real even when it is not reality. If you do not design the future someone or something else will design it for you. We may need to solve problems not by removing the cause but by designing the way forward even if the cause remains in place. Traditional thinking is all about "what is;" Future thinking will also need to be about what can be. Effectiveness without values is a tool without a purpose. 'Nothing' is the space for everything.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA AMNYA ADALAH DIANDAIKAN BAHAWA BERFIKIR MERUPAKAN SATU PROSES KOGNITIF, SATU TINDAKAN MENTAL BAGI PEMEROLEHAN PENGETAHUAN

Edward de Bono ( 1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu

BEYER ( 1984 ) :

BERFIKIR IALAH KEBOLEHAN MANUSIA UNTUK MEMBENTUK KONSEP, MEMBERI SEBAB ATAU MEMBUAT PENENTUAN

Menurut BEYER lagi dlm model berfikirnya yang dikenali sebagai Functional Thinking, dlm kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada, membuat keputusan (decision making), menyelesaikan masalah (problem-solving) dan menjana konsep (conceptualizing) sebagai aras yang tertinggi. Ini diikuti oleh memikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creatif thinking) pada tahap sedikit rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses (processing) dan pentakulan (reasoning) dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan mengingat (recalling) dan menyimpan fakta (recording).

FRAENKEL (1980) :

BERFIKIR MERUPAKAN PEMBENTUKAN IDEA, PEMBENTUKAN SEMULA PENGALAMAN DAN PENYUSUNAN MAKLUMAT DALAM BENTUK TERTENTU

KEMAHIRAN BERFIKIR
KEBOLEHAN MENGGUNAKAN MINDA UNTUK MENCARI MAKNA DAN KEFAHAMAN TERHADAP SESUATU; MENEROKAI PELBAGAI IDEA; MEMBUAT KEPUTUSAN; MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN MEMBUAT PERTIMBANGAN YANG WAJAR DAN MERENUNG KEMBALI PROSES PEMIKIRAN YANG TELAH DIALAMI.

SECARA AMNYA, KEMAHIRAN BERFIKIR DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU BERFIKIR SECARA KRITIS DAN BERFIKIR SECARA KREATIF.

KESILAPAN SEMASA BERFIKIR


MENGIKUT PERKINS DAN SWARTS (1990):

1. BERFIKIR SECARA TERBURU-BURU


2. PEMIKIRAN SECARA YANG SEMPIT

3. PEMIKIRAN SECARA YANG KABUR


4. PEMIKIRAN YANG BERCELARU

APA ITU BERFIKIR SECARA KRITIS ? BERFIKIR SECARA KRITIS BERMAKSUD KEUPAYAAN DAN KECEKAPAN MENGGUNAKAN MINDA UNTUK MENILAI KEMUNASABAHAN ATAU KEWAJARAN SESUATU IDEA BERDASARKAN ALASAN DAN BUKTI.

PEMIKIRAN KRITIS
PEMIKIRAN KRITIS SEBENARNYA MELIBATKAN PENYUSUNAN KEMBALI KONSEPKONSEP DENGAN TUJUAN MENILAI SESUATU OBJEK ATAU SATU-SATU SITUASI.

PEMIKIRAN KRITIS
IA MERANGKUMI : - KEFAHAMAN UNTUK MENGHUJAH - MEMBUAT PERTIMBANGAN ANTARA KEBAIKAN DAN KELEMAHAN - USAHA MENGUMPUL MAKLUMAT - USAHA MENGETEPIKAN MAKNA YANG KABUR DAN KESIMPULAN YANG TIDAK MUNASABAH

Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dlm menggunakan minda dlm menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dn sebab musabab.

Kebolehan membanding dan membeza (compare and contrast) Kebolehan membuat ketegori (categorization) Menerangkan sebab akibat (cause and effect)

Kebolehan meneliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi.

APA ITU BERFIKIR SECARA KREATIF ?


BERFIKIR SECARA KREATIF IALAH KEUPAYAAN DAN KECEKAPAN MENGGUNAKAN MINDA UNTUK MENJANA DAN MENGHASILKAN IDEA YANG PELBAGAI, BARU, ASLI, LUAR BIASA, PROVOKATIF, MENCABAR DAN DAPAT DIPERIMBANGKAN UNTUK MENJADI CIPTAAN YANG LEBIH LUIAS DAN TERBUKA.

PEMIKIRAN KREATIF

PEMIKIRAN KREATIF PULA LEBIH DIHUBUNGKAITKAN DENGAN DAYA KREATIVITI SESEORANG INDIVIDU.
IA MERUJUK KEPADA KEUPAYAAN UNTUK MEMPROSES MAKLUMAT YANG MENGHASILKAN SESUATU YANG BARU DAN ASLI.

PEMIKIRAN KREATIF

PEMIKIRAAN KREATIF BOLEH DIFAHAMI SECARA JELAS DENGAN MELIHAT KRITERIA-KRITERIA BERIKUT :
1. KEASLIAN IDEA (INDIVIDU BERKEMAMPUAN MEMIKIRKAN SESUATU YANG AGAK LUAR BIASA DAN BIJAKSANA.

2. IDEA YANG BANYAK (INDIVIDU MAMPU KELUARKAN BANYAK IDEA, PERKATAAN DAN CARA UNTUK MENYATAKAN SESUATU.

PEMIKIRAN KREATIF

KEMUDAH LENTURAN (INDIVIDU) SANGGUP MENGUBAH DAN MEMIKIRKAN SESUATU KEPELBAGAIAN IDEA SERTA CARA-CARA MENANGANI SESUATU KEADAAN ATAU MASALAH.

Berfikir secara kreatif berkebolehan menggunakan minda dlm menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dlm penghasilannya. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dlm cth:

Mencipta idea yang baru Mencipta analogi dan metaphora.

METACOGNITION dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir. Menurut Brown (1980) metacognition adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yan g terdapat kepada seseorang yang membolehkannya, mengawal proses berfikir dan aktiviti yang dilakukannya. Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang.

Menurut Beyer, metacognitive operations are applied to the stragies and skills used to produce meaning rather than directly to data and experience. Metacognition seeks to control these meaning making operations to guide, to correct, to adjust and direct the selecting, sequencing, and executing of the cognitive operations by which one seeks to make meaning.

METACOGNITION AND THINKING


METACOGNITION REFERS TO ONES KNOWLEDGE CONSERNING ONES OWN COGNITIVE PROCESSES AND PRODUCTS. LEARNERS MUST ACTIVELY MONITOR THEIR USE OF THINKING PROCESSES AND REGULATE THEM ACCORDING TO THEIR COGNITIVE OBJECTIVES

METACOGNITION AND THINKING ONE OF MOST SALIENT CHARACTERISTICS OF METACOGNITION IS THAT IT INVOLVES GROWING CONSCIOUSNESS. METACOGNITIVE THINGKING HAS TWO MAIN DIMENSIONS : - TASK-ORIENTED AND RELATES TO MONITORING THE ACTUAL PERFORMANCE OF A SKILL.

- STRATEGIES IT INVOLVES USING A SKILL IS A PARTICULAR CIRCUMSTANCE AND BEING AWARE OF GETTING THE MOST INFORMATIVE FEEDBACK FROM CARRYING OUT A PARTICULAR STRATEGY

Cekal Reflektif Kurang impulsif Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Asertif Berkerjasama

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspekaspek tertentu.

Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya. Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Membuat kategori, Kemahiran mengkategori ialah aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, apabila anda menyaring, mengindang, menapis dan mimilih maklumat serta meletakkan sesuatu perkara itu di bawah satu label / tajuk dan sebagainya, anda sebenarnya sudah melakukan aktiviti minda mengklasifikasi dan mengkategori.

Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita.

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
J untuk Jot down occasion for decision
U untuk Use brainstorming for alternatives D untuk Decide on best possibilities

G untuk Gauge positive and negative outcomes


E untuk Express selection; DECIDE.

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah:
Peta Minda Pengurusan Grafik Membuat Keputusan

1.

2.

3.

Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi. Perkembangan: Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik.

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?

Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar. Situasi 2: Terperangkap di dalam lif. Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Membuat penyelesaian yang terbaik Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:


Peta minda Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah Pengaplikasian Dalam Pengajaran

1.

2.

3.

Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Definisi masalah: Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara berlaku sepatutnya terjadi seperetimana yang kita inginkan.

Mencipta perubahan untuk membawa sesuatu perkara itu dekat kepada keadaaan yang diingini: Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan. Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah. Untuk menyelesaikan masalah, maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya.

Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik Mengurangkan tekanan. Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik. Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, enaga kerja dan kewangan.

I= Kenal pasti (identify) apa masalah/menyebabkannya:


Apa sebenar yang terjadi? Siapakah yang terlibat? Apakah elemen-elemen masalah? Bilakah perkara itu terjadi? Dimanakah perkara itu terjadi?

D= Huraikan (describe) pilihan-pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah E= Nilaian (evaluate akibat yang akan berlaku pada setiap plihan itu (kebaikan dan keburukan). A = Bertindak (Act) pilihan satu pilihan yang boleh dilakukan tindakan. L= Belajarlah (Learn) kaji semula sama ada tindakan yang baik telah dilakukan.

Fikirkan siapa yang akan terlibat di atas keputusan yang akan dibuat dan libatkan mereka dari awal lagi Adalah lebih baik menulis proses membuat keputusan itu di atas kertas, catit dan simpan idea-idea itu dengan jelas supaya dapat dibuat pertimbangan akan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.

Tuliskan kebaikan dan keburukan tiap-tiap satu pilihan kerana ianya dapat membantu menjelaskan pemikiran anda. Apabila membuat keputusan, anda hanya memilih daripada beberapa pilihan yang ada sahaja. Ini tidak bermakna anda telah membuat pilihan antara apa yang betul dan apa yang salah. Kadangkala kita ada banyak pilihan yang baik dan memutuskan yang terbaik. Percayakan diri anda sendiri untuk membuat keputusan dan sadarilah bahawa anda tidak boleh tahu 100% dengan yakin yang keputusan anda itu tepat.

Sebaik sahaja keputusan telah dibuat jangan pandang kebelakang lagi. Awaslah bagaimana ia mempengaruhi anda sekarang dan tumpukan perhatian anda ke arah langkah seterusnya. Janganlah menyesali keputusan anda. Ia adalah tindakan yang betul pada masa itu, sekarang tumpukan perhatian kepada apakah tindakan yang betul untuk masa ini. Elakkan membuat keputusan secara terburu-buru. Anda perlu melengahkan membuat keputusan sekiranya anda tidak mempunyai cukup maklumat.

APA YANG DI KATAKAN MASALAH ADALAH: Masalah lazimnya adalah sesuatu situasi apabila manusia bertindak balas secara biologikal dan psikologikal terhadap sesuatu perkara. Masalah berlaku apabila manusia menjadi buntu dan tidak tahu untuk menentukan arah perkara yang berlaku kepadanya.

Masalah juga boleh ditafsirkan sebagai:

MASALAH...
1) Satu situasi yang normal 2) Sukar dipisahkan dari kehidupan seharian 3) Lazimnya setiap orang mempunyai masalahnya sendiri kerana setiap orang mempunyai personaliti berbeza yang kadangkala menyebabkan ketidaksefahaman. 4) Jenis dan tahap sesuatu masalah adalah bergantung kepada bagaimana individu berpersepsi terhadap masalahnya dan cara ia menghadapinya.

CIRI-CIRI MASALAH
1) Masalah adalah sesuatu yang tidak menyeluruh 2) Masalah adalah bergantung kepada satu-satu budaya 3) Bergantung kepada tempat 4) Bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir 5) Besar atau kecil sesuatu masalah adalah bergantung kepada diri kita. 6) Masalah kadangkala disebabkan oleh diri kita sendiri 7) Masalah kadangkala boleh menjadikan kita lebih kreatif dan membuatkan kita lebih matang

SUASANA DI TEMPAT KERJA


membosankan melakukan pekerjaan yang bukan minat masalah teknikal kerja yang terlalu banyak lambat untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru tidak mempunyai kemahiran kerja (IT skill dsb) kekurangan alat untuk bekerja persekitaran kerja yang tidak menyelesakan

KAKITANGAN DI TEMPAT KERJA


perselisihan dengan rakan sejawat persaingan dengan rakan sejawat menanggung beban kerja rakan sejawat ponteng kerja (rakan kerja)

boss terlalu cerewet boss yang mempunyai kepentingan peribadi boss diskriminasi dan pilih kasih boss tidak berdisiplin boss yang pasif boss yang tidak bertimbang rasa beban kerja bertindih beban kerja yang terlalu banyak

MASALAH RUMAH TANGGA


masalah perhubungan seksual dengan pasangan ketidak sefahaman suami/isteri penderaan fizikal oleh pasangan penderaan mental oleh pasangan campur tangan keluarga atau ibu bapa suami/isteri curang suami/isteri terlalu cemburu orang ketiga (kekasih lama dsb) karenah anak-anak pendidikan dan masa depan anak-anak perubahan biologikal diri dan pasangan

MASALAH KEWANGAN
- tanggungan keluarga yang semakin bertambah - gaji yang kecil tidak dapat menanggung taraf hidup yang semakin meningkat - tanggungan pendidikan

MASALAH PERIBADI YANG LAIN


putus cinta - tekanan dari perhubungan teman lelaki/wanita

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH?


1. Manusia mempunyai perbezaan sikap dan personaliti Manusia sentiasa berharap orang lain memahami diri mereka walaupun mereka sendiri sukar untuk memahami orang lain. Apabila berlaku sebarang percanggahan, ia akan menyebabkan perselisihan.

NEXT..

2. Manusia mempunyai hasrat/harapan yang ingin dicapai Masalah akan timbul apabila apa yang mereka inginkan tidak selari dengan apa yang mereka perolehi.

NEXT..

3. Manusia banyak dipengaruhi oleh persekitaran (ekonomi/sosial) Manusia melakukan sesuatu perkara kadangkala dipengaruhi oleh perkara-perkara lain seperti persekitaran dan individu di sekeliling kita. Manusia merasakan adalah satu masalah dan kegagalan jika tidak dapat melakukan sesuatu mengikut kehendak persekitaran dan masyarakat.
NEXT..

4. Manusia mempunyai tanggapan dan persepsi yang berbeza

Manusia cenderung mempersepsikan apa yang di lihat secara mata kasar mengenai masalah dengan mengatakan bahawa orang yang kelihatan gembira adalah mereka yang tidak bermasalah dan orang yang tidak ceria adalah orang yang bermasalah.
Manusia juga cenderung melabelkan sesuatu masalah kecil kepada masalah kritikal, besar dan sebagainya. Masalah sebenarnya bergantung kepada cara kita mempersepsikannya.

NEXT..

5.Manusia mempunyai komitmen dan tanggungjawab Selagi manusia hidup, selagi itulah kita mempunyai tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan, sama ada kepada Tuhan, ibu bapa, pekerjaan, keluarga, masyarakat bahkan kepada diri kita sendiri.

Kegagalan kita menunaikan tanggungjawab dan amanah tersebut akan menyebabkan berlakunya rentetan masalah dalam kehidupan kita.
NEXT..

6. Manusia mempunyai hak dalam perhubungan Manusia mempunyai hak-hak yang perlu disempurnakan dalam perhubungan iaitu perhubungan dengan Tuhan dan perhubungan manusia dengan individu lain.

Justeru, masalah akan timbul jika individu lain tidak menunaikan haknya kepada kita dan begitulah juga sebaliknya.

BAGAIMANA MANUSIA BERMASALAH DAN MENGHADAPINYA


1. Terlalu memikirkan serta mempersoalkan perkara atau masalah yang remeh dan kecil. 2. Tidak berani menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut. 3. Berusaha melarikan diri dari masalah atau berpura-pura tiada masalah. 4. Terlalu bimbang masalah hal ini takut masalah hari esok 5. Kesilapan strategi penyelesaian masalah 6. Apabila manusia terlalu menuntut kesamarataan 7. Manusia tidak dapat menerima kelemahan orang lain dan bersedia memberi kemaafan.

RAJAH: TATATINGKAT PENYELESAIAN MASALAH

6 5 4

MENILAI MELAKSANA

3
2 1

MENCARI CARA-CARA MENYELESAI MENGENAL PASTII MENGANALISIS


MENERIMA MASALAH

PROSES PENYELESAIAN MASALAH DILIHAT SEBAGAI PROSES YANG BERURUTAN


MENERIMA MASALAH (menerima masalah sebagai satu cabaran) MENGANALISIS (mengenal luar dan dalam masalah segala apa yang terkandung dalam dunia masalah itu MENGENAL PASTI (isu-isu penting, konsep dan tujuan) MENCARI CARA-CARA MENYELESAI (mencari semua kemungkinan penyelesaian)

MEMILIH (memilih cara terbaik tinjau kaitan dengan tujuan menyelesaikan masalah itu
MELAKSANA (merealisasikan) MENILAI (Menilai kesan perlaksanaan)

Memastikan bahawa objektif awal kita adalah untuk mula bergerak ke arah menyelesaikan masalah. Rela menempatkan masalah itu dalam kehidupan dan memperuntukkan sumber-sumber yang ada pada kita untuk menyelesaikannya. Bertanggungjawab terhadap kewajipan itu. Bersiap sedia menyelesaikan masalah itu. Menyumbangkan masa dan tenaga untuk menyelesaikan masalah itu. Menjadikan masalah itu sebahagian daripada hidup kita sendiri. Mewujudkan hala tuju dan rangsangan untuk terus berusaha bagi menyelesaikan masalah itu.

Memecah-mecahkan masalah kepada bahagianbahagiannya yang lebih kecil. Menyoal dan menyiasat. Membongkar hubung kait masalah dengan pola masalah-masalah lain. Mengkaji bahagian-bahagian masalah dalam hubungannya secara keseluruhan. Membuat kajian yang teliti terhadap masalah. Mengumpul fakta dan pandangan tentang masalah. Menyiasat bahagian-bahagian dalaman masalah.

Penjelasan kepada objektif penyelesaian masalah. Intisari dalam pernyataan masalah. Arah tuju bagi satu-satu tindakan yang bakal diambil. Aktiviti penyulingan kepada satu-satu penyelidikan dan kajian. Aktiviti menterjemahkan fakta dan maklumat kepada kerangka atau panduan untuk bertindak. Konsep utama dalam situasi masalah. Satu sudut pandangan ke arah penyelesaian masalah.

Mencari jalan menuju ke matlamat. Menggariskan strategi-strategi bagi mencapai objektif. Mencari berbagai-bagai cara dan memilih satu bagi memperoleh sesuatu yang diinginkan. Menyenaraikan opsyen atau alternatif. Mencari berbagai-bagai pilihan yang mungkin untuk bertindak. Menimbangkan cara untuk menuju ke arah objektif yang ditetapkan.

Membandingkan keinginan dengan pilihanpilihan yang ada. Membuat keputusan untuk mengambil tindakan. Mencari jalan terbaik untuk tiba destinasi. Menyempitkan opsyen. Memilih satu cara daripada yang banyak.

Tindakan terhadap idea yang dipilih. Pewujudan konsep. Penyataan idea. Pencapaian penyelesaian. Penghasilan. Pembuatan dan penghasilan.

Mengukur sejauh mana kita berjaya menyelesaikan masalah itu. Mengukur dari sudut kuantiti dan kualiti hasilan itu. Campuran daripada kuantiti dan kualiti ini akan menggambarkan kepada kita jumlah nilai bagi penyelesaian yang telah dilaksanakan terhadap masalah itu.

Peribahasa Cina menyatakan berikan seseorang seekor ikan, maka ia makan untuk satu hari. Berikan ia kail dan ajarkannya cara mengail, ia akan dapat makan selama hidupnya.

Dalam penyelesaian masalah scara kreatif, Wallas, Rotenberg dan Hausman (1976) telah mengatakan terdapat empat peringkat yang nyata:
Peringkat 1 : Persediaan Peringkat 2: Pengeraman Peringkat 3: perolehan ilham dan tindakan Peringkat 4: Penentusahan/verifikasi

NEXT..

Persediaan: pada peringkat ini satu-satu masalah itu disiasat dari setiap sudut. Pengeraman: pada peringkat ini penciptapencipta itu memendam masalah dan tidak dengan sedar memikirkan masalah itu. Perolehan ilham dan tindakan: pada peringkat ini idea yang baik menjelma secara tiba-tiba. Penentusahan/verifikasi tentang sesuatu idea itu.

Untuk melalui keempat-empat syarat ini, ini ada beberapa peraturan atau syarat yang perlu diikuti supaya aktiviti menyelesaikan masalah itu menjadi lebih mencabar, menyeronokkan, dan berkesan. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

Faham dengan mendalam tentang masalah sedang dihadapi, supaya dapat dipastikan apa yang sebenarnya yang menjadi persoalan.
NEXT..

Yakin akan kebolehan diri sendiri dan tegaskan kepada diri sendiri bahawa masalah itu dapat diselesaikan. Untuk mewujudkan rasa yakin kepada diri sendiri, maka tujuan sesuatu masalah itu hendak diselesaikan mestilah jelas dan kukuh, dan mesti diseiringkan dengan semangat dan keterlibatan yang bertenaga.

NEXT..

Analisis masalah itu dengan terperinci dan teliti dengan cara memecahkan masalah itu kepada bahagian dan pecahannya yang lebih kecil.

Bertenang dan terus berfikir. Ketenangan berfikir akan timbul banyak opsyen dan cara untuk dipilih bagi menyelesaikan masalah tertentu.

NEXT..

Penyelesai masalah mesti mempunyai kesabaran. Tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan usaha dan tumpuan yang dibuat dalam tempoh yang singkat. Elakkan daripada meletakkan had atau sempadan dalam berfikir semasa menyelesaikan masalah.
NEXT..

Buat perbandingan antara masalah-masalah yang pernah dialami terdahulu dapat membantu masalah yang sedang dihadapi. Penyelesai masalah mesti rajin bertanya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kemukakan kemusykilan dan soalan yang berkaitan dengan masalah itu. Berikan masa. Kita gagal menyelesaikan masalah kerana kita tidak cukup berusaha secara berterusan. Minat kita mati sekerat jalan.

J.E Russo dan P.J.H. Shoemaker (1989) di dalam buku mereka Decision Traps mengemukakan sepuluh perangkap yang menghalang kita daripada mencapai keputusan tepat.
NEXT..

Di sini kita bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan cara cepat-cepat mencari maklumat-maklumat yang kita perlukan dan tergesa-gesa membuat kesimpulan berkenaan apa yang kita percaya adalah masalah yang sebenar. Kita tidak berhenti sejenak dan memikirkan semula apa sebenarnya masalah yang sedang berlaku, dan apa cara yang baik untuk menyelesaikannya.
NEXT..

Di sini kita bertindak untuk menyelesaikan masalah, tetapi masalah, tetapi masalah yang salah, iaitu masalah yang sebenarnya bukan masalah pun.

Ini terjadi apabila kita menggunakan suatu paradigma untuk memahami masalah tersebut, tetapi paradigma yang kita gnakan itu salah, dan akibatnya kita boleh terkeliru tentang apa objektif kita menyelesaikan masalah tersebut, boleh jadi kita tidak terfikirkan cara-cara lainyang lebih baik untuk menyelesaikannya.
NEXT..

Di sini kita tidak berupaya mendefinisikan masalah dengan pelbagai cara dan daripada pelbagai sudut. Ada kalanya kita terlalu dipengaruhi oleh paradigma orang-orang lain.
NEXT..

Di sini kita terlalu yakin pada anddian-andaian yang menjadi dasar kepada pendapat-pendapat yang menjadi dasar kepada pendapat-pendapat kita dan keadaan ini menyebabkan kita tidak peduli untuk memeriksa kesahan maklumatmaklumat yang kita gunakan dan oleh itu kita tidak peduli untuk mencari maklumat-maklumat penting lain.
NEXT..

Di sini kita bergantung kepada panduanpanduan umum yang biasanya digunakan di dalam sesuatu keadaan, oleh yang demikian kita sangat percaya pada kegunaan maklumat-makluat yang sudah sedia kita ketahui dan menjadikan faktafakta yang kita tahu sebagai bukti kuat bagi menyokong pendapat kita.
NEXT..

Di sini kita yakin dapat menganalisis semua maklumat yang ada dalam pengetahuan kita, dan kita yakin kita amat cekap membuat tekaan tepat, oleh yang demikian kita berasa tidak perlu lagi membuat analisis sistematik apabila membuat pilihan dan keputusan kerana pada kita analisis adalah proses yang lambat dan kita tidak sabar.
NEXT..

Di sini kita yakin apabila keputusan dibuat oleh sekumpulan orang-orang yang bijak dan pintar, tentu sekali keputusan yang mereka pilih adalah tepat, oleh itu kita pun tidak berminat untuk mengawal dengan hati-hati proses bagaimana jawatankuasa atau kumpulan membuat keputusan.
NEXT..

Di sini kita gagal memahami pengertian sebenar bukti-bukti, hasilhasil dan perkara-perkara yang berlaku pada masa lalu kerana kita terlalu menjaga ego ataupun kerana persepsi kita salah.
NEXT..

Di sini kita menyangka setiap pengalaman akan membuat kita lebih bijaksana, oleh itu kita tidak peduli untuk merekodkan secara sistematik semua hasil dan akibat keputusan yang pernah kita buat, dengan demikian kita tidak menganalisis pengertian-pengertian sebenar daripada apa yang pernah berlaku.
NEXT..

Disini kita dengan sengaja tidak cuba memahami bagaimana kita selama ini membuat keputusan, oleh itu kita terus terdedah kepada kelemahankelemahan di atas.

NEXT..

Penyelesaian masalah mengajar kita hidup lebih bererti, mengamalkan nilai-nilai murni dan memberi sumbangan serta menabur bakti kepada organisasi/masyarakat.
Berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah dapat mengajar kita berkebolehan mengawal diri dan alam sekitar serta membuat ubahsuaian kepada perubahan yang berlaku disekeliling kita.
NEXT..

Dalam melaksanakan segala aktiviti hidup, manusia menggunakan tiga unsur penting. Unsur-unsur itu ialah pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Pengetahuan ialah apa yang kita tahu atau ilmu yang ada pada kita dan konsep-konsep yang ada kaitan dengannya. Kemahiran ialah apa yang kita boleh lakukan atau bagaimana kita bertindak untuk menghasilkan sesuatu yang kita inginkan. Sikap ialah apa yang kita percaya dan bagaimana kepercayaan itu mendorong serta menggalakkan kita memperoleh hasil dengan jayanya.

BRAINSTORMING
Bagaimana Melakukan Percambahan Minda

Tidak ada masalah tanpa penyelesaian. Lagi cepat anda selesaikan sesuatu masalah lagi produktiflah diri anda. Ada ketikanya sesuatu masalah itu terlalu mencabar fikiran dan menggugat perasaan.

Ada ketikanya pula fikiran anda buntu mencari penyelesaian. Walau apa pun hasil yang anda perolehi dari proses percambahan minda, ia tetap sesuatu yang berfaedah Meskipun ide yang dilaksanakan itu gagal, anda sekurang-kurangnya memperolehi pengalaman baru.

Anda perlu bijak membuat keputusan agar kegagalan tidak membabitkan harga yang terlalu tinggi. Anda juga perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan melakukan perubahan. Pastikan keberanian anda berdasarkan risiko yang telah diambil kira atau "calculated risk". Sekiranya proses percambahan minda dijalankan dengan baik, ia akan membantu anda dengan pelbagai ide baru.

Ia juga akan membantu anda membuat satu keputusan yang bijak dalam menangani sesuatu masalah. Meskipun percambahan minda boleh dilakukan seorang diri, namun ia akan lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam satu kumpulan, dan dalam persekitaran yang tenang.

Masalah tidak semestinya negatif. Ada ketikanya masalah anda ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti syarikat anda. Ada ketikanya pula masalah anda ialah bagaimana untuk mencipta sesuatu yang baru, atau memperbaiki sesuatu yang sedia ada. Tuliskan masalah yang mahu diatasi itu dengan jelas, difahami, dan dipersetujui oleh semua individu.

Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan dari setiap individu tetapi dorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak soalan-soalan. Jangan menilai kualiti soalan tersebut dan tidak mengkritik mereka yang mengeluarkan soalan. Setkan satu peraturan misalnya, 'SEMUA IDE ADALAH BETUL' pada peringkat awal proses percambahan minda ini.

Lagi banyak soalan yang boleh diwujudkan maka lebih banyak juga ide yang akan dikeluarkan kelak.

Gunakan tujuh perkataan asas untuk membina soalan iaitu : Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa? Dimana? Bagaimana?

Proses mendapat soalan ini mungkin akan berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa untuk tujuan tersebut. Misalnya 20 - 25 minit. Ada ketikanya mengambil rehat yang pendek 10-15 minit selepas semua soalan dilontarkan membolehkan setiap individu menjadi lebih produktif. Sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada otak kanan mencernakan setiap soalan dan mengilhamkan sesuatu penyelesaian yang bernas.

Tanyakan setiap individu ide yang mereka ada untuk masalah yang sedang dibincangkan. Mereka boleh, sama ada mahu atau tidak, berpandukan kepada soalan-soalan yang telah ada bagi mencari ide. Setiap ide mestilah diterima tanpa dinilai. Tidak wujud sama ada betul atau salah. Tanyakan setiap individu hanya satu ide sahaja dalam setiap pusingan.

Kalau seseorang tidak punya ide, terus tanyakan orang lain. Jangan tunggu mereka yang masih buntu, jangan buang masa. Tinggalkan mereka yang masih tidak punya ide untuk membolehkan mereka terus berfikir. Kembali semula kepada mereka kemudiannya. Tidak kira walau bagaimana dungu sekalipun ide yang diberi, ia mesti dicatatkan.

Ada ketikanya ide yang bernas keluar hanya setelah anda mengeluarkan ide yang bukanbukan. Manusia akan berhenti mengeluarkan ide sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau apabila ide mereka tidak dihargai. Pastikan semua individu faham bahawa melakukan kesilapan itu bukan bererti lemah. Mengeluarkan ide yang tidak munasabah itu bukan beerti bodoh.

Proses mencari ide ini juga perlu dihadkan masanya. Misalnya 30 minit. Penetapan had masa bergantung kepada sejauh mana pentingnya sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Anda mungkin perlukan masa yang lebih lama sekiranya masalah yang timbul adalah sesuatu yang kritikal dan anda tidak mahu menanggung risiko yang tinggi.

1. 2.

3.

4.

Anda perlu memilih setiap ide yang telah diberikan. Bahagikan setiap ide kepada tiga kumpulan iaitu ide yang bernas, ide yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas sangat dan ide yang tidak memenuhi kriteria. Kriteria yang digunakan mungkin berdasarkan soalan seperti, "Adakah ia kos efektif?", "Adakah ia memenuhi undang-undang dan permit?", Adakah ia boleh disiapkan sebelum tarikh 30 Oktober 1999?". Rekodkan semua ide ini dalam ketiga-tiga kategori tersebut.

Berikan setiap ide yang bernas itu markah 0 - 5. 5 adalah merupakan ide yang mendapat markah yang terbaik bergantung kepada kesesuaiannya memenuhi setiap kriteria yang diperlukan. Kumpulkan markah yang diberikan oleh setiap individu. Tambahkan kesemua markah-markah ini. Manamana ide yang mendapat markah yang tinggi maka itulah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi.

Namun begitu, ada ketikanya ide yang bernas ini tidak mampu memberikan hasil yang diharapkan. Oleh itu anda perlu fleksibel dalam perancangan dan tindakan. Anda boleh cuba ide-ide yang lain yang terdapat dala sdenarai ide bernas, atau ide yang boleh diterima. Ingat! tiada kegagalan dalam tindakan. Yang ada hanyalah HASIL. Sekiranya hasil yang diperolehi tidak menepati matlamat maka lakukanlah perubahan dalam perancangan dan tindakan anda.

You might also like