You are on page 1of 22

PKP 3103 Pengkhidmatan dalam Pemulihan

Nama ahli kumpulan : (PL(BC) / MT/ BI) Chang Ee Von Ng Yi Lin (PL/ BM/ MT) Nur Akmar Liyana Bt Kasman Muhammad Thoha B. Mat Ali

Teknik-teknik Meningkatkan Tingkah Laku Positif


Peneguhan Positif Shaping Ekonomi Token Peneguhan Negatif Kontrak Kontigensi Modeling

Peneguhan Positif
Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid-murid memberi tumpuan semasa belajar. Contohnya, memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.

Peneguhan Negatif
Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Contohnya, mendenda murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid lain supaya mereka dapat meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.

Shaping
Shaping ialah proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Prinsip Shaping ditakrifkan sebagai memberi ganjaran kepada murid sekiranya dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru.

Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini. Pada mulanya, Shaping digunakan untuk mengajar haiwan seperti yang ditonton dalam sarkas dan zoo.

Kontrak Kontigensi
Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ditakrifkan sebagai proses membuat kontrak dengan murid yang berkenaan supaya dia dapat melakukan sesuatu yang digemari berikutan penyempurnaan sesuatu yang dikehendaki oleh guru.

Contohnya, membuat kontrak formal dengan guru besar dapat meyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.

Ekonomi Token
Ekonomi token adalah satu program di mana murid akan diberi mata atau token bagi setiap tingkah laku yang dipamerkan, kemudian boleh menukarkannya dengan aktiviti, objek dan keistimewaan yang ditawarkannya. Program intensif dalam kelas untuk pengukuhan positif bagi meningkatkan dan mengekalkan pencapaian dan tingkah laku sasaran.

Tujuan : Meningkatkan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku pengurangan diingini. Untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.

Kekuatan : Sebaran token lebih meluas. Dapat ubah suai dan kawal pemberian ganjaran mengikut masa yang sesuai. Dapat menyediakan satu ganjaran kepada setiap murid yang mempunyai pelbagai cita rasa. Token boleh diberikan tanpa mengganggu masa pembelajaran atau aktiviti.

Kelemahan : Kos, usaha dan lain-lain kos seperti tenaga dan penglibatan umum. Beberapa para pengkaji merasakan bahawa ekonomi token bersifat tidak praktik dan memakan waktu.

Usaha yang perlu diperhatikan : A. Token Semua hal yang dapat dihitung dan dapat dilihat dapat digunakan sebagai token. Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/ dibahagikan dan juga sukar untuk dipalsukan. Contohnya: stiker dan butang.

B. Suatu target perilaku jelas dan nyata Individu yang mengambil bahagian perlu untuk mengetahui tujuan dan bagaimana mereka dapat menerima token. Tingkah laku yang tidak diingini dan diingini dijelaskan sebelum waktu yang ditetapkan di dalam terminologi yang serdehana dan spesifik. Jumlah token diberikan atau yang diambil untuk setiap tingkah laku tertentu juga ditetapkan dan dijelaskan.

C. Motif-motif Penguat/ Back-up Reinforcers Motivasi pengukuhan adalah apabila peserta atau individu tersebut menerima token. Kejayaan dari strategi ekonomi token bergantung pada tawaran yang menarik atau kenikmatan dari motif-motif pengukuhan. Hanya bermotivasi untuk mendapatkan token jika mereka mengetahui bentuk penghargaan di masa depan.

D. Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token Perlu untuk ditetapkan waktu dan tempat untuk menukarkan motif-motif peneguhan. Token harus mempunyai nilai berkala untuk ditukarkan dan nilai tersebut haruslah ditetapkan. Contohnya, jika motif pengukuhan itu adalah sangat menarik, nilai token harus yang lebih tinggi.

Jika nilai token diatur/ tetapkan terlalu rendah, maka individu akan kurang bermotivasu untuk mendapatkan token. Sebaliknya, jika nilai token terlalu tinggi, individu akan merasa takut atau ragu dalam mendapatkan token. Ini adalah penting untuk individu masing-masing dapat memperoleh token.

E. Suatu sistem untuk merakam data Sebelum sesi dimulakan, maklumat (data umum) dikumpulkan dan dicatatkan serta dipamerkan untuk mengukur kemajuan individu dan keberkesanan aktiviti token ekonomi tersebut. Maklumat mengenai pertukaran dari token juga perlu untuk durakam atau dicatat.

Modelling
Membawa maksud kita meniru daripada orang lain baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Kanak-kanak akan cuba menjalani proses modeling ini dengan meniru ibu bapa, guru, iklan pada media, dan sebagainya dari segi gaya becakap, gaya berpakaian, gaya makan, gaya makan dan sebagainya.

Modeling

Sekat lakuan

SEKAT LAKUAN
 Misalnya, kanak-kanak telah meniru orang ramai bersorak ketika di padang sewaktu perlawanan bola sepak apabila pasukan yang menang. Ini memeberi peluang kanak-kanak tadi belajar bahawa tingkah laku bersorak ini tidak boleh dilakukan dalam bilik darjah kerana jika dilakukan akan didenda atau dihukum oleh guru.  Dengan berpandukan contoh ini, kita boleh memikirkan contoh-contoh lain yang telah kita pelajari dan sesuai dilakukan dalam keadaan-keadaan lain. Oleh itu, kita menyekat tingkah laku yang tidak sesuai daripada berlaku.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like