You are on page 1of 57

Perkembangan Sains dan Teknologi Dalam Islam

Sains dan teknologi zaman Anbiya Sains dan teknologi zaman Rasulullah SAW Sains dan teknologi zaman kerajaan-kerajaan Islam Sumbangan sains dan tekologi Islam kepada peradaban dunia

Disediakan oleh:

Hj Fadzlullah Hj Shuib miqdad4@gmail.com....jalinusfarabi@gmail. com....muhasibisuyuti@gmail.com UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan

Keperluan mengkaji sejarah dalam Islam Konsep dan gagasan sejarah Ibn Khaldun menyatakan:

Sejarah Sains dan Teknologi Dalam Islam

Ibn Khaldun merumuskan insan dlm Konteks perubahan adalah:


5/5/2012 2

Sejarah Sains dan Teknologi Dalam Islam


Maksudnya:Demi sesungguhnya kisah Anbiya` itu mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang2 yang mempunyai akal fikiran.Surah Yusuf ayat 111. S & T Zaman Anbiya` Allah SWT telah mentanzilkan sains dan teknologi kepada Adam a.s. dan zuriatnya terutama para Anbiya a.s. yang mewarisi kekhalifahan dan kepimpinannya.
5/5/2012 3

Firman Allah SWT:

Historiografi Islam menerima kewujudan Haramisah ( Hermes atau guru Falsafah dan Sains ) yang dikenal dalam sejarah sains Barat sebagai Corpus Hermeticum. Hermes pertama ialah Nabi Idris a.s.yang merupakan keturunan ke enam Nabi Adam a.s..Nabi Idris mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang astronomi,matematik dan teknologi binaan.

5/5/2012

Kemahiran Anbiya` dalam S & T


Para Anbiya a.s. seperti Adam a.s.( menguasai ilmu bahasa,pertanian dan kejuruteraan besi ),Idris a.s. ( adalah keturunan ke enam dari Adam a.s. mahir dalam lapangan astronomi,perubatan,matematik dan kejuruteraan binaan ),Nuh a.s. ( adalah nabi yang ke empat selepas Adam a.s. berkeahlian dalam kejuruteraan pembuatan kapal ),Nabi Ibrahim a.s. ( mendalami astronomi ) dan Nabi Daud a.s. ( kejuruteraan besi dan pakar strategi peperangan ) bukan sahaja mahir dalam ilmu kerohanian dan teologi tetapi mereka juga mempunyai kemahiran tertentu yang menjadi mukjizat kenabian untuk melestarikan dakwah 5/5/2012 5

Penguasaan Nabi Muhammad SAW dalam S & T khususnya Perubatan dan Ketatanegaraan Kemahiran Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketatanegaraan,pentadbiran,organisasi dan peperangan yang turut menjayakan misi kerasulannya pada abad ke 7 M. Kepakaran Nabi Muhammad SAW dalam sains perubatan dirakamkan oleh Ibn alQayyim,Imam al-Bukhari dan Jaafar al-Sadiq dalam karya2 mengenai al-Tibb al-Nabiyy SAW.

5/5/2012

1.2 Sains dan teknologi zaman Rasulullah SAW


Zaman Nabi Muhammad SAW 610 632 M Era ini amat penting dalam konteks tercetusnya budaya ilmu Islam yang ditayangkan melalui gagasan Iqra yang ditiupkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Profesor S.H. Nasr menyatakan bahawa benih spiritual yang ditanam oleh Nabi Muhammad SAW sejak abad pertama Islam telah membuahkan kesan zahir dalam bidang sains dan teknologi pada abad ke 4 dan ke 5 Islam.(S.H.Nasr,1992,Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam).
5/5/2012 7

Sains dan teknologi zaman kerajaankerajaan Islam


Zaman Khulafa al-Rasyidin 632 661 M : Dua usaha penting dalam konteks sains dan teknologi Islam pada era ini iaitu pertama, perluasan wilayah Islam yang meliputi sebahagian wilayah Romawi seperi Iskandariah dan Parsi yang memiliki pusatpusat sains.Kedua, penyerapan tradisi Parsi dan Yunani dalam bidang pentadbiran dan peperangan terutama pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
5/5/2012 8

Zaman Bani Umayyah 661 750 M :


90 tahun pemerintahan Bani Umayyah telah bermulanya tahap penterjemahan karya-karya sains asing terutama dalam bidang sains amali seperti perubatan ,kimia dan astronomi terutama pada zaman al-Walid bin Abdul Malik ( 705 715 M ). Perluasan Wilayah Islam juga turut mensintesiskan sains Islam dengan sains Yunani,Parsi,India,Cina,Babylon dan Mesir.
5/5/2012 9

Zaman Abbasiyah 750 1258 M


Zaman Abbasiyah diidentitikan oleh para sarjana sejarah sains sebagai Zaman Keemasan Intelektual Islam disebabkan pencapaian cemerlang pada period tersebut dalam berbagai inovasi sains dan teknologi.Antara kriteria utama era Abbasiyah dapat diikhtisarkan sebagaimana berikut :

5/5/2012

10

i. Keunggulan polisi sains atau naungan politik para khalifahnya terutama al-Mamun (813833 M) terhadap para cendekiawan dan kegiatan intelektual mereka. ii. Kemunculan failasuf saintis spt Jabir bin Hayyan,Muhammad bin Musa al-Khawarazmi, al-Kindi,al-Farabi,Ibn Sina,Ibn Haytham, alBiruni dan al-Ghazzali yang mewakili kaum intelektual masyarakat Neo-Muslim Abbasiyah yang terbilang. Mereka menghasilkan pelbagai disiplin ilmu dan metodologi sains yang merangkumi kimia,matematik,perubatan,astronomi,geogra fi,fizik,biologi,optik, 5/5/2012 11 botani,zoologi dll

iii. Era Abbasiyah juga telah memperkukuhkan penginstitusian ilmuilmu tradisi Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.Pada era ini muncul aliran-aliran fiqh Islam yang berpengaruhseperti Malikiyyah,Syafiiyyah,Hanabilah,Hanafi yah dan seumpamanya.Demikian juga lahirnya aliran-aliran pemikiran Islam dalam bidang tasawuf,ilmu kalam,falsafah,sains dan berbagai bidang pemikiran Islam yang lain.
5/5/2012 12

iv. Tercetus penginstitusian ilmu yang meliputi ilmu-ilmu wahyu dan rasional telah berjalan dengan lebih bersemarak lagi dengan kemunculan Bayt al-Hikmah sebagai pusat penterjemahan karya-karya ilmu asing ke dalam bahasa Arab yang menjadi wahana kepada kebangkitan intelektual Islam yang tiada tolok bandingnya. v. Kemunculan rangkaian Madaris ( madrasah-madrasah ),Universiti Nizamiyah,observatori, universiti hospital ( bimaristan ), perpustakaan, dan kompleks sains yang menjadi mekanisme kebangkitan sains dan teknologi Islam.
5/5/2012 13

Islam di Andalus /Sepanyol 711 1492 M


Kebangkitan Intelektual Islam Sepanyol juga telah mewarnai zaman Pertengahan Eropah yang menyumbangkan zaman renaisans Eropah.Kesarjanaan Ibn Rushd,Ibn Hazm,Ibn Firnas,Ibn Tufail,al-Zahrawi dan lain-lain tokoh sains dan teknologi Islam Sepanyol atau Andalus telah terpahat di dada sejarah intelektual.Kejatuhan Sepanyol Islam bererti bermulanya kebangkitan Eropah Kristian Moden yang diikuti dengan kemunculan Zaman Moden.
5/5/2012 14

Andalus sebagai anugerah Tamadun Islam kepada kebangkitan Eropah


Perluasan wilayah Islam (al-Futuhat alIslamiyyah) di Afrika dan Sepanyol telah berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umayyah terutama dalam era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (685-705M) dan puteranya Al-Walid bin Abdul Malik (705 -715M).Misi perluasan wilayah Islam di kedua-dua benua Afrika dan Eropah telah dijayakan oleh panglima-panglima Islam yang berkaliber.Antaranya Uqbah bin Nafi,Maslamah,Hasan bin Numan alGhassani,Musa bin Nusair dan Tariq bin 5/5/2012 Ziyad. 15

Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol meliputi empat tahap,iaitu: Tahap pembinaan (750-852M) Tahap krisis (852-912M) Tahap kecemerlangan (912-976M) era pemerintahan Abdul Rahman III alNasir,912-961M dan puteranya alHakam II al-Mustansir,961-976M. Tahap kemerosotan (976-1002M).

5/5/2012

16

5/5/2012

Cordoba merupakan pusat pentadbiran dan intelektual yang utama di Andalus.Kota ini dan kota-kota lain seperti Seville,Almeria,Badajoz,Granada,Toledo,Va lencia,Malaga dan Dervia mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III dan alHakam II.Naungan politik pemerintah ke atas bidang intelektual menyebabkan mekarnya kegiatan keilmuan yang menaungi bintang-bintang keilmuan seperti Ibnu Abdul Rabbh (860-940M),al-Qali,alZubaydi,Ibn Zaydun(1003-1071M),Ibn Hazm(994-1064M),Ibn Sidah(md 1066M),Said al-Andalusi (md 1070M),Marwan Ibn Hayyan (md 1075M),Ibn Abdul Barr (md 1071M) dan Ibn al-Qutiyah.17

5/5/2012

Pada zaman pemerintahan al-Murabitun dan al-Muwahhidun yang berpengkalan di Afrika Utara,Andalus telah dianugerahkan dengan seangkatan ilmuan yang gemilang di sekitar abad ke 12 dan 13M yang merupakan kesinambungan kecemerlangan intelectual Islam Andalus sebelumnya.Antara mereka ialah Ibn Bassam (md 1148M),Ibn Khaqan (md 1137M),Ibn Basykuwal (md 1183M),al-Idrisi (md 1115M),Ibn Jubayr (md 1217M),Ibn Zuhr (md 1162M),Ibn Baytar (md 1248M),Ibn Arabi (md 1240M),Ibn Sabin (md 1269M),Ibn Bajjah (md 1138M),Ibn Tufayl (md 1185M) dan Ibn Rusyd (md 1198M). 18

Sejarawan yang terawal muncul di Andalus ialah Abdul Malik ibnu Habib (md 845M) yang menghasilkan 1000 buah karya mengenai sejarah.Tokoh-tokoh sejarawan lain adalah Ibnu Musa al-Razi (md 886M) dan Marwan ibnu Hayyan (md 1075M) yang menghasilkan karya-karya sejarah yang terperinci seperti ensiklopedia sejarah.Antara karya besarnya al-Matin sebanyak 50 jilid dan alMuqtabis sebanyak 10 jilid.Sejarawan unggul Andalus berikutnya ialah Ibn Hazm (md 1064M) menghasilkan 400 karya dalam teologi,falsafah,akhlak,perundangan,tatabah asa,puisi,sastera dan sejarah.
5/5/2012 19

Ahli geografi tersohor Andalus ialah Ahmad bin Muhammad al-Razi (md 936M),Muhammad bin Yusuf al-Warraq (md 973M),Ahmad bin Umar al-Udhiri (md 1084M,al-Bakri ( md 1094M),Abdullah al-Hijari (md 1155H),al-Idrisi (1100-1166M) dan Ibn Batutah (md 1377M).Ketokohan al-Idrisi sebagai ahli geografi Islam Amat menyerlah.Beliau dianggap orang yang pertama menghasilkan peta dunia.Ketika berkhidmat dengan Raja Roger II di Sicily,beliau telah mencipta glob yang diperbuat daripada perak yang menggambarkan keadaan muka bumi secara komprehensif.Semua usaha al-Idrisi yang didedikasikan kepada Raja Roger itu telah dibukukan yang dipanggil The Book of Roger atau didalam bahasa Arab disebut Nuzhat al-Musytaq fi Ikhtinaq.
5/5/2012 20

Lapangan geografi telah mencetuskan kegiatan pengembaraan.Selain al-Idrisi pengembara ilmiah Andalus ialah Ibnu Jubayr (1145-1219M) dan pengembara ulung Ibnu Batutah (1304-1377M) yang telah menjelajah ke Afrika Utara,Syria,Mekah,Iraq,Yaman,Afrika Timar,Lembah Nil,Laut Merah,Asia Timar,Laut Hitam,Crimea,Constantinopla,Afghanistn,I ndia dan China.Hasil pengembaraan itu telah dirakamkan didalam adikaryanya Rihlah Ibn Batutah.
5/5/2012 21

Lapangan senibina mencapai tahap yang cemerlang di Andalus.Mencu tanda kegemilangan senibina ialah istana Alhambra yang dinisbahkan sebagai The artistic genius of Muslim Spain.Keindahan bangunan-bangunan di Andalus meliputi bahagian luaran dan dalamannya.Antara gubahan kesenian senibina Andalus diilhami rekabentuk geometri yang halus dan kompleks disulami pula dengan khat dan ukiran Arab yang syahdu.Al-Muqarri didalam karyanya Nafh al-Tibb telah memperincikan senibina kota Cordoba yang mengasyikkan.AlSyaqundi didalam nukilannya Rsalah telah menditilkan bahawa menjelang abad ke 10M Cordoba memiliki 1,600 buah masjid yang indah,900 tempat mandi umum,60,300 rumah-rumah pegawai kerajaan dan tentera,213,077 perumahan penduduknya serta 80,455 gedung-gedung 5/5/2012 22

Astronomis Andalus yang paling terbilang ialah Ma SyaAllah (md 815M).Berikutnya muncul astromis yang bernama Abu Masyar (md 886M),Ibnu Abi Ubaydah,Maslamah alMajriti (md 1008M),al-Zarqali dari Toledo,Jabir ibn al-Aflah (md 1150M) dan Abu Ishak al-Bitruji ( md 1204M).Karya-karya astronomi kaum Muslimin Andalus telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona,Michael Scot dan Kalonymons David.

5/5/2012

23

Ahli sains perubatan terawal Andalus ialah Ahmad Ibn Iyyas (md 856M).Manakala ahli perubatan yang terkenal pada era pemerintahan al-Hakam II dan Hisyam II di Andalus ialah Ibn Juljul yang dilahirkan di Cordoba pada tahun 943 M. Kemuncak pencapaian sains perubatan Andalus dijuarai oleh Abu al-Qasim al-Zahrawi (936-1013M) yang pernah berkhidmat di istana al-Hakam II sebagai pakar bedah.Beliau telah menghasilkan adikarya dalam bidang sains pembedahan yang dinamakan al-Tasrif.Ahli perubatan tersohor selepas al-Zahrawi ialah Abu Marwan ibn Zuhr (md 1162M) yang memiliki kepakaran dalam bidang farmasi.

5/5/2012

24

Apa yang menarik kebanyakan failasuf Andalus juga turut tercebur dalam bidang perubatan.Antara mereka ialah Ibn Bajjah (md 1139M),Ibn Tufayl (11051185M),Ibn Rusyd dan Maimonides.Dalam lapangan falsafah, Ibn Rusyd (1126-1198M) telah meninggalkan dampak yang mendalam kepada kebangkitan The Enlightenment Eropah.Karyakarya Ibn Rusyd telah dijadikan teks rujukan terpenting di universiti-universiti Eropah pada abad ke 14 dan 15 Masihi terutama dalam memahami logik Aristotle.Pengaruh aliran falsafah beliau menguasai Eropah sehingga abad ke 17M.Ibn Rusyd telah merevolusikan pemikiran intelectual golongan elit Eropah dan membantu usaha ke arah pembebasan pemikiran yang dibelenggu oleh aliran-aliran klasikal.

5/5/2012

25

1.4

Sumbangan sains dan tekologi Islam kepada peradaban dunia

Sumbangan Para Intelektual Islam Klasikal dalam Sains dan Teknologi i Matematik : Bidang matematik Islam berkembang hasil dari aktiviti ahli matematik Islam mensintesiskan metodologi matematik India,Yunani,Mesir dan Mesopotamia.Antara penemuan matematik Islam ialah sistem nombor,sistem perpuluhan arismatik,algebra,trigonometri dan geometri.Tokohtokoh utama bidang ini ialah Muhammad bin Musa al-Khawarazmi ( 780-863 M ),Al-Kindi ( 801-873 M ),Al-Biruni ( 973 1051 m ),Thabit bin Qurrah ( 826 901 M ),
5/5/2012 26

al-Battani ( m.d. 929 M ),Abu Kamil Syuja bin Aslam ( 850 930 M ),Abu al-Wafa al-Buzjani ( 940 997 M ),Abu Bakar al-Karkhi ( m.d. 1024 M ),Abu al-Fath Umar al-Khayyam ( 1048 M 1121 M ),Abu Jafar AlKhazini ( m.d. 960 M ), Jamsyid Al-Kashi ( m.d. 1424 M ), Abu al-Hasan al-Qalsadi ( 1412 1487 M ) dan Baha` al-Din al-Amili ( 1547 1622 M ). Tokoh paling cemerlang dalam matematik Islam ialah AlKhawarizmi yang dianggap bapa Algebra.Karya utama beliau ialah Kitab al-Jabr wa al-muqabalah.

5/5/2012

27

ii

Astronomi : Ia merupakan sains kajian bintang yang melibatkan kedudukan,pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Ahli astronomi Muslim telah meneruskan tradisi astronomi Ptolemy serta tradisi Parsi dan India.Ahli-ahli astronomi generasi pertama Islam muncul pada pertengahan abad ke 8 Masihi di Baghdad.Rekod terawal mengenai pencerapan astronomi dalam dunia Islam bertarikh 184 H apabila Ahmad alNahawandi mencerapi pergerakan matahari di Parsi ( Nasr,1976; 112 ).
28

5/5/2012

Para astronomis Islam telah membina balai-balai cerap atau observatori untuk melakukan pencerapan cakerawala.Antara observatori terkenal dibina di Maraghah pada tahun 657 H.Manakala alat astronomi yang terpenting ialah astrolab yang berbilang kegunaannya.Alat ini digunakan untuk menentukan altitud bintang,matahari dan planet.Ia juga boleh digunakan untuk mengukur waktu,ketinggian gunung serta dalamnya perigi,sungai atau laut.
5/5/2012 29

Tokoh-tokoh astronomi Islam ialah Muhammad alFazari m.d. 777 M,al-Khawarazmi,al-Faraghani,alBatani,Abu Sahl al-Kuhi, Abdul Rahman al-Sufi,Ibn Yunus,Ulugh Beg,Abu Said al-Sijzi,Abu al-Wafa alBuzjani,Abu al-Qasim al-Majriti,al-Zarqali,alBiruni,Umar Khayyam,Nasiruddin al-Tusi,Ibn alShatir,Qutbuddin al-Shirazi,Muhyuddin al-Maghribi dan al-Kashani. Sains astronomi menekankan metod empirikal dengan pembinaan balai-balai cerap astronomi sejak zaman al-Mamun hinggalah ke zaman Nasiruddin al-Tusi pada zaman Monggol abad ke 13 M.Demikian juga pencapaian bidang ini di Andalus dan Mesir dizaman Pemerintahan Fatimiyyah.

5/5/2012

30

Sumbangan terpenting astronomi Islam ialah jumlah cerapan bintang dan cakerawala yang mengatasi rekod cerapan astronomis Yunani.Ibn Yunus pada tahun 397 H = 1007 M telah melaporkan di dalam jadual astronominya Kitab al-Zayj al-Kabir al-Hakimi tentang cerapan pertama yang dibuat oleh astronomis Islam pada abad yang ke 9 M lagi.Para astronomis Islam telah diarahkan oleh Khalifah alMa`mun untuk mengukur lilitan bumi.Mereka mendapati nilai sebanyak 40,253 kilometer.Sedangkan nilai yang diukur pada hari ini hanyalah 40,068 kilometer melalui Khatulistiwa dan 40,000 kilometer melalui kutub,yakni perbezaan kurang daripada 0.5 %.
5/5/2012 31

Pengukuran-pengukuran yang dihasilkan oleh para astronomis Islam telah dibukukan dalam bentuk jadual-jadual berupa taqwim atau kalendar.Astronomis yang bernama al-Faraghani yang hidup se zaman dengan al-Khawarazmi telah menulis dua karya yang penting dalam bidang ini iaitu Usul al-Falak ( Prinsip Astronomi ) dan Jawami Ilm al-Nujum wa Usul al-Harakat al-Samiya ( Sains Bintang dan Prinsip Pergerakan Cakerawala ).alBatani ,astronomis se zaman dengan al-Faraghani mengarang jadual astronomi yang berjudul Zij alSabi.Manakala Abdul Rahman al-Sufi mengarang karya astronomi berjudul Suwar al-Kawakib.

5/5/2012

32

al-Biruni pula menghasilkan karya berjudul Qanun al-Masudi.Nasir al-Din al-Tusi ,astronomi Islam yang menjadi pengarah observertori Maraghah menghasilkan karya astronomi berjudul Tazkirah ( Catatan astronomi ) dan tokoh astronomi Islam dari Samarqand ,Ulugh Beg ( 1393 1449 M ) menghasilkan jadual astronomi berjudul Zij Ulugh Beg.Selanjutnya al-Zarqali,astronomis Islam di Sepanyol telah menghasilkan jadual astronomi berjudul Zij Toledo.

5/5/2012

33

iii Perubatan : Sains Perubatan Islam adalah hasil sintesis al-tib al-Nabawi atau perubatan Tradisi Nabi Muhammad SAW dengan perubatan yang berasal dari budaya ilmu asing Yunani,Parsi,Mesir,Babylon,Cina dan India.Tokoh-tokoh terawal perubatan terdiri dari golongan Arab Nestorian yang beragama Kristian seperti Hunayn ibn Ishaq,Yahya al-Masawayh dan Jurjis bin Bakhtishu.
5/5/2012 34

Selepas generasi Hunayn baru muncul tokoh-tokoh perubatan Islam seperti Zakaria al-Razi ( 865 925 M ). Al-Razi mempelajari ilmu perubatan dari Hunayn bin Ishaq di Baghdad.Al-Razi sebagai seorang doktor yang mempunyai daya analisis yang tajam tentang gejala-gejala dan kesan-kesan penyakit,cara pendekatan serta pemulihannya.Beliau meletakkan etika perubatan di tempat yang tinggi dan menentang sebarang unsur penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan.Beliau telah menghasilkan 200 buah karya perubatan.

5/5/2012

35

Antara yang terkenal ialah Kitab AlHawi, Kitab Al-Mansur dan Kitab alAsrar yang merupakan tiga buah ensiklopedia perubatan Islam yang agung sebelum Ibn Sina.Sumbangan terbesar al-Razi dalam sains perubatan ialah kajian beliau tentang penyakit dan pemulihan campak,cacar tulen ( small pox ) dan campak biasa ( measles ).Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah pertama hospital Baghdad.
5/5/2012 36

Tokoh kedua terpenting dalam bidang perubatan Islam ialah Ibn Sina ( 980 1037 M ) yang juga turut dikenali sebagai failasuf dan tokoh perubatan.Beliau telah menghasilkan 250 buku dalam berbagai bidang falsafah dan sains.Sehubungan ini beliau menghasilkan sebanyak 116 buah karya dalam bidang sains perubatan.

5/5/2012

37

Karya agung beliau dalam bidang ini ialah al-Qanun fi al-Tib yang merupakan gabungan pengalaman perubatan Yunani,Islam dan hasil cerapan beliau sendiri.Keunggulan kitab ini apabila ia menjadi rujukan bukan sahaja di dunia Islam malah di Eropah selama enam ratus tahun.Kitab yasng merupakan ensiklopedia perubatan ini terdiri daripada 14 jilid yang boleh dibahagikan kepada lima bahagian penting iaitu ;
5/5/2012 38

i Asas-asas umum dalam perubatan ii Ubat-ubatan mudah iii Jenis-jenis penyakit pada anggota dalaman tubuh iv Penyakit-penyakit biasa yang merebak ke seluruh tubuh seperti demam. v Ubat-ubatan sebatian.

5/5/2012

39

Sumbangan besar Ibn Sina kepada sains perubatan ialah memperkembangkan ilmu psikologi , perubatan psikisomatis ( psychosomatic medicine ) dan memperkembangkan kaedah diagnosis melalui denyutan jantung ( pulse diagnosis ) untuk mengenal pasti ketidaklseimbangan humor dalam penemuan dan penentuan jenis penyakit.
5/5/2012 40

Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi ( 936 1013 M ) merupakan sebuah nama besar dalam bidang pembedahan di Andalus.Karya terpenting beliau dalam bidang pembedahan ialah Kitab al-Tasrif Li Man Ajiza al-Talif .Kitab mengandungi 30 bahagian yang terdiri daripada perbahasan berikut : i Manual tentang peralatan pembedahan yang direka oleh al-Zahrawi. ii Seni amalan perubatan iii Rawatan kauteri untuk menghentikan pendarahan.Bahagian ini mengemukakan tesis pembedahan berilustrasi dan pembekaman. 5/5/2012

41

Tokoh perubatan Islam yang lain ialah ;


1 Ibn Rusyd ( 1126 1198 M ) yang juga tersohor sebagai failasuf Islam Sepanyol. Karya utama beliau dalam bidang perubatan ialah al-Kulliyat fi al-Tibb. 2 Ala` al-Din Ibn Nafis ( m.d 1288 M ) dari Syria yang menghasilkan karya perubatan berjudul al-Syamil fi al-Sinaat al-Tibbiyah yang memberi penjelasan tentang sistem peredaran darah melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. 3 Ali bin Isa dari Baghdad pengarang kitab perubatan dalam kajian optalmologi berjudul Tazkirat al-Khaza`in. 5/5/2012 42

4 Ali ibn al-Abbas al-Majusi ( m.d. 944 M ) tokoh perubatan farmakologi yang melakukan penemuan analgesik ( dadah yang menghilangkan rasa kesakitan atau pembiusan ).Beliau telah menghasilkan karya perubatan berjudul Kitab alMaliki yang terdiri dari 110 bab. 5 Ibn Zuhr ( m.d. 1161 M ) menghasilkan karya perubatan berjudul Kitab al-Taysir fi al-Morawah wa al-Tadbir.Ia merupakan kitab perubatan yang menjelaskan perawatan penyakit batu karang dan penyakit telinga. 6 Ibn al-Quff ( 1233 1286 ).Beliau juga merupakan pakar bedah Islam yang menghasilkan karya dalam bidang ini berjudul al-Umdah fi al-Sinaah alJurahah.
5/5/2012 43

iv Kejuruteraan

: Sains kejurutertaan yang

dianggap oleh para cendekiawan Islam klasikal sebagai sebahagian daripada sains matematik terdiri daripada dua belas sub-bidang,iaitu; i Bangunan xi Mekanik ii Ukur xii Industri iii Pelayaran dan pengapungan iv Optik v Cermin membakar vi Mesin perang vii Pusat graviti viii Pengangkatan bebas berat ix Neraca x Pertanian
44

5/5/2012

Islamic Technology : An Illustrated History ( 1986 ),oleh Ahmad Y.al-Hassan dan Donald R.Hill membahagikan teknologi kejuruteraan kepada lapan bahagian ,iaitu ; i Kejuruteraan mesin ii Kejuruteraan awam iii Kejuruteraan militeri iv Kejuruteraan perkapalan ( Navigasi ) v Kejuruteraan kimia vi Kejuruteraan tekstil,kertas dan kulit ( pembuatan ) vii Kejuruteraan pertanian viii Kejuruteraan logam dan galian.
45

5/5/2012

Dua prinsip kejuruteraan Islam ialah : i Kesetaraan ( mizan ) : Prinsip kesetaraan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem. ii Keseimbangan ( tawazun ) : Prinsip keseimbangan pula bahawa sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.

5/5/2012

46

Terdapat dua faktor kenapa hasil-hasil karya teknologi kejuruteraan amat berkurangan jika dibandingkan dengan sumbangan saintis Islam dalam bidang yang lain : i Para jurutera Islam pada era inovasi sains dan teknologi Islam dari abad ke 8 M hingga abad ke 12 M lebih banyak menumpukan usaha-usaha mereka ke arah penggunaan teknologi yang dicipta daripada mempergiatkan kerja-kerja penulisan. ii Setelah kejatuhan empayar Islam baik di Timur mahu pun di Barat banyak buku-buku dan manuskrip yang dihasilkan oleh saintis dan jurutera Islam telah menghadapi kemusnahan.

5/5/2012

47

Sungguhpun demikian karya-karya yang masih wujud untuk dianalisis oleh generasi terkemudian tetap ada antaranya : i Karya-karya Banu Musa di abad ke 9 M seperti kitab al-Hiyal ( Kitab Pengetahuan Peranti Mekanik ) yang menjelaskan tentang mesin roda pengangkut air serta mesin untuk mengisar jagung dan bijirin yang lain. ii al-Muqaddasi ( m.d. 390 H = 1000 M ) menerangkan tentang mesin roda air di sepanjang Sungai Ahwaz ,Iran. iii al-Idrisi di Toledo,Sepanyol menulis sebuah makalah pada tahun 584 H = 1154 M tentang kejuruteraan mesin roda air yang digunakan untuk mengangkut air dari Sungai Tagus untuk dibekalkan
5/5/2012

ke Kota Toledo.

48

iv Taqiyuddin ,jurutera Islam abad ke 12 M telah menulis dan menghasilkan mesin pengangkut air yang dikenal sebagai syaduf,saqiya dan naura.Mesin-mesin itu digerakkan dengan tenaga binatang dan kuasa air atau haidro. v al-Jazari pada abad ke 13 M telah menghasilkan mesin pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik. vi al-Himyari seorang jurutera Islam dari Sepanyol menulis buku kejuruteraan berjudul Kitab al-Rawd alMitar pada tahun 661 H = 1262 M.Buku itu menjelaskan tentang kincir angin yang digunakan sebagai mesin penggiling gula dan tepung. vii Penciptaan jam telah diusahakan oleh sebilangan jurutera Islam seperti Ibn Haytham ( m.d. 1039 M ),al-Zarqali di Sepanyol,al-Khazini dan 5/5/2012 49 Muhammad al-Saati.

Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya kepada tamadun dan kemajuan sains dan teknologi dunia.Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip karya saintis Islam yang ditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar di dunia.Manuskrip-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah,walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar pada tahun 1258 M atau dimusnahkan oleh pihak tentera Sepanyol Kristian pada tahun 1492 M berikutan kejatuhan kota Granada di Sepanyol.

5/5/2012 50

Sebahagian besar karya-karya cendekiawan Islam itu adalah tentang sains dan teknologi.Malangnya berbagai pihak yang berpandangan serong dan cemburu dengan Islam tetap berusaha menafikan sumbangan para cendekiawan Islam dalam berbagai lapangan sains.Walhal saintis Islamlah yang menyumbangkan saham yang besar kepada tercetusnya era renaisans di Eropah dan kemunculan zaman Moden di Barat.Amat menyedihkan lagi apabila sebilangan besar penganalisis tamadun Moden Barat mengungkapkan kekagumannya kepada tamadun Yunani yang dianggap satu-satunya peradaban yang bertanggungjawab melahirkan tamadun Barat Moden
yang gemilang.
5/5/2012 51

Sebenarnya tamadun Yunani setelah tumbangnya Empayar Romawi telah gagal menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapan selama 500 tahun.Kemunculan tamadun Islam dalam tempoh itu yang dipanggil zaman pertengahan sejak abad ke 7 M hingga abad ke 16 M telah menyelamatkan Eropah dari terus menerus berada dalam kegelapan dan kejahilan.Malah pihak berotoriti di Eropah di kala itu menindas dan menekan saintis dan failasuf mereka yang telah menerima cahaya ilmu sains dan teknologi Islam dari universiti-universiti Islam di Sepanyol.Benar sekali rumusan yang dibuat oleh sarjana sains Amerika yang bernama George Sarton

sehubungan dengan ini.

5/5/2012

52

Dalam A Guide to the History of ScienceGeorge Sarton berkata: ; .dalam menjelaskan sejarah budaya Eropah,kita boleh meninggalkan langsung sumbangan Hindu dan Cina dalam perkembangan matematik,tetapi meninggalkan sumbangan Muslim akan memusnahkan ceritanya,kerana tidak boleh diterima akal.Sarjana Muslim menandingi sarjana Yunani,sepeertilah kaitan Amerika dengan Eropah pada masa sekarang.

5/5/2012

53

RUMUSAN
Para cendekiawan Islam telah memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya kepada tamadun dan kemajuan sains dan teknologi dunia.Hakikat ini begitu menyerlah dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip karya saintis Islam yang ditemui di dalam perpustakaan-perpustakaan terbesar di dunia.Manuskrip-manuskrip tersebut masih tersimpan di negara-negara umat Islam dan Eropah,walaupun sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh tentera Tartar pada tahun 1258 M atau dimusnahkan oleh pihak tentera Sepanyol Kristian pada tahun 1492 M berikutan kejatuhan kota Granada di Sepanyol.
5/5/2012 54

Sebahagian besar karya-karya cendekiawan Islam itu adalah tentang sains dan teknologi.Malangnya berbagai pihak yang berpandangan serong dan cemburu dengan Islam tetap berusaha menafikan sumbangan para cendekiawan Islam dalam berbagai lapangan sains.Walhal saintis Islamlah yang menyumbangkan saham yang besar kepada tercetusnya era renaisans di Eropah dan kemunculan zaman Moden di Barat.Amat menyedihkan lagi apabila sebilangan besar penganalisis tamadun Moden Barat mengungkapkan kekagumannya kepada tamadun Yunani yang dianggap satu-satunya peradaban yang bertanggungjawab melahirkan tamadun Barat Moden yang gemilang.Sebenarnya tamadun Yunani setelah tumbangnya Empayar Romawi telah gagal menyelamatkan Eropah dari zaman kegelapan selama 500 tahun. 5/5/2012 55

Kemunculan tamadun Islam dalam tempoh itu yang dipanggil zaman pertengahan sejak abad ke 7 M hingga abad ke 16 M telah menyelamatkan Eropah dari terus menerus berada dalam kegelapan dan kejahilan.Malah pihak berotoriti di Eropah di kala itu menindas dan menekan saintis dan failasuf mereka yang telah menerima cahaya ilmu sains dan teknologi Islam dari universitiuniversiti Islam di Sepanyol.

5/5/2012

56

2102/5/5

75

You might also like