You are on page 1of 25

Konsep Pendekatan

• Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau


langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.

Didalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna


cara mendekati sesuatu – merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

• Pendekatan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu


set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada
objektifnya,
Pendekatan dan Strategi Pengajaran
Induktif

Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir


maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi
dan kesimpulannya.

Di dalam situasi pelajaran yang menggunakan


pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa
contoh yang khusus diikuti dengan aktiviti soal jawab
untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji,
mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang
terkandung dalam setiap contoh itu.
Jenis Pendekatan Induktif

• Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh


tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada
pelbagai jenis segitiga.

• Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya


mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda
dijatuhkan dari atas ke bawah.

• Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan


tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada
membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
• Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti
induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah
sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk
mendapat teorem sudut segitiga.

• Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.


Misalnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan
satu teori pembelajaran.
Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran
Induktif.
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan
berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi
prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif
yang dihuraikan berikut :

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh-
contoh yang sesuai bagi membantu murid membuat
rumusan. Di damping itu soalan-soalan harus disediakan
untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang
berkenaan.
Guru tidak harus memberi penerangan atau
menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan
kesimpulan. Murid-murid dibimbing melalui aktiviti soal
jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah
dipelbagaikan , tetapi mengandungi ciri yang sama dan
mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan


mencukupi.
Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-
guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh
yang serupa.

Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus,


tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi
satu. Cara ini boleh menarik perhatian murid serta
membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan
lebih mudah lagi.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu


murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan
penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan,
pendengaran, hidu dan sentuh

Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan


kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu
daripada contoh-contoh spesifik kepada kesimpulan umum.
Konsep Deduktif

Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu


pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
diiluti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang
khusus.
Kadangkala, pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk
mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru
daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang
telah diketahui.
Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid
objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat
kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang
berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan
masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.
Jenis Pendekatan Deduktif

• Penyelesaian masalah : Misalnya setelah murid


mempelajari fungsi imbuhan `ber´ mereka disuruh
membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan `ber
´
• Membuat generalisasi baru :Misalnya, setelah murid
mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta
menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas
segitiga bersudut tegak.
• Membukti hipotesis : Pendekatan deduktif juga boleh
digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui
prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Misalnya, setelah
murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas
garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk
membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah
sigitiga ialah 180°
Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus


didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali


generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah
didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk


menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah
diketahui serta telah difahamkan.
Proses menyelesaikan masalah untuk membuktikan
hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu
generalisasi, prinsip atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu malaksanakan cara


menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara
membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui
aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti
penyelesaian masalah sendiri.
Pendekatan Dan Strategi Kesepaduan ( Integratif )

Kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum atau bersama,


bukan terpisah.

Terbahagi kepada 2 konsep iaitu konsep


penggabungjalinan serta konsep penyerapan dalam KBSR
dan KBSM
Konsep Penggabungjalinan dalam KBSR dan KBSM

Penggabungjalinan ialah suatu proses penyampaian


beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran.

Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan


melaksanakan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti
membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon
dan sebagainya.
Konsep penggabungjalinan tidak terhad kepada
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa dalam satu-
satu mata pelajaran sahaja.

Konsep ini juga meliputi penggabungjalinan pelbagai


kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran-mata
pelajaran lain.
Ciri-Ciri Penggabungjalinan

Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang


terdapat dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran.

Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran


yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu


pelajaran adalah dipelbagaikan dengan cara yang menarik.

• Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah


satu kemahiran adalah fokus – kemahiran utama manakala
kemahiran-kemahiran lain adalah kemahiran sampingan.
Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel.
Turutan kemahiran-kemahiran yang digabungjalinkan boleh
berubah mengikut situasi. Walaubagaimanapun kemahiran
utama tetap diberi penekanan yang lebih.

Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melaui


strategi penggabungjalinan adalah saling dikukuh dan
diterapkan antara satu sama lain.
Konsep Penyerapan

Penyerapan merupakan proses menyepadu atau


mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua
atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.
Ciri-Ciri Penyerapan

Ia mengandungi beberapa unsur pengetahuan daripada


pelbagai pelajaran.

Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara


bersepadu dalam satu mata pelajaran.

Bilangan mata pelajaran digunakan dalam proses


penyerapan adalah fleksibel.
Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada
unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun,
unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih.

Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak


dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi
kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti
penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis dan mengira.
Strategi Pelaksanaan Konsep Penyerapan

Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai


mata pelajaran dalam pelajaran kemahiran-kemahiran
Bahasa Melayu

Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada pelbagai


mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran.
Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran
kepada mata pelajaran yang lain. Misalnya : unsur-unsur isi
kandungan daripada mata pelajaran Geografi dan
Kokurikulum diserapkan dalam mata pelajaran Matematik.

Penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur


isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada
satu mata pelajaran yang lain. Misalnya, nilai-nilai murni
seperti cintakan negara bersama unsur-unsur mata
pelajaran Sejarah, Geografi diserapkan dalam mata
pelajaran Matematik.

You might also like