You are on page 1of 49

PRA 3103 PERKEMBANGAN FIZIKAL,KESIHATAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

DISEDIAKAN UNTUK: NAMA TUTOR:EN.SAIFUDIN AZAM SHA H B AHMAD

PN.DIWI YANA BT SALIM

PN.ROSIDA BT HASAN

Tajuk : 1 KONSEP MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN

Dalam proses pembesaran,kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang bagi membolehkan badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik. Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagaibagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian.

Tujuan guru menekankan konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan adalah..

MAKAN MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG

Makanan merupakan salah satu sumber penting dalam kehidupan seharian kita selain daripada air. -Makanan seimbang ialah makanan yang terdiri daripada semua makanan dalam kadar nisbah makanan yang sesuai mengikuit peringkat umur kanak-kanak. Makanan yang sihat adalah yang mengandungi jumlah zat dan kalori yang seimbang untuk kesihatan tubuh, mencegah kekurangan dan kelebihan pemakanan dalam badan. Garispanduan Makanan Kebangsaan akan membantu dalam pemilihan makanan yang sihat dan dapat dinikmati.

Oleh itu bagi memperolehi kesihatan yang baik,maka kita haruslah mempelbagaikan makanan kita mengikut diet seimbang. Maka itu Garispanduan Makanan Kebangsaan akan membantu dalam pemilihan makanan yang sihat dan dapat dinikmati.

PELBAGAIKAN MAKANAN KITA

-Kesihatan yang baik adalah bermula dari pemakanan kita.

- Telah dikatakan bahawa tiada satu makanan yang mengandungi kesemua zat perlu sekaligus. -Tiada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas masalah kesihatan tertentu. -Oleh itu kita haruslah bijak dalam memilih makanan yang kita makan dan pastikan makanan harian kita adalah seimbang.

Makan secara tetap

-Kita hendaklah mendisiplinkan diri kita tentang waktu makan. - Jangan melangkau sesuatu masa makan kerana ianya boleh menyebabkan kita makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. -Pengambilan snek adalah baik tetapi jangan sampai ia menjadi sajian utama.

SARAPAN Makan pagi

MAKAN TENGAH/HARI-Makan petang


MAKAN MALAM-Makan malam

Makan sedikit tapi banyak kali

Konsep ini sukar diterima kerana bimbang dengan makan banyak, jumlah kalori akan yang di makan akan menjadi tinggi.

Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga.

Kenapa kita harus makan sedikit tapi banyak kali?

1)Mengawal rasa lapar

2)Sentiasa bertenaga
3)Meningkatkan pembentukan otot 4)Mengelakkan penguraian otot 5)Memperbaiki penyerapan zat makanan 6)Mengurangkan simpanan lemak tubuh

1)Mengawal rasa lapar Puasa yang lama merangsang hormon yang mengawal pusat lapar. Sukar rasa kenyang, sentiasa ingin makan lagi. Cn: Makan kerepek2 selepas makan nasi.

2)Sentiasa bertenaga Merangsang pembentukan tenaga adalah dengan makan dengan kerap dengan jumlah yang betul akan memberi peluang tindakan insulin untuk bertindak dengan berkesan.

3)Meningkatkan pembentukan otot


Insulin pada jumlah yang tepat akan membawa glukos & asid amino ke tisu otot untuk pertumbuhan. Tetapi a. amino hanya bertahan 3 jam, perlu bekalan baru!

4)Mengelakkan penguraian otot


Jika melangkau waktu makan, otot akan diurai untuk bekalan a. amino darah. Saiz otot mengecil, BMR rendah.

5)Memperbaiki penyerapan zat makanan Makan banyak, belum tentu semua zat dapat diserap dan diguna dengan baik. Makan kerap walau sedikit, % penyerapan & penggunaan zat lebih tinggi. 6)Mengurangkan simpanan lemak tubuh. Jumlah kalori makanan lebih terkawal, mengelak pembentukan lemak simpanan.

JIKA KITA MELANGKAU WAKTU MAKAN. Akan menyebabkan

Satu kesalahan BESAR, akan BMR, otot Contoh: Makan terakhir jam 8 malam semalam. Bersarapan jam 10 pagi; Puasa 14 jam! Tempoh ini cukup untuk merangsang survival mode / tindakbalas puasa, iaitu katabolisme otot untuk mendapatkan tenaga. Bila signal puasa dihantar ke otak, BMR supaya ada banyak tenaga simpanan. Akan lapar yang keterlaluan dan makan banyak pada sekali duduk.

MASA SAJIAN
Sarapan seawal 6 7 pagi untuk meningkatkan BMR tinggi lebih awal dan supaya pengagihan bilangan sajian yang terkawal. Ideal: ada sumber protin tanpa lemak + CHO kompleks di setiap sajian; jika tidak, pilih snek yang sihat : buahan, sayuran, yogurt rendah lemak atau susu / protin tanpa lemak

Jangan makan antara 3 4 jam sebelum tidur. Amalan yang konsisten menjamin kejayaan.

Adakah ini amalan pemakanan yang kita selalu amalkan?

Tidak makan sarapan pagi

Suka makan snek

Makan pada waktu yang tidak tentu

Suka makan makanan yang manis

Suka fast food yang manis. Makan lewat malam

TUJUAN PENEKANAN KONSEP MAKANAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN

An

Meningkatkan kesihatan kanakkanak.

Memelihara adap sopan dan peraturan makan.

Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu penegetahuan tentang pemakanan,vitamin.

Membina proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif

Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Memantapkan daya ketahanan kanakkanak dari segi fizikal,emosi atau rohani.

JENIS MAKANAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK


JENIS FUNGSI SUMBER

Karbohidrat

Membekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan

Nasi, roti, ubi, kayu, keledek, kentang

Lemak

Membekalkan tenaga

Minyak sayur-sayuran, mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan

Protein

Membina otot-otot tubuh badan, membina tisu baru dan menggantikan tisu yang mati atau rosak

Ikan bilis, telur, susu, daging, ikan

JENIS Vitamin A

FUNGSI Penting untuk kesihatan mata dan dapat mengelakkan penyakit rabun ayam

SUMBER Tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayur-sayuran berdaun hijau

Vitamin B

Untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik

Susu, telur, bijirin, buahbuahan dan sayur-sayuran segar

Vitamin C

Untuk kesihatan kulit. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah

Jambu batu, betik, limau, oren, sayur-sayuran berdaun hijau

JENIS Vitamin D

FUNGSI Membantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah

SUMBER Ikan, minyak limpa, susu, telur, mentega

Vitamin E

Otot-otot berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri

Gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijirin, hati haiwan

Vitamin K

Mempercepatkan darah membeku apabila mendapat luka atau kemalangan

Sayuran berdaun hijau, telur, kacang soya, minyak soya, minyak limpa, ikan, bunga kubis

JENIS Garam mineral

FUNGSI Untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat Fosforus

SUMBER

Susu, ikan bilis, ketam, kulit udang Kismis, telur, ikan, kuaci, daging Buah belimbing, pisang, oren, sayuran berdaun Kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam Telur, kismis, daging ayam, hati, ikan, kacang tanah

Kalium membolehkan otot kanak-kanak berfungsi di samping membantu perkembangan saraf Natrium membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan

Besi penting untuk pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah

APAKAH MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN DARI KANAK-KANAK?

Makanan ringan disebabkan pewarna tiruan, perasa atau gula yang berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan

Makanan yang manis

Makanan yang masin iaitu garam yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apabila dewasa kelak.

Makanan dalam tin

Buah-buahan jeruk

Makanan yang berminyak dan berlemak

PANDUAN PIRAMID MAKANAN


Lemak, minyak dan manisan Kumpulan susu, dadih dan keju Kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang

Kumpulan sayur-sayuran & buah-buahan

Roti, bijirin, nasi & kumpulan pasta

LANGKAH-LANGKAH YANG DISYORKAN MENGIKUT PIRAMID MAKANAN


Makan pelbagai makanan Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buahbuahan dan sayur-sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari Kurangkan makanan yang diproses Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari

GIZI SEIMBANG
Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan

KESAN GIZI YANG TIDAK SEIMBANG


KESAN HURAIAN

Malnutrisi

Kekurangan nutrien tertentu dalam makanan Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket

Kwasyiorkor

disebabkan kekurangan protein gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak terencat, kehilangan selera makan, badan lemah
disebabkan oleh kekurangan vitamin C lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas gusi membengkak dan mudah berdarah pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok kerana pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi sebab: makan terlalu banyak berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon

Skurvi

Tekanan darah tinggi

Kegendutan

KESAN Diabetis melitus (kencing manis)

HURAIAN berlaku apabila ara glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah

Osteoporosis

berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh dan mudah patah

Sakit jantung dan strok

tahap kolesterol dalam darah tinggi kolesterol berlebihan terenap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam darah gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak Serabut yang sedikit

Penyakit kanser

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG KEPADA KANAK-KANAK.

Menyediakan makanan seimbang kepada kanakkanak adalah penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Membantu pertumbuhan otak kanak-kanak dengan baik.

Dapat memberi tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak dengan baik.

Dapat membantu ketahanan badan dan mengelak dari penyakit.

CARA MEWUJUDKAN WAKTU MAKAN YANG MENYERONOKKAN


Elakkan memarahi kanak-kanak semasa makan Jangan ugut kanak-kanak untuk makan Galakkan kanak-kanak makan sendiri Memperkenalkan sesuatu jenis makanan baru secara langsung dan tidak langsung Makanlah bersama-sama Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan (menonton televisyen) Elakkan menghidangkan makanan yang terlalu banyak Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat (buah-buahan, sayur-sayuran dan dadih)

PANDUAN MEMILIH BAHANBAHAN MENTAH YANG SEGAR DAN BAIK

BAHAN MENTAH

KEADAAN BAHAN MENTAH

Sayur-sayuran

Ikan

segar berkeadaan elok cantik bentuknya pilih sayur-sayuran yang berdaun hijau badannya berkilat dan bercahaya badannya tidak diselaputi lendir yang tebal matanya bercahaya dan tidak terbenam insangnya segar dan berwarna merah terang segar teksturnya keras dan anjal dagingnya segar teksturnya keras dan anjal isinya segar berisi pada bahagian dadanya kepalanya tidak tertanggal tidak berbau busuk badannya tidak bertompok-tompok hitam segar dan tidak disimpan terlalu lama kulitnya tidak retak bersih dan tidak diselaputi kekotoran atau najis bersih dan tidak bercampur dengan bahan lain kering dan tidak berketul-ketul berbau harum dan segar

Daging Ayam Udang

Telur

Bijirin

KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT TERHADAP KANAK-KANAK

KERACUNAN MAKANAN

MUDAH MENDAPAT PENYAKIT

Kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit apabila mereka makan makanan yang tidak dijaga kebersihannya.

Kanak-kanak mudah mendapat penyakit kerana antibodi di dalam badan mereka masih lemah berbanding orang dewasa.

PANDUAN MENGHIDANGKAN MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK


Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik

Hiaskan makanan sebelum dihidang

Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk

ETIKA MAKAN BAGI KANAKKANAK

Cara hendak mula makan

Cara makan dengan tangan

Cara makan dengan sudu,garfu dan pisau Cara makan di meja makan

Cara makan malam

Cara makan tengah/hari Cara minum petang

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya,makanan yang seimbang bagi kanak-kanak adalah amat penting sekali bagi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

RUJUKAN
Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr. & Tan Sun Seng (2001). Biologi Tingkatan 4. Selangor: Mutiara Cemerlang Sdn. Bhd. Joe Schwarcz & Fran Berkoff (2004). Foods that Harm Foods that Heal. New York: The Readers Digest Association Kasnani Ab Karim,Norbe Md Nor & Nazimah Abdullah (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-kanak) Bahagian 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohamad bin Aman & Kasim bin Abd Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Saayah Abu, Surayah Zaidon & Siti Saleha Samsuri (2006). Panduan untuk Pengusaha Tadika. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. http://nutriweb.org.my http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/makanan_berkhasia t.htm

You might also like